Thursday, January 27, 2011

C.A.N.T.I.K

Semua manusia sukakan kepada kecantikan. Mahukan isteri yang cantik, rumah yang cantik, handphone yang cantik, wajah yang cantik, sehingga, nombor plate kereta pun mahukan yang cantik.

Kalau barang dah jadi buruk, semua orang akan "buang" kerana ingin memiliki barang yang cantik sahaja. Perkara ini tidak salah kerana telah menjadi salah satu fitrah manusia iaitu sukakan kepada kecantikan.

Perkongsian kali ini ingin bertanyakan kepada anda, bagaimana kalau hati kita sendiri tidak cantik?

Anda ada jawapan? Bagaimana penilaian Allah s.w.t nanti kepada kita yang tidak memiliki hati yang cantik iaitu tidak mempunyai iman yang kukuh dan hati dipenuhi dengan dosa?

Mungkin, selepas membaca persoalan ini, hati kita tergerak untuk merasai perasaan takut kerana risau jikalau hati ini tidak cantik tetapi mahukan harta dunia yang cantik.

Fikirkan, jika kita boleh membuang barang yang tidak cantik begitu sahaja, mungkin nasib kita sama suatu hari nanti di akhirat kelak iaitu dicampak kedalam neraka.


http://www.sharemotivasi.com/

Wednesday, January 26, 2011

angin rajin datang

Ammar n nuha dah tido awal2 dah. Ammar tido awal kes ptg tadi xtido, tolong pato sapu2 bakar sampah. Nuha plak sebuk dok kacau2 abang ibu pun tidokan jugak huhahhaha, tapi memang time tido nuha dh tue.

Papa g tuisyen tapi balik awal jugak sebab xder letrik. KAt umah pun 2 3 kali lampu berkelip2 cam nk xder letrik tapi Alhamdulillah ok jer:) Oleh kerna putera n puteri udah beradu ibu pun bertungkus lumus la bersilat di dapur. Sambil2 dok basuh ikan n ayam terbayang2 plak nak buat nuget. hihi Ngk barang2 ermm itu tofu cam dh xok, ingt plak kwn ibu ckp dia pakai mayonis. nasibla ade mayonis yg ibu beli aritu ,nk try wat telur cam sheila rusly hahhahahaha

Ok gak rasa wat ngn mayonis hihi, goreng sikit utk ibu n papa. Simpan utk goreng esok sikit..rugi buat sikit sgt. xpela nanti2 wat lagi.

Stok garam kunyit,setel.
Stok cili kisar, setel.
Stok2 lain xtau lagi ape hihihi.
Jadi ibu mau mandi n tidoooo......
selamat malam semua:D

Tuesday, January 25, 2011

terima kasih atas perkongsian ini

Saat tubuh segar bugar,
Dihiasi busana berkilauan,
Jejaka menatap, bergetar keimanan,
Walau gaya potongan menidakkan suruhan TUHAN,
Dek mengikut tema dan kesesuaian zaman,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat mata melihat,tidak buta,
Dipandang, memandang kecantikan ‘taman larangan’,
Putih gebu, hitam manis, melonjak keghairahan,
‘Si ikan ada didepan si kucing jantan’,
Peluang keemasan, jangan disiakan,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat telinga mendengar, tidak tuli,
Suara manja menggoncang iman,’ halwa’ pendengaran,
Berita sensasi, gossip terkini,
Alunan cinta nafsu, membuai keasyikan,
Sekadar berhibur penawar kepenatan,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat mulut berbicara, tidak bisu,
Patah kata umpat-umpatan,
Bicara kesat, membuak kemarahan,
Biar luahan sangat melukakan,
Asal diri puas menuturkan,
Tercapai hasrat, maksud dan tujuan,
Konon perbincangan berpaksi kebenaran,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Beringatlah wahai tubuh yang segar bugar,
Beringatlah mata yang tidak buta,
Beringatlah telinga yang tidak tuli,
Beringatlah mulut yang tidak bisu,
ALLAH SWT tidak pernah lalai menyaksikan,
Malaikat di kiri kanan setia mencatat amalan,
Bertaubatlah, pohon keampunan.

Jangan menunggu mata rapat terpejam,
Telinga pekak, tidak mampu mendengar,
Mulut terkatup rapat, tidak sepatah terluah,
Tubuh segar, kaku di pembaringan,
Ketika itu, tiada guna penyesalan,
Kelak 'alasan' makan tuan!

Hilangkan notification facebook dlm email

Ibu hari minggu lepas bukala email yg udah berzaman xbukak. Sekali tu diaaaaaaaa....6000++ email ibu.huhuhu jenuhla mendelete nyer. Byk la jugak dari fesbuk kan. Bukan jugak tapi memang bertimbun2..udah 3 bulan ke ibu xbukak email, ada jugak bukak sekali dua tapi xbuat apepun.

Dgn semangat yang waja dan jitu ibu pun mendelete la semua email. Ada yang ibu sempat ngk, ada yg xpun huhu. Ibu cam ingt2 lupa yangada dulu Puan Vp @viruspadu ada la buat entry sal nk letak dlm folder lain ke ape ntah. Tapi nanti benda fesbuk tue xkacau email la. Ibu cari2 jumpa la beberapa cara. Tapi ibu xfaham la plok huhu. Last2 sekali ibu jumpa kat komputerdananda kot, lupa dah. Ginila caranyer:

1. Dekat fesbuk tue,pergi kat Account tue, klik pada account setting.
2. Pastu pilih notifications.
3. Hilangkan semua tanda "right' kat petak2 tue.
4. Solosai...:)

Tapi ibu ada dapat jugak email ape ntah.invite2 dari fesbuk la lupa plak apa. ibu dah delete dah. Tapi kalu yang byk2 tue memang dah xmasuk email dah. Suker..suker..suker...:D terima kasih komputerdananda(kalu xsalah)

Monday, January 24, 2011

Syukur Alhamdulillah

ALhamdulillah. ibu gembira sebab:

~cam ibu dh dapat kawal amarah ibu
~kurang menjadi tarzan;p
~kurang merungut
~tidak mudah terpengaruh dgn semua itu??!!
~buat kerja rumah ngn lancar n baik.
~syukur dapat jumpa ngn bahan bacaan yg menarik
berilmiah dan dapat mendidik diri ibu.

YEr, dalam ibu bergembira tue adala jugak terasa hati ngn org yg xpandai nk hargai. Sedih la sedikit tapi..ALLAH itu ada nonie!!ALLAH bersama kamu!!
Dan ibu sgt sayu n sedih ptg nie sbb ermm sebab..ntahla hihi xpandai pulak nk bercerita(tetiba) hahhahaha ni mendalam sikit dia punyer kes.

Eh cop nk tanya, kalu bb hisap puting nanti jongang ker dia??

Ammar, Nuha

Di suatu petang nan damai lagi tenang...

Ammar : Ibu, nak susu botol.
Ibu : Xpayahla susu botol kan ammar dah besar.
Ammar : Susula..nanti xpandai.

huhu ibu pun dlm malas2 nak bangun tue, bangun la jugak kan(kata nk anak pandai;p). Nak tergelak pun yer, mana pulak dia blaja tue.

Sekarang budak busuk berdua nie minum susu sama. tp adik campur2 lagi la ngn susu ibu.Dorang minum Dutch Lady. Dah tukar susu nie, ambooi makin byk pulak minum hhuhu mungkin sedap kot sbb ibu bau susu tue cam sedap jer hihi. Kalu beli yg kecik abih dalam 3 hari jer huhu..Ingt dh nak stop ammar minum susu botol tapi xbleyla, sebab kalu nk tido mesti nk susu botol. Dah byk jugak beli cawan utk dia tapi semua xjalan:( Ada sape2 ada pengalaman tak??boleh share2:)

Abang n adik nie, kalau la main dgn ibu sekali tergelak. Punyer la dorang gelak..sakan!!Sama naik adik n abang. Tapi kalu dh start berebut barang aduhla..hihi ibu terus nk jadi hulk. hahhaha kadang2 jer jadi hulk, sebab ibu ngk jer kalu dok berebut n pastu soh main sama2. KAlu abang tue okla sikit, sekali si adik ambik terus terkedek2 lari hahhahaha..abang la dok ngejar, abis2 abang yang meraung huhuhu Tue kadang2 abang berkeras xbagi adik.

Nie dua2 dah bangun, Alisha plak tido. Mandikan lambat sikit dorang arini sebab SEJUkkkkkkkkkk..best nyer kalu dapt tido kan:p

Ammar panggil alisha..alisha alisha..alisha damiau(damia) huhu..nuha pun cam pandai panggil alisha dah..dia panggil yisha..hihi chomellll!!!

Sunday, January 23, 2011

pedoman kehidupan

Assalamualaikum...Peringatan buat diri yang hina ini dan Amnya buat kawan2 yang di sayangi kerana ALLAH...JOM kita usaha melakukanya....YA ALLAH beri kami kekuatan agar menjadi kawan2 yang baik pada kawan2 kami tersayang...Pada semua umat islam ...yang membahagiakan kami mahupun yang melukakan dan menghancurkan hati kami...Sebagai Sau...dara seislam ..saya menyayangi semua Teman Saya

• Tingkatkan kasih sayang di antara sesama manusia.• Bertolong bantu antara satu sama lain dalam menegakkan kebaikan.

• Ziarah-menziarahi antara satu sama lain dan bertanya khabar.• Teguhkan ukhuwwah, elakkan mengumpat, fitnah-menfitnah, tuduh-menuduh,salah-menyalahkan, agar tidak merosakkan hati dan berlaku perpecahan.

TIPS MENGERATKAN PERSAHABATAN

• Mestilah sama sehaluan iaitu sama-sama memahami dan bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Islam.• Tidak mementingkan diri sendiri. Masing-masing mengutamakan kepentingan sahabat dan melahirkan simpati kepada sahabat yang mendapat kesusahan atau sakit.

• Ziarah-menziarahi. Ini akan mengeratkan perkenalan, rasa persaudaraan dan rasa bersama.

• Saling beri-memberi dan bertukar-tukar hadiah. Ini akan menghibur dan mewujudkan pertautan hati

.• Saling bertolak-ansur terhadap salah dan silap serta berlebih kurang dalam soal wang, makan minum dan sebagainya.

• Saling bermaaf-maafan. Mudah meminta maaf bila bersalah dan mudah memaafkan sahabat yang terbuat salah.

• Tidak memilih, yakni tidak berkawan sesama sendiri sahaja hingga ada sahabat lain yang berkecil hati.

• Kenang jasa sahabat. Jasa, walaupun kecil, perlu dikenang selalu.

• Saling menjaga maruah sahabat. Ceritakan kebaikan-kebaikannya dan tutup keburukannya daripada diketahui oleh orang lain.

• Merendah diri. Jangan menunjuk-nunjuk diri sendiri lebih dan jangan menceritakan jasa, kebaikan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri kepada sahabat.

TIPS MEMBUANG SIFAT EGO

• Sedar diri. Kalau tak sedar diri ada sifat ego, susahlah untuk membuangnya.

• Belajar tentang ilmu sifat hati.

• Mujahadah. Iaitu melawan sifat keji yang ada dalam hati. Sifat ego timbul bila kita rasa lebih daripada orang lain. Misalnya, bila diberi jawatan, hati rasa bangga. Untuk melawannya, ingatlah bahawa jawatan itu tanggungjawab yang akan disoal di Akhirat.

• Mujahadah hendaklah berterusan, kerana nafsu dan syaitan tidak pernah rehat dalam mengajak kepada kejahatan.

• Ada nasihat yang boleh membimbing dan menunjuk ajar cara-cara menangani ego.• Berdoa selalu memohon kekuatan dari Allah.

ni ibu copy dr sahabat facebook ibu: cintabakar:)

Friday, January 21, 2011

pengasuh

Macam nk mencoretkan sesuatu kat sini walaupun cam nak g baring2 dah :)
Minggu ni kira dah minggu ke3 la kan ibu mengasuh alisha. Ermm xambik2 lagi gmbr alisha nk letak kat blog.

Alhamdulillah kalu dari segi anak2 ibu tue ok la xder la nk menjeles atau wat perangai lebih2. Dorang pun asyik sayang pipi adik. Minggu ni, alisha xngs2 dah cuma kuat tido. Kira ada la masa untuk ibu n anak2 n masa kemas2.

Kalu ikutkan ibu masa minggu2 terdahulu cam dh kurang mood nk jaga. Bukan sebab apa, cam sian kdg2 anak2 sendiri terbiar jer main sendirik2. Makan minum Alhamdulillah ok jer. Alisha ni kuat nangis, dahla suara kuat bila nangis ada tue siap jerit2 lagi. Fuhhh...sentap teramat sebab dia cam nk tido tapi xnak nyusu tapi sbnrnya lama2 dia nyusu jugak. Cam buat perangai la dulu. Ada tue siap mkcik sebelah dtg..huhu ingt ibu dera ker apa???

MIL ibu memg adala turun 2 3 kali pantau2. Sebab ibu nk mandikan budak ammar n nuha, semua. Tapi 2 3 ari dh kurang turun sbb alisha cam ngs kdg2 jer. xpela sebab sian jugak mak nk turun naik.

Cuma adala sekali tue pengalaman kus semangat. Alisha ngs xrenti2, nuha plak nk dukung aje(dia demam), ammar pulak 2 kali terberak xcakap.(mayb efek dr mkn ubat cacing kot) Adoiiiiiila. Pening ibu, cam nk ngs dah. Ibu pun dh bertukar jadi hulk. Ingt kejadian tue memg ibu dh xnk jaga dah. kot kot gitu tiap2 ari darh tinggi mencanak2 la naik huhu..Tp alhamdulillah ok jer sekrg nie. Mintak2 la berterusan:D

Aritu cam doc cek cam pregnant tapi ibu cek sendri idok la plok huhuhu...agak keciwa di situ:(

Thursday, January 20, 2011

Abang ammar

Gambar ammar n rebik. Xsangka pulak ibu ammar berani nk pegang hikhik. Ni masa balik kg aritu kat umah mak sedara ibu merangkap nenek sedara ammar n nuha hahhahaha semua dh jadi datuk/nenek dh.

Ammar yg semakin byk ragam yg menyeronokkan n menyentapkan ibu;p

Semalam adik dh tido, papa g tusyen. Ibu boring2 lipat la kain, ammar dh terlentang kat tilam. Sekali dia pun bangun nk lipat kain gak. Semua die lipat gumpal2 hihi..sekali ibu kasila CD die punyer. dok la melipat CD tue. Pandai pulak melipatnya hihi macam2 gaya lipatan dia buat last2 dia lipat 2 jer. Dah ibu siap lipat, ibu hanger2 kan baju plak. Ammar dh kembali ke tilam dok main selimut.

Ibu : Ammar, tunggu kejap yer. Ibu g simpan baju jap.Ok?
Ammar : ok, ammar tunggu kejap.

Masa ibu dok susun tue, ammar dtg tolak pintu ingtkan kenapa. Rupanya dia dtg bawak CD yang dia lipat tadi nk susun jugak..alalaalallalaalala..chomell tau anak ibu nie:)

Arini pun ammar tolong ibu jaga adik alisha n jemur seluar.hihi nmpak jer ibu bwk bakul, dia yg sebuk dulu. "ibu, jemur kain ibu."..

Sebelum tido tadi,

Ibu : ammar, ammar nak g sekolah tak?
Ammar : Ammar xnak sekolah la.(ckp mesti ada la)
Ibu : Aik, kenapa ammar xnak sekolah?
Ammar : Ammar nangis sekolah.huhu
Gitula kdg2 sibuk nk g sekolah, pastu kalu kena marah tetibot jer.." Ammar xnak sekolah la" huhu tau ke tak sekolah tue tempat ape ntah hihi.

Monday, January 17, 2011

~akhirnya terjawab~

IAnya -ve......
:(

Saturday, January 15, 2011

~adakah ianya benar~

Hari ni tiba2 ibu mendapat suatu berita

yang di luar jangkaan ibu.

Ermmm..tidak terkata ibu,

terkejut, tergamam,

hanya mampu tersenyum...

Adakah ianya BEnar???

Friday, January 14, 2011

aiskrim malaysia


~ni bukan ibu yg buat, ni gmbr Gugel..

pn.isteri : Yang, b ingt nk buat aiskrim malaysia la. Bolehla ammar makan2. Sian dia.

en.suami : bagus gak tue. Sedap jugak makan time panas2 nie.

Ewahhh, nmpaknya sebelum terlaksana hajat nk buat aiskrim malaysia dah tau sape tukang habiskan. adakah ammar????mungkin tidakkkkk hihi

Maka ibu belum tido lagi sebab nk buat eskrim malaysia perisa anggur sajork hahahahhahaha

Saturday, January 8, 2011

mengasuh

Alhamdulillah start ari selasa minggu lepas, ibu mula mengasuh ank ipar ibu baby umur 2 bulan:)
Hari pertama adalah sgt mencabar kerana bb alisha menangis dgn sgt2 nyaring huhu satu jam wooo.Udahnya ammar n nuha terbangun dari tidur. Tue pun nasib baik mak datang tolong jenguk. Ntahla nape kan dia nangis, mayb sakit perut sebab dia cam ada masalh berak. Pas berak tue cam xngs sgt dah:) fuhhh..Hari2 seterusnya plak okla xla ngs cam hari pertama.

Tapi sayu hati ibu nie, bila dok nangis2 tue, tergesel2 dia kat ibu cari susu badan:( Sian sangat nak menitik airmata.
Ammar pun seperti masa nuha kecik dulu, dia bolehla diharap nk tolong ngkkan alisha kejap kalu ibu ke bilik air.
Kalu alisha ngs, "Diam adik jangan nangis adik. abg ada nie" kata ammar. hihi
Ibu ayun alisha dia pun sibuk la gak, sambil " LAilahaillallah.." ikut ibu. teruja kot ngk buai sebab nuha xbuai.

Nuha pulak Alhamdulillah xder dengki2 syukur, mula2 dulu cam xkasi ibu nk pegang bb lain. Tapi nmpaknya ok2 sajer:) Tapi takut sikitla sebab nuha selalu nk kasi mainan la, nk bagi coklat la huhuhhu..Kena perati selalu. Ada jugak la tensen kot alisha ngs, siap dia boleh marah tue.."haip" dia cakap, siap ngn muka garang lagi hahahahha amboi dia meraung volume tinggi xpe yer:)

Ibu ada jugakla cari kot2 ade ayat2 penenang kasi bb kurg ngs, ermm ade ker?hihi mak n MIL ibu ckp memg bb alisha nie suka ngs. Tapi kdg2 ok jer pun.ermm..InsyaAllah minggu depan nie dia xngs2 lagi.

3 Umah mak sedara ibu kat kelantan naik air la. Kesian plak dorang, yang ayah long ibu siap kena pindah lagi huhu xpenah2 lagi tue. Penah naik air pun waktu ibu tecik2 comel dulu:pSemoga tiada apa2 la kan.

Thursday, January 6, 2011

Nuha MAisarah udah Setahun:D





HEPI BESDAY ADIK..

3.1.2011 aritu genapla nuha setahun.Syukur Alhamdulillah anakanda ibu nie membesar dgn baik:)

Nuha dah pandai jalan sebelum setahun lagi. Dlm 10 ke 11 buln kot. Cepat dr abg, tuela org2 cakap budak pompuan cepat sikit dr lelaki. betul la tue kot kan?kalu nk diceritakan peel nya sehari2 memangla byk ish..maikin besar dh makin byk ragamla kan. Yg paling nyata ialah KUAT MAKAN huhu. Balik kg aritu kan, xrenti2 ade tukang menyuapnya hahaha. Nuha pun hepi jerla.

Pandai nk main2 dah ngn abg tapi selalu jugak la berebut brg ngn abg. Abg nk kasi tukar ngn yg lain pun xnak. Kalu dh kata dia nk yg tue, yang tue la jugak jgn dok tukar. Kalu xdapt mula la buka volume maksimum aihhh. Cubit baru tau!!hihi

Semlm dh nk tido dh sekali terlelap dh, tup tup bgn plak. Ammar dok dlm selimut, nuha mencari kang jumpa dorang gelak2. geram ngk xnk tido2 tapi senang hati ngk depa gelak berdua:D

Yg pasti jugak kdg2 tue sensitip. Kang kalu dgr org lain ngs dia yg ngs kuat lagi, org baru start nk ngs dia dh dulu lagi.hahhaha adik adik. Pandai gak menyakat2 org budak tecik nie. Lucu ngk kecik2 pandai sakat org. Kang g sakat abg, abg sentap nangis huhuhu

Adik, ibu papa abg sayang adik selama2nya. Semoga adik membesar dgn baik, menjadi muslimah sejati berakhlak mulia.

Sunday, January 2, 2011

Byk keje lagi

Ibu dah selamat sampai ke rumah Sabah 26.12 tahun lepas :p
Tapi selama tue jugak xder la ibu dapt nk update apa2 lagi.huhu.
Bnyk bebenor lagi keje umah x setel2, esok plak papa dh nk mula ngajar. Aduhla..mesti rindu nanti kan(ahaks, poyos!)

Ibu dok nonton 3 idiots utk kali ke berapa ntah hahahaha..best pulok citer nyer. Papa pun suke gak.

Okla stop sini dulu nanti kita jumpa lagi. Penat plak menaip, dh lama xmenaip panjang2 kihkih(panjang ker???)