Tuesday, June 29, 2010

PENGISIAN MASA SEORANG MUKMIN

Teman2 kawal lah masa kita..isilah dengan pengisian yang mendekatkan kita ke Jalan ALLAH...memang sukar untuk mengawalnya...tetapi seperti biasa kita kena berusaha..jika gagal usaha lagi ..moga kejayaan akan bersama kita..bersungguh2 berusaha...berdoa banyak2 dan bertawakal lah pada ...kekasih kita...ALLAH...kesusahan tu nanti insyaallah akan menghadiahkan kita mutiara yang bersinar-sinar ..amin

1. Masa dan waktu adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Ia adalah modal yang diperuntukkan Allah kepada sekelian hamba bagi tujuan penjanaan iman dan amal soleh sebanyak-banyaknya.

2. Sebagai yang dijelaskan Nabi saw bahawa segala nikmat pasti akan ditanya bahkan dipertanggungjawabkan. Masa yang tidak terisi dengan iman dan amal soleh akan menghadapi sessi pertanggungjawaban dan perhitungan yang amat berat di hadapan Allah swt.

3. Bagi yang memahami dan menginsafinya, masa dan waktu akan diuruskan secara pntar dan bijaksana. Sementelah pula kita hidup di akhir zaman yang perjalanan masa dan waktunya tersangatlah pantas dan cepat sekali. Setahun macam sebulan. Sebulan macam seminggu. Seminggu macam sehari dan sehari hanya terasa beberapa jam sahaja. Pejam celik pejam celik sehari berlalu percuma begitu sahaja. Pergi buat selama-lamanya.

4. Para mukminin akan menjadikan setiap saat dan minit yang dilalui sebagai motivasi diri mereka kea rah kebaikan. Iman, amal soleh dan hasanat akan ditanam sebanyak-banyaknya. Kebaikan dan pahala akan terus dijana tanpa henti. Taubat dan istighfar terhadap dosa siang hari tidak akan ditangguhkan ke malamnya dan begitulah sebaliknya. Zikrullah berkelangsungan membasahi lidah, hati dan diri. Menyuluh akal budi dan segala bentuk aktiviti.

5. Mukmin yang bijaksana faham bahawa lambat laun waktu dan masa akan terhenti jua sebagaimana terhentinya jarum saat pada jam dinding tak kira samada kerosakan bersifat kekal atau dari kerana kehabisan bateri. Atas hakikat itu, masa dan waktu dalam hidup seorang mukmin sentiasa akan dipenuhi kesyukuran, kesabaran, kebahagiaan, kelapangan, aman dan tenteram.

6. Apa tidaknya? Kalaulah nilai masa itu tidak lebih umpama bilihan lidi penyapu yang boleh dibilang, kemudian pada setiap harinya sebatang lidi menjadi rosak dan patah, maka akhirnya jumlah lidi yang tinggal akan semakin berkurangan.

7. Atas kesedaran itu, kini hari-hari dalam diari hidup seorang mukmin juga beransur bebas dari kemarahan, hasad dengki, kebencian, sakit hati dan kesedihan yang tidak berasas. Dia tahu, masanya yang masih ada tidak banyak lagi yang berbaki lalu masa dan waktu itu amat ‘dicemburui’. Kesilapan mengatur dan mengisi masa di dunia ini akan menjadikan pulangnya seorang hamba ke akhirat sebagai seorang muflis yang ditimpa kerugian dunia dan akhiratnya.

Sumber : .http://ustaz-amal.blogspot.com/

2 comments:

  1. salam nonie. kakchik singgah nak baca artikel ni tapi saiz font terlalu kecil sampai lenguh mata kakchik. mungkin ada baiknya nonie besarkan jadi normal, tak stres mata membacanya.

    ReplyDelete
  2. salam kakchik, terima kasih sbb singgah n teguran kakchik. Tadi ptg saya sudah cuba largest,tukar tulisan tapi bila publish tetap kecik.huhu. Kesudahannya saya publish saje.

    Dan slps bc komen kakchik saya try tukar tulisan lagi..Alhamdulillah jadik:D

    ReplyDelete