Sunday, March 11, 2012

Anak kembar

Comel n geram kat ngk baby kembar nie. Gambar ni ibu hambik dr encik gugel.
DAri dulu lagi kan berharap sangat nk anak kembar. Sebab cam sgt comel n jimatkan masa nk beranak hahahahahha boleh gitu. Yerla nak anak ramai tapi umur dh meningkat, jadi kena cepat2 la hihi

Tapikan.. masa kat hosptal aritu terbuka mata dan minda ibu nie. Masa ibu dok wad tue, ada kakak nie lahir anak kembar, bedah. Masa mula2 dia masuk tue, memg dia mamai2 la. Dan kita yg menengok nie, excited lebih la plok sbb ngk ade dua baby comel.

Akan tetapi, bila tiba waktu malam, nah ambik dua2 dok gilir2 nangis. dari malam tue sampai ke pagi. Memang ibu xleh nak tido langsung, tambah2 kenyaringan teriakan mereka amat terserlah. Lepas yang nie nangis, kang yg sorang plak. gitu la seterusnya, STRESS.

Mama kembar pun dh membebel2 merungut. Kuat2 plak tue, tapi ibu rasakan mama tue sengaja wat begitu sbb nak tarik perhatian nurse. Yerla kakak tue xlah nk gerak byk ngan ade bwk air lagi( xtau ape benda tue..ala yg cucuk kat tgn tue, air bergantungan tue) Dgn sayu n pilu n cam stress kakak tue dok bebel sepnjng mlm ke pg. yerla ade la berenti kejap2. Asal dia nk tido uwekk..uwekk.. cam kesian sgt. Nak menolong pun xtau kan sbb imran dalam kesejukan n emosi ibu waktu tue xstabil.

Sampai la besok tue, barula pelatih2 n ada la sorg dua nurse dok nolong2 kakak tue, salin pampers baby semua. Kakak tue ade mintak tlg nurse bersihkan dia n cabutkan apa ntah. Nurse cam bengang ckp dia byk keje tunggu dulu. Sekali bila lawatan doktor, doktor sgt sgt cantik n baik hati. Bila doktor ngk baby2 tue ngs doktor jenguk n support kakak tue. Doc panggilkan nurse tolong urus baby n kakak tue. Sampai kakak tue nangis la. Sian dia. BArula nurse dtg hegeh2 wat cepat2.

Bagi ibu la, ibu2 yg bersalin kembar nie memg amat2 memerlukan support dr org sekeliling. Memang xleh nk handle sorg2. Dan perlu kuat semangat. Kalu x mau meroyan dibuatnya. adala 2 3 org yg ada anak kembar nie memg mengeluh la, dr pemerhatian ibu la, kes xde sokongan org sekelilingla. Cam suami wat xtau jer ker. Ibu dok urus kembar sorang2.

Tapi kalau Allah dh nak kasi kita anak kembar bersyukurla, Allah tau mana yang terbaik utk kitakan:) Cuma itulah, suami n org2 terdekat kenala sedia membantu. jgn biarkan ibu bersalin kembar bersendirian. Macamane la yang bersalin kembar 3 n ke atas tue yer. Sgt kagum dgn mereka!!!!

Tuesday, March 6, 2012

Solat Asas Utama Wasatiyah

Dr Fadlan Mohd Othman, Pengerusi iLMU.

Beza antara keimanan, kekufuran

RASULULLAH SAW dikurniakan ibadat solat ketika peristiwa al-Isra’ wal-Mikraj. Khabar pengembaraan pada waktu malam dan pengangkatan ke tujuh petala langit sudah cukup menyerlahkan hikmah pensyariatan solat. Solat ialah satu-satunya ibadat difardukan di atas langit. Tiada sebarang syak bahawa solat ialah ibadat paling utama dalam Islam. Solat membezakan antara keimanan dan kekufuran. Rasulullah SAW sudah pun menegaskan perkara ini dengan hadis bermaksud:

“Perbezaan antara kita dan mereka ialah solat, maka siapa yang meninggalkannya sesungguhnya dia kafir.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Menghubungkaitkan perbincangan dengan ciri wasatiyyah, kita dapat memahami bahawa solat ialah asas utama wasatiyyah. Rasulullah SAW yang menjadi ikutan dan inspirasi gagasan Wasatiyyah dilihat sebagai insan yang amat mementingkan solat. Bahkan Baginda SAW memberitahu sahabatnya bahawa ketenangan dirinya dapat dikecapi melalui pelaksanaan solat. Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” (Hadis riwayat al-Nasa’i).

Tidak kira sihat mahupun sakit, bermukim mahupun mengembara, solat tetap menjadi keutamaan Baginda SAW. Begitu istimewanya solat pada jiwa Rasulullah. Justeru, sebagai umatnya, kita wajar berusaha sedaya upaya mengikuti jejak langkah Baginda SAW khususnya berkenaan dengan solat. Kita harus memberi perhatian terhadap firman Allah Taala dalam Surah Yusuf ayat 108 yang bermaksud:

“Katakanlah, ‘Inilah jalan agamaku, aku dan orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang yang musyrik’.”

Dalam mentafsirkan ayat ini, al-Syaukani berkata, ayat ini menjadi dalil bahawa semua orang yang mengikuti Rasulullah SAW adalah wajib baginya meneladani Baginda dalam berdakwah kepada Allah iaitu dengan mengajak kepada keimanan terhadap Allah dan mentauhidkan Allah serta melaksanakan apa disyariatkan Allah ke atas hamba-Nya.” (Lihat Fathul Qadir, cetakan Dar Ibn Hazm, halaman 873). Menyentuh kembali perihal solat, kita dapati Rasulullah SAW sudah mengarahkan agar umatnya melaksanakan solat berdasarkan praktikal solat Baginda. Rasulullah SAW bersabda:

“Solatlah seperti kamu sudah melihat aku solat.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Praktikal solat Rasulullah SAW sudah pun dihimpunkan ulama dengan menekankan hadis sahih. Praktikal solat Rasulullah adalah satu perbincangan yang memerlukan kursus khas dan tidak dapat dicatat dalam tulisan ini. Amat penting diingatkan hujah yang nyata menjadi dasar utama dalam usaha kita mengenali, memahami dan melaksanakan praktikal solat Rasulullah. Allah Taala menjelaskan kepada kita betapa solat berperanan besar dalam kesejahteraan peradaban manusia. Insan mukmin yang benar-benar melaksanakan solat pasti akan terhindar daripada perbuatan keji dan mungkar. Allah berfirman dalam Surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

“Dan dirikan solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

Persoalan yang timbul, mengapakah masih wujud orang Islam yang solat tetapi tetap melakukan perbuatan keji dan mungkar? Jawapan bagi persoalan ini sudah pun dijawab Rasulullah dalam beberapa hadis Baginda. Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada seorang Muslim pun yang apabila masuk waktu solat fardu lalu dia menyempurnakan wuduk, khusyuk dan rukuk solat itu kecuali semua itu menjadi penghapus dosanya yang lalu selain dosa besar.” (Hadis riwayat Muslim)

Perhatikan bagaimana solat membuahkan hasilnya apabila dilakukan dengan penuh tertib dan penghayatan atau dengan kata lain; Tama’ninahyang menjadi ciri luaran dan khusyuk menjadi ciri dalaman. Justeru, tanpa kedua-dua ciri luaran dan dalaman ini tidak mustahil jika seorang Muslim itu dilihat tegar dalam melakukan perbuatan keji dan mungkar, walaupun dia solat. Keadaan ini sudah pun digambarkan Rasulullah dengan sabdanya bermaksud:

“Boleh jadi orang berpuasa itu tidak mendapat daripada puasanya kecuali kelaparan. Boleh jadi juga orang yang bangun solat itu tidak mendapat daripada bangunnya itu kecuali letih berjaga.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dengan penjelasan serba ringkas ini, kita sudah pun dapat melihat bagaimana praktikal solat itu akan ketandusan dan kekeringan jika tidak disirami dengan kefahaman dan penghayatan. Setiap patah perkataan yang dituturkan dalam solat sepatutnya difahami oleh Muslim yang sedang bersolat. Sebagai langkah permulaan, kita perlu sedar bahawa kita mendapat perhatian Allah seawal bacaan al-Fatihah di dalam solat. Perhatikan hadis berikut dengan penuh fokus:

Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: “Aku sudah membahagikan solat kepada dua bahagian antara-Ku dan hamba-Ku. HambaKu akan dapat apa yang dia minta.” Jika hamba itu berkata, “segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,” Allah Ta‘ala menjawab: “Hamba-Ku sudah memuji-Ku.” Jika hamba itu berkata, “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,” Allah Taala menjawab: “Hamba-Ku telah menyanjungi-Ku.” Jika hamba itu berkata, “Yang menguasai hari pembalasan,” Allah Taala menjawab: “Hamba-Ku sudah mengagungi-Ku.” (dalam satu riwayat) “Hamba-Ku sudah menyerahkan urusannya kepada-Ku.” Jika hamba itu berkata, “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan,” Allah Taala menjawab: “Ini adalah antara-Ku dan hamba-Ku. Hamba-Ku akan dapat apa yang dia minta.” Jika hamba itu berkata, ‘Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan pula jalan mereka yang sesat (Nasrani),” Allah Taala menjawab: “Ini adalah untuk hamba-Ku dan hamba-Ku akan dapat apa yang dia minta.” (Hadis riwayat Muslim)

Berita Harian 6 Mac 2012

Monday, March 5, 2012

che juju


Berpantang kali nie, amat2lah menyeronokkan\(*_*)/
Sebabnya kali nie, umi n adik ibu che juju datang utk menemani ibu di sini.
YaAllah,tak tergambar betapa gembiranya hati ibu nie apabila abah telefpn cakap umi n iju nak datang. Alhamdulillah..terubat kerinduan hati nie.

Tapi tuela, yg kurang bestnyer ialah bukan ibu yg belikan tiket mereka tapi di sponsor oleh abah:) TQ abah n umi:D Hepi..hepi..hepi..

Hari2 bersama umi n iju adalah sgt mengujakan. Ammar n Nuha pun apalagi..lebih2 gembira:)
Maklumla selama nie abah jer yg dtg umah kami nie.
Imran lagila bertuah, ada tok mi tolong tuamkan, ibu mana la tau kena tuam2 nie. Ammar dulu xbuat pun.

Dan sup ikan haruan umi adalah terbaik..nyamannnn.
Umi n iju dtg 4hb, umi balik 12hb. Wahhhhh..sgt sedih. Dah la ibu xdapt anta umi ke epot, pantang katanyer, huhu padahal xmuat kete. kalu muat ikut jugak hahahaha

Iju dok sampai 25hb..huhu sian dia demi menjaga anak2 sedara.

CheJuju>>tq..sudi dtg menjaga kami;p. mengorbankan masa2 cuti mu itu.

Bila umi balik sedih n sunyi..
Time iju balik, lagila sunyi huhuhu..
sunyi dlm erti kata xleh bergosip, xleh nk feel citer korea, xde org nk borak2 waktu masak..Kalu la gini rasenyer tiap2 tahun mau ada anak baru hahahahha...biar umi dapt dtg tiap2 tahun sama abah n adik2

:(
xsabar mau ketemu abah plak bulan 5...
;)
n xsabar mau pulang ke kg huhu..


tokmi n bb imran:):(


~che juju~(masih single mingle)
hahahhha ke dok??