Sunday, March 11, 2012

Anak kembar

Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.
DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihi

Tapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kakak nie lahir anak kembar, bedah. Masa mula2 dia masuk tue, memg dia mamai2 la. Dan kita yg menengok nie, excited lebih la plok sbb ngk ade dua baby comel.

Akan tetapi, bila tiba waktu malam, nah ambik dua2 dok gilir2 nangis. dari malam tue sampai ke pagi. Memang ibu xleh nak tido langsung, tambah2 kenyaringan teriakan mereka amat terserlah. Lepas yang nie nangis, kang yg sorang plak. gitu la seterusnya, STRESS.

Mama kembar pun dh membebel2 merungut. Kuat2 plak tue, tapi ibu rasakan mama tue sengaja wat begitu sbb nak tarik perhatian nurse. Yerla kakak tue xlah nk gerak byk ngan ade bwk air lagi( xtau ape benda tue..ala yg cucuk kat tgn tue, air bergantungan tue) Dgn sayu n pilu n cam stress kakak tue dok bebel sepnjng mlm ke pg. yerla ade la berenti kejap2. Asal dia nk tido uwekk..uwekk.. cam kesian sgt. Nak menolong pun xtau kan sbb imran dalam kesejukan n emosi ibu waktu tue xstabil.

Sampai la besok tue, barula pelatih2 n ada la sorg dua nurse dok nolong2 kakak tue, salin pampers baby semua. Kakak tue ade mintak tlg nurse bersihkan dia n cabutkan apa ntah. Nurse cam bengang ckp dia byk keje tunggu dulu. Sekali bila lawatan doktor, doktor sgt sgt cantik n baik hati. Bila doktor ngk baby2 tue ngs doktor jenguk n support kakak tue. Doc panggilkan nurse tolong urus baby n kakak tue. Sampai kakak tue nangis la. Sian dia. BArula nurse dtg hegeh2 wat cepat2.

Bagi ibu la, ibu2 yg bersalin kembar nie memg amat2 memerlukan support dr org sekeliling. Memang xleh nk handle sorg2. Dan perlu kuat semangat. Kalu x mau meroyan dibuatnya. adala 2 3 org yg ada anak kembar nie memg mengeluh la, dr pemerhatian ibu la, kes xde sokongan org sekelilingla. Cam suami wat xtau jer ker. Ibu dok urus kembar sorang2.

Tapi kalau Allah dh nak kasi kita anak kembar bersyukurla, Allah tau mana yang terbaik utk kitakan:) Cuma itulah, suami n org2 terdekat kenala sedia membantu. jgn biarkan ibu bersalin kembar bersendirian. Macamane la yang bersalin kembar 3 n ke atas tue yer. Sgt kagum dgn mereka!!!!

Tuesday, March 6, 2012

Solat Asas Utama Wasatiyah

Dr Fadlan Mohd Othman, Pengerusi iLMU.

Beza antara keimanan, kekufuran

RASULULLAH SAW dikurniakan ibadat solat ketika peristiwa al-Isra’ wal-Mikraj. Khabar pengembaraan pada waktu malam dan pengangkatan ke tujuh petala langit sudah cukup menyerlahkan hikmah pensyariatan solat. Solat ialah satu-satunya ibadat difardukan di atas langit. Tiada sebarang syak bahawa solat ialah ibadat paling utama dalam Islam. Solat membezakan antara keimanan dan kekufuran. Rasulullah SAW sudah pun menegaskan perkara ini dengan hadis bermaksud:

“Perbezaan antara kita dan mereka ialah solat, maka siapa yang meninggalkannya sesungguhnya dia kafir.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Menghubungkaitkan perbincangan dengan ciri wasatiyyah, kita dapat memahami bahawa solat ialah asas utama wasatiyyah. Rasulullah SAW yang menjadi ikutan dan inspirasi gagasan Wasatiyyah dilihat sebagai insan yang amat mementingkan solat. Bahkan Baginda SAW memberitahu sahabatnya bahawa ketenangan dirinya dapat dikecapi melalui pelaksanaan solat. Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” (Hadis riwayat al-Nasa’i).

Tidak kira sihat mahupun sakit, bermukim mahupun mengembara, solat tetap menjadi keutamaan Baginda SAW. Begitu istimewanya solat pada jiwa Rasulullah. Justeru, sebagai umatnya, kita wajar berusaha sedaya upaya mengikuti jejak langkah Baginda SAW khususnya berkenaan dengan solat. Kita harus memberi perhatian terhadap firman Allah Taala dalam Surah Yusuf ayat 108 yang bermaksud:

“Katakanlah, ‘Inilah jalan agamaku, aku dan orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang yang musyrik’.”

Dalam mentafsirkan ayat ini, al-Syaukani berkata, ayat ini menjadi dalil bahawa semua orang yang mengikuti Rasulullah SAW adalah wajib baginya meneladani Baginda dalam berdakwah kepada Allah iaitu dengan mengajak kepada keimanan terhadap Allah dan mentauhidkan Allah serta melaksanakan apa disyariatkan Allah ke atas hamba-Nya.” (Lihat Fathul Qadir, cetakan Dar Ibn Hazm, halaman 873). Menyentuh kembali perihal solat, kita dapati Rasulullah SAW sudah mengarahkan agar umatnya melaksanakan solat berdasarkan praktikal solat Baginda. Rasulullah SAW bersabda:

“Solatlah seperti kamu sudah melihat aku solat.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Praktikal solat Rasulullah SAW sudah pun dihimpunkan ulama dengan menekankan hadis sahih. Praktikal solat Rasulullah adalah satu perbincangan yang memerlukan kursus khas dan tidak dapat dicatat dalam tulisan ini. Amat penting diingatkan hujah yang nyata menjadi dasar utama dalam usaha kita mengenali, memahami dan melaksanakan praktikal solat Rasulullah. Allah Taala menjelaskan kepada kita betapa solat berperanan besar dalam kesejahteraan peradaban manusia. Insan mukmin yang benar-benar melaksanakan solat pasti akan terhindar daripada perbuatan keji dan mungkar. Allah berfirman dalam Surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

“Dan dirikan solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

Persoalan yang timbul, mengapakah masih wujud orang Islam yang solat tetapi tetap melakukan perbuatan keji dan mungkar? Jawapan bagi persoalan ini sudah pun dijawab Rasulullah dalam beberapa hadis Baginda. Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada seorang Muslim pun yang apabila masuk waktu solat fardu lalu dia menyempurnakan wuduk, khusyuk dan rukuk solat itu kecuali semua itu menjadi penghapus dosanya yang lalu selain dosa besar.” (Hadis riwayat Muslim)

Perhatikan bagaimana solat membuahkan hasilnya apabila dilakukan dengan penuh tertib dan penghayatan atau dengan kata lain; Tama’ninahyang menjadi ciri luaran dan khusyuk menjadi ciri dalaman. Justeru, tanpa kedua-dua ciri luaran dan dalaman ini tidak mustahil jika seorang Muslim itu dilihat tegar dalam melakukan perbuatan keji dan mungkar, walaupun dia solat. Keadaan ini sudah pun digambarkan Rasulullah dengan sabdanya bermaksud:

“Boleh jadi orang berpuasa itu tidak mendapat daripada puasanya kecuali kelaparan. Boleh jadi juga orang yang bangun solat itu tidak mendapat daripada bangunnya itu kecuali letih berjaga.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dengan penjelasan serba ringkas ini, kita sudah pun dapat melihat bagaimana praktikal solat itu akan ketandusan dan kekeringan jika tidak disirami dengan kefahaman dan penghayatan. Setiap patah perkataan yang dituturkan dalam solat sepatutnya difahami oleh Muslim yang sedang bersolat. Sebagai langkah permulaan, kita perlu sedar bahawa kita mendapat perhatian Allah seawal bacaan al-Fatihah di dalam solat. Perhatikan hadis berikut dengan penuh fokus:

Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: “Aku sudah membahagikan solat kepada dua bahagian antara-Ku dan hamba-Ku. HambaKu akan dapat apa yang dia minta.” Jika hamba itu berkata, “segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,” Allah Ta‘ala menjawab: “Hamba-Ku sudah memuji-Ku.” Jika hamba itu berkata, “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,” Allah Taala menjawab: “Hamba-Ku telah menyanjungi-Ku.” Jika hamba itu berkata, “Yang menguasai hari pembalasan,” Allah Taala menjawab: “Hamba-Ku sudah mengagungi-Ku.” (dalam satu riwayat) “Hamba-Ku sudah menyerahkan urusannya kepada-Ku.” Jika hamba itu berkata, “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan,” Allah Taala menjawab: “Ini adalah antara-Ku dan hamba-Ku. Hamba-Ku akan dapat apa yang dia minta.” Jika hamba itu berkata, ‘Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan pula jalan mereka yang sesat (Nasrani),” Allah Taala menjawab: “Ini adalah untuk hamba-Ku dan hamba-Ku akan dapat apa yang dia minta.” (Hadis riwayat Muslim)

Berita Harian 6 Mac 2012

Monday, March 5, 2012

che juju


Berpantang kali nie, amat2lah menyeronokkan\(*_*)/
Sebabnya kali nie, umi n adik ibu che juju datang utk menemani ibu di sini.
YaAllah,tak tergambar betapa gembiranya hati ibu nie apabila abah telefpn cakap umi n iju nak datang. Alhamdulillah..terubat kerinduan hati nie.

Tapi tuela, yg kurang bestnyer ialah bukan ibu yg belikan tiket mereka tapi di sponsor oleh abah:) TQ abah n umi:D Hepi..hepi..hepi..

Hari2 bersama umi n iju adalah sgt mengujakan. Ammar n Nuha pun apalagi..lebih2 gembira:)
Maklumla selama nie abah jer yg dtg umah kami nie.
Imran lagila bertuah, ada tok mi tolong tuamkan, ibu mana la tau kena tuam2 nie. Ammar dulu xbuat pun.

Dan sup ikan haruan umi adalah terbaik..nyamannnn.
Umi n iju dtg 4hb, umi balik 12hb. Wahhhhh..sgt sedih. Dah la ibu xdapt anta umi ke epot, pantang katanyer, huhu padahal xmuat kete. kalu muat ikut jugak hahahaha

Iju dok sampai 25hb..huhu sian dia demi menjaga anak2 sedara.

CheJuju>>tq..sudi dtg menjaga kami;p. mengorbankan masa2 cuti mu itu.

Bila umi balik sedih n sunyi..
Time iju balik, lagila sunyi huhuhu..
sunyi dlm erti kata xleh bergosip, xleh nk feel citer korea, xde org nk borak2 waktu masak..Kalu la gini rasenyer tiap2 tahun mau ada anak baru hahahahha...biar umi dapt dtg tiap2 tahun sama abah n adik2

:(
xsabar mau ketemu abah plak bulan 5...
;)
n xsabar mau pulang ke kg huhu..


tokmi n bb imran:):(


~che juju~(masih single mingle)
hahahhha ke dok??

Saturday, February 25, 2012

Bersalin part 3

Sepatutnya dalam kul 9 baru nak cek laluan dh bukak brapa cm tapi dah ibu dok nangis, n ibu mintak ubat tahan sakit, doc cakap dia nk cek bwh.Dlm kul 8 lebih gitu. sambil2 tue ibu sms ngn papa. Rasa sgt best kalu papa ada sama2 ibu, tapi ibu cam xnak jugak sebab kalau papa ada mesti ibu cam lemah2 sikit (baca:manja + ngada hahaha)

Sambil2 tue ada nurse dok cek jantung baby, sambil2 bagi semangat kat ibu. Doc cek bawah, ibu dgr cam dia cakap mcm 5cm tapi xsure. Lama dia hilang..datang balik bawak doktor yg senior (doktor itu sgt cantek:)).Doktor tue cek bwh cakap, laa nie dh dalam 6 ke 7 cam dh nie.
Dalam pada tue ibu mibtak gak ubat tahan sakit ngn dia.
Doc cakap, "Kejap yer, kita g labour room nanti. Awak nie xlama dh nie"

Doc pecahkan air ketuban kat katil kat wad tue jugak. Makin sakit dah. Dah stop msg2 papa. Datangla nurse nk bwk g labour room. Ibu baring senget jer, sbb xleh nk telentang, dok tahan sakit. Nurse soh dok elok2 nanti jatuh, ibu cakap xpe2 pegi jer pegi je.( huhu..xsedar diri itu besar..takutla nurse tue nk bwk huhu)

MAsuk labour room. ibu dok ckp cepat nurse cepat, sbb nuse dok ckp apa ntah kat kaunter. Sekali tolak masuk bilik..huhu boleh plak tersalah bilik. tolak keluar plak. Ibu dok cepat2. Nasib xkena pelempang ngn nurse huhu. masuk labour room, bukak lampu semua. Ibu beralih ke katil lain.

Baru jer duduk kejap, tup tup ibu rase nk teran..Tapi mase tue xder org, ade sorg dok nk siap2 barang kot, doktor semua xder lagi. Sekali ibu teran tue...

Taraaaa....tepat 9.24 malam, baby kecil kuar. Ahhh..doc cantek dh jerit kejap2..tapi xgelabahla dia relax jer:). Alhamdulillah..lega.Anak sayang ibu dh selamat kuar.
Doc cantek cakapla, " Mcmane nie, baju semua xbukak lagi (waktu tue ibu ngn sweater2 lagi). Nak letak baby kat mama nie."

Ibu kasi selak jerla baju tue n Alhamdulillah..si comel sayang diletak kat dada ibu.:D MAsa tue barula penuh bilik ibu.Dalam pada tue, ibu dok tahan gelak sebab tipon ibu xhenti2 teima sms. hihi mesti papa la tue sbb ibu xbalas2 msg dia.
Sudah abih semua prosuder, ibu sms papa cakap dh bersalin. Papa punyerla xpercaya hahahhaah...tergelak2 ibu. Papa cakap nk dtg, tapi ibu cakap xpayah sbb ibu dok dalam lagi xtau bile blh kuar. tapi dia nk dtg jugak. Okla. Pastu ibu tipon umi n sms family n rakan2.

Sementara tue, papa dh sampai tapi xleh masuk n sudah kul 12 lebih ibu soh papa balik dulu jer. Kesian sbb xtau bila leh jumpa. N akhirnya kul 4 pagi ibu boleh kuar ke wad. Ibu dok kat wad Kenanga 2.

Sekian.

pengalaman bersalin part2

Ibu ditempatkan kat Wad Kenangan 1. Ok la gak xmasuk 1st kelas sbb kat wad nie ramai kwn2, xla sunyi sgt. Adala gak borak2 ngn kwn baru. pinjam2 buku hikhik.

Ibu tipon papa, dgr bising2. Ropenyer anakanda berdua sgt gumbira dok mandi main air huhu.Alhamdulillah:) Ptg dorang datang, ammar punyerla excited cerita.

'' Ibu, ammar, adik,papa sama nenek pegi rumah big. Naik2 tangga( sambil eksen naik tangga).'
"Seronok x?'
"yer, seronok. Rumah big"huhu

Malam tido dlm kesedihan, kerinduan:(

1 februari.

Berdebar2 bangun menanti apa kesudahan untuk hari nie. Pagi2 ade doc cek, ckp 2 cm.eh, boleh main kecik balik plak. Aduh, ibu dok pk nie mesti lmbt lagi. Pastu dtgla, Bos segala doktor kot ngn doktor2 pelatih / doktor baru. Doktor pelatih tue, bla..bla..bla.. terus dokor te cakap..
"so, Induce(gini ke eja)...NOW!"

Ibu tiba2 gabra hahaha. Xlama kemudian, orang katil depan dh kena masuk ubat. Tapi ibu nyer xder pun. Tunggu punya tunggu dah ke tengahari belum ada apa2 lagi. Aihh..bosan dh ibu nie. Then, dalam kul 3 ade doktor lain dtg, ibu tanya, "Bila la nk masuk ubat kat saya nie?"
"eh, xmasuk lagi ker?". Terus doktor tue bebel2, nape xmasuk lagi , dh lamabt dh nie, dari pagi lagi kena buat nie bla..bla..bla..Alhamdulillah, akhirnya. Yang doktor sorg lagi dtg wat muka xbersalah, terkejut ibu dk dimasukkan ubat. huhu ko tue yg lem###.

Ibu jngka kan, lambatla kontraksi sbb org depan ibu tue, pagi masuk ubat tghari dok relaks xrasa apalagi. Tapi ibu dlm baring 2 jam tue memg dh rasa sikit2. Wah. part yg paling takut dh terjadi nie. huhu
Petang papa n anak2 dtg, sakit tapi masih bertahan. terhibur ngn anak2, sibuk dok abihkan roti ibu hikhik

PAstu dh ptg makin dtg sakitnyer, fuh fuh fuh..sakit!!Ibu cubala praktik apa yg ibu baca. Jalan2...goyang bontot..hikhik ok gakla lega la sikit. Memg xleh nk dok langsung. Malam menjelma masih dlm 3-4cm. huhu..

Kontraksi dh sgt kerap, ibu start nangis kalu sakit dtg. huhuhu..

Bersambung lagi..sebab tuan kecik dh start nangis :)

Monday, February 20, 2012

Pengalaman bersalin kali ke3:)

Kali ke3 nie..ibu bersalin kat Hospital Likas KK. Ammar pun bersalin kat sini:)
Sepatutnya ibu kena g spital 29 Januari iaitu masa ibu genap 38 weeks. Tapi memandangkan puteri kesayangan Nuha demam panas jadik ibu ambik keputusan nanti2 baru pegi.

Jadi, tanggal 31 Januari 2012 ibu ngn hati berdebar2 bertolak ke KK. Fuhh..sayu hati meninggalkan rumah. Udah la beg2 baju bwk sampai xmuat letak hahahaha yg ibu punyer pun dh sepikul ( ibu memg jenis xpandai nk budget kain baju nie) selagi ada sumbat jer.;p

31 Januari 2012.

Dalam kul 10 ke 11 gtu, sampai spital, terus naik tingkat atas (doc dh pesan gitu). xder la ramai maner org dok kat bilik menunngu tue. Bilik tue cek2 sebelum daftar masuk wad, nama apa dh lupa plak. Ermm..lama gak tunggu. Kesian anak2 dh bosan. Masa tue kami bawak sorang makcik bersama. Kesian la kat depa dok tunggu tapi xtau keputusan cengmana. Sekali tiba2 sorg nurse soh g tukar baju spital. Eh, ibu agak terkejut la kan.xready katanyer hihi. Jadi, ibu cakap kat papa bwkla anak2 n makcik g mkn dulu sbb dh nk kul 1lebih kot masa tue. Nuha pun dh ngs2.

Seperti jugak Ammar, ibu dicek oleh nurse2 pelatih n doc pelatih huhu. Ok dorang baik2 ajer tapi itulah dh dorg cek kena tunggu doc lain lagi. Papa dtg bwk tapau untuk ibu. Tapi xdapat mkn, baru nk mkn kena panggil huhu pastu baru leh mkn. Ibu bantai mkn dlm bilik tue jugak hihi.

Sorang doc cek bukaan, baru 2cm..fuhh baru 2 ker??? HAti ibu nie memg dh xtenang dh, dok ingt anak2 kat luar. Sian la hai, kena tunggu ibu nie. Pastu ade 'bos' doktor datang. Sejuk hati ngk eh, lembut jer orangnya. Cakap pun slow jer, senyum2 lagi. Terubat hati kalu doc baik n senyum2 gitu. Waktu nie, doc praktikal diceramahi oleh 'bos' doc tue, Dia salah apentah, huhu sian jugak ngk.

Pastu ibu dibawa ke satu bilik nie, nk scan n doc senior dh la kot cek lagi bukaan. Katanya dh 3cm jadi xpyh masuk ubat katanyer. Pastu dia ckp nk buat apentah, lupa plak ibu nie. huhu
Dah setel semua ngn doc, tunggu nk masuk wad..lama la plok huhu. ibu dh rimas dah. ktanyer masuk wad 1st kellas..katanyerla. Tup tup..xjadi sbb ibu dlm pantauan BP. Jadi kena masuk wad depan kaunter. Ok la tue kot.
Wad tue ada 8 orang. Ermm lupa plak nk snap2 gmbr kat wad kan..adoillaa..kenangan tue huhu.
Tibala masa berpisah ngn insan2 tersayang..huhuhu..salam jer ngn en.papa terus menderu airmata. Tambah2 lagi bila anakanda berdua ammar n nuha salam cium ibu. wuaaaaaaa..tapi ALhamdulillah, Allah permudahkan. mereka berdua tak ngs pun hikhik siap bye2 ibu lagi. Cam faham2 jer. Jadi hati ibu xrunsing sgt la. Dan mereka, en.papa, ammar, nuha n makcik beredar meningglakan ibu menuju ke rumah sewa:(.

bersambunggggggg......(poyo plak nk sambung menyambung kan )..hahahaha

Friday, February 17, 2012

~berpantang..~

Fuiii...arini 17 hari berpantang. pantang ker???huhuhuhu
Walaupun dah ber'anak' 3 namun masih la terkial2 mencari resepi pantang n apa2 yg berkaitan..do n don't masa pantang. Tapi itulah ibu xderla pantang mane pun huhu..jadinyer azam yg berkobar2 utk berpantang dgn keras n bersungguh2 hati adalh ke laut..huhuhu.

Sebab bila ibu dh meng'gugel', tanya sane sini..kesimpulan ibu buat sendiri adalah >> yang kena pantang mana yg sejuk2 , ikan yg berbisa dan seafood semua tue. Pastu yg lain tue cam ayam ke daging ke, berkuah ke , kering ke..ikutla empunya diri sbb byk pendapat berlainan. Bagi ibu ikut ketahanan tubuh badan empunya diri.

Tapi kalu bab2 urut ke bengkung ke tungku ke yg tue pasti n mesti kot. Ibu rasa penting utk ketahanan badan, mau pakai lama kan. Yang pasti itu pun ibu krang sempurna dapat melakukan nya. Ahhhh..sedih sgt:(

Macam ibu sampai sekrg mandi air suam..sekali je mandi ptg ngn air sejuk(sbb malas nk masak air). Ada plak kwn ibu, idok penahnyer mandi air suam..dr hari pertama mandi air sejuk. yg sorang lagi pun mandi dlm 3 hari jer. ermmm..kalu ibu memg xtahan lagi nk mandi air sejuk2 nie. sejuk sampai ke tulangla jawabnyer huhuuhu.

itu jer dul citer pengenalan ibu dlm berpantang nie.:) semoga jmpa lagi...

Tuesday, January 24, 2012

Anak demam panas

JAm sudah kul 245am..tapi ibu masih berjaga sebab memantau Anakanda Nuha Maisarah:(.
Papa dh tido sbb tadi papa dh berjaga:)) tq sayangku

Semalam 24 Jan 2012, adalah hari yg menakutkan bagi ibu. Tgahari tue, Nuha tiba2 saja demam tapi masih la seperti biasa lagaknya, lemah jer sikit. Jadi papa bagi mkn ubat yg dh ada sajo, raya Cina klinik tutup kan. (rasanyer)..Tapi cam Maghrib tue, cam dh pelik dh sikit..kerap tersentak2..dr ptg lagi tapi sekali jer. Terus berkejar ke klinik ( doa semoga Poliklinik buka).Alhamdulillah buka. Kesian kat Ammar yg dh pun tido sbb xtido ptg:( terpaksa la kejutkan Ammar. Nasib xmeragam.

Sampai klinik, lama xlama jugakla tunggu ngn ekon yg amat sejuk. Masuk dlm doc cek suhu 39. Doc ckp masuk ubat kot b##**t. Sekali pas masuk tue, sambil2 tanya doc..Nuha dh tersentak2 byk kali. Ibu ingt biasa jer..sekali mata dh ke atas, panggil2 dh xdgr. YA ALLAH...lemah lutut ibu. terus ibu panik pnggil2 papa. Doc mintak letak nUha n buka baju semua kasi lap2 badan..adala dlm 4-5 minit kena sawan. YA ALLAH...takutnyer ibu!!!Doc n papa tenang2 sajo huhu Ammar pun dh ngs2 ngk adik gitu.

Doc soh g spital KB cepat2. Takut jgk ibu nk melangkah kuar. Kot jd ape2 tgh jln. HAti cuba bertenang cam papa. Sekali dlm kete terus terhambur tangisa ibu huhuhu..xmo xmo ngk anak jadi gitu hhuhuhuhu, Nuha diam saje.

Sampai spital, Terus nurse kasi lap2 bdn ngn air..suhu 38/37 lupa plak. Tapi Nuha adalh menangis2 xberenti + membuang lagi. Sudah lap2 semua Alhamdulillah OK dh. Doc ckp xperlu nk tahan wad, tapi pantau betul2 kat umah. Dah tanye semua2 kat doc..puas hati n yakin bawak balik. Dalam kete, terus Nuha dok nyanyi lagu maher zain, tapi pastu diam. Penat sgt kot.

Balik mkn semua, dh ok sikit panasnyer. Tapi tgh mlm cam panas sikit. so. dok lap2 ngn kain basah semua. Sekali dlm kul 3 panas cam tinggi sikit, terus papa lap2 bdn semua kepala, ibu ngk jer sbb dh xlarat dh. huhu Pastu Nuha cam dh ok..ckp2 semua. Siap lap ibu n papa lagi. Cakap ibu papa demam huhuhu..Subuh tue baru nuha tido n ibu n papa pun baru tido sama2 nuha.

Malam nie plak..masa nuha tido pegang2 pns naik plak. Lap2 ngn air..skrg cam dh ok sikit..cek suhu pun ok. Jap lagi bolehla ibu beradu..

Kejadian ini memg sgt2 menjadi pengajaran bagi ibu. xnk dh lewat2 anta anak ke klinik huhuhu.
Harapan ibu semoga xkan terjadi dh lagi sawan2 cenggini:(

sekian.:)