Friday, December 3, 2010

kampung ku indah permai

Dah lama xber'update' umah ibu ni huhu Ada jer bb tapi kan kena berebut la ngn adik2 n en.papa, yg pasti ibu selalu terlepas peluang sebab nyer ibu ada pengikut2 setia yg langsung xleh nk berenggang ;p

sekarang ibu kat Lipis umah parents ibu. Mayb balik kelantan minggu depan kot utk ronda2 hihi hepi sgt hati nie bila dapat berada di samping abah umi n adik2. Walaupun hati merindui umah tercinta tapi tuela..Sian kat umah lama tinggal dia kan:(

Ibu hepi sgt2 ngk ammar n nuha sgt hepi ngn tok bah, tok mi..pak n mak sedara n kwn2 baru kat sini. memang la ibu n papa agak borink sebab xder tempat nk jln2 kat sini kan. paling jauh g Raub la hihi tapi ibu hepi sebab ammar n nuha hepi. Ermm nanti balik sane mesti ammar n nuha borink sebab ibu jer dok melayan kan.huhu tau2 ibu plak nanti meraung lebih2 dari anak2 hihi..Ammar lagila nk tido pun cari tok bah nk main gurau2 hihi.

ermm terpaksa berhenti setakat ni dulu la plak ibu nie ada org kacau nk guna tenet..eiiiiiii gerammmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!asyik2 dia jer...okla nanti kita sambung2 lagi:D

Sunday, November 14, 2010

Berkemas

Yea yea.esok balik kg:D
Seperti biasala ibu nie kalu nk jln jauh kompem xleh tido.huhu sakit perut la, pening2 la.hihi mcm dh jadi tabiat dh.. Kalu tido pun kejap2 bangun..kejap bangun.

Xtaula dapat nk update ke x blog kat kg..al maklumla kan bila balik kg..semua lupa dh..bergosip kejenyer;p

kepada semua kwn2 ibu ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
mkn daging tue jgn byk2..nanti pening:D(peringatan utk dr sendiri;;)

Doakan perjalanan kami selamat:)

Saturday, November 13, 2010

terima kasih kak baiti...

"sabar ye nonie. usah risau dimarahi / jauh hati dgn 'mereka2' itu. mereka hanya tidak faham. mereka tidak bersalah. mereka ada life sendiri. tak sempat nak kaji stp pilihan nonie.

lebih baik nonie pening utk memahamkan diri sendiri apa yg nonie mahukan dlm hidup ini.kmudian tetapkan hati apbila berdepan dgn konflik. pelihara lidah agar tidak terlanjur kata pula. apa yg berlaku ada hikmahnya.wallahu'alam"

Terima kasih kepada kak baiti...ibu letak kat sini sebagai entry ibu sebab ibu nk jadikan panduan utk ibu. Nasihat dari kwn2:) Sebab xslalu ibu bukak komen kan, tapi kalu kat sini boleh baca selalu2:)

Mtest Kpli Alhamdulillah.....boleh la. terima kasih kepada papa dan anak2 sebab menunggu ibu exam ngn sabar. Syukur:D anak2 pun xmeragam. Hari ni agak sibuk la sebb xkemas apa2 lagi nie huhu..nak kemas g mana???? Kami nk BALIK KAMPUNGGGGGGG....yeaaaaaaa!!!!!!!!!!

Nk g tamu tapi sayang2 comel masih tido huhu....sekian saja utk kali ni.tq

Friday, November 12, 2010

Teguhkan hati

Ibu dalam ketidaksabaran utk pulang ke kg minggu depan.Yahooooo..melepaskan rindu dendam kt kg tapi...sayu hati nk tinggalkan tempat kami bergolek2 siang dan malam huhu sedih amat! Lama jugakla kan tinggalkan umah nie huhu.Dalam ketidaksabaran ibu untk pulang ke kg ada jugakla rasa takut. Takut hati yang terluka ini terus dilukai..eceh ayat huhu tapi yerla gitula apa yg ibu rasa.

Ibu takut ibu xkuat utk berdepan ngn segala kemungkinan yg boleh membuatkan ibu semakin berjauh hati dan akan menjadi semakin jauh jauh jauhhhhhhhhhhhhhhhhh.....(jauh x??) Tapi bak kata papa, sabar jerla:)

Mungkin kali nie masih ada persoalan dan nasihat yg sama seperti dulu2.."xnak keje ker?"."dah2la beranak tue, cari keje plak":(. Dan paling xbest kalu org mempertikaikan yg ibu nie cam susahkan papa, yerla duit tiket semua nk balik sana kan. Ibu tanya la papa, ibu nie menyusahkan@membebankan papa ker?Jawapan papa" Abang nie suami"...titik.noktah.
Ibu bukan nk dilayan 24 jam kan, cam puteri raja tapi tuela apbila hati yg memendam rindu pada yg tersayang saban hari tiba2 berlaku benda xingini dan dikesali...ermm cukup merobek hati ibu.

KPLI. esok ibu mtest kat Smk tebobon..tapi kat mana sekolah tue pun xtau lagi, xsempat nk survey sebab papa bzzzz. Apabila dtg jer kpli nie mula la memeningkan kepala ibu. Bila harapan impian kita xselaras ngn org yg ingin melihat kebahagiaan n kesenangan kita. Perasaan bercampur baur, nk marah xbley sbb tau mereka inginkan kita senang dan mereka menyayangi kita, Sedih sebab hati masih berbelah bahagi, adakah ibu sanggup nk tinggalkan anak2 dan papa.
Namun, kali ini ibu pasrah dan redha atas segala kemiungkinan. Bukan selama ini xredha tapi mau tetapkan dan teguhkan hati utk menerima keredhaan itu. Bak kata papa" Allah itu Maha Pemberi Rezeki" Byk plak papa berkata2 kali nie hahahhaha

Tersentuh dan tersentap ibu pg tadi bila menonton usrah di tv9. Ustazah bercerita. Adala dia jumpa org nie kat Mekah dan menetap kat Mekah. Tapi anaknya ditinggalkan di negara asalnya. Jadi ustazah tanyala nape xbawak anak sekali lagi elokkan kalu dia jaga. Org itu cakap anaknya ada di pasentran yg dia rasa okla anak nya di situ. ustazah tetapla kan ckp elokla ank di smpingnya. Org tue mintak ustazah beristigfar. Aik kenapa ustazah tanya. Org itu menjawab, kan ALLAH itu ada. (nie citer lebih kuranglakan, kot ada terlebih terkurang). Sebak ibu mendengarnya. Kisah ini mungkin terkena tempias nyer ke ibu sikit n hanya ibu yg tahu apa kah itu:)

Di luar adalh hujan tapi ibu rasa panasla huhu..ammar pun baru tido ermm byk lagi keje x setel tapi mata dh ngantuk. Esok mau gerak pagi2 lagi. semoga Allah mempermudahkan dan selamatkan perjalanan kami esok .

Wednesday, November 3, 2010

Semua dalam satu

Semakin hari cam makin lama plak baru ibu update blog. Tue pun kdg2 ibu ambik kat sumber or blog lain utk perkongsian dan peringatan utk ibu. Selepas reda dari batu karang hari tu, ibu kena darah tinggi plok.huhuhu..Citer nyer pagi tue dalam kul 2 lebih tiba2 ibu rasa ada benda masuk telinga huhu..terus ibu tersedar. Sakit nya Ya Allah........nk baring pn xboleh huhu kejap2 datang kejap2 ilang. Pagi tue terus g klinik n doktor cakap ada kuman tapi xder la benda apepun jugak huhu sekali cek2 darah melambung naik tinggi huhuhu. Balik umah aritu terus xsedar diri. Jadi papa la yg handle semua ..anak2, masak2..:( Sian papa huhu terima kasih yer sayang:D
Bangun tido jer, tukang masak soh mkn bubur,,huhu mkn bubur saje tau:( Ikutkan sajor..:)

Antara kejadian lain plak ialah papa terjatuhkan dompetnya :(..Sgt2 sedih waktu tue..lemah lutut sambil mencari2..Dok doala kalu nk duit ambikla..asalkan semua kad2 dapat balik..semua ic dalam beg papa..ibu, ammar n nuha semua situ. huhuhu..Pegi tanya kat kedai yg rasanyer yakinla tertinggal kat situ..ermm budak tue cakap xder ermmm...tapi budak yg kat sebelah tue plak..asyik dok perati ibu dok mencari tue. Ibu rasa diala yg ambik..opssssssssss!!!!!!Sampai ibu ke mana pun dia dok tgk ibu lagi. Akhirnya petang tue, ada polis bawak kata jumpa kat toilet ada org jumpa..dan duit lesapppp!!Tapi Syukur Alhamdulillah semua kad2 ada ngn selamat:D Terkilan pun ada sebab yg ilang tue agak byk huhu..tapi xpela kan:D

Yg lain2 nyer ammar demam sikit. Tapi adik nuha demam agak panas jugak:( Siap muntah2, doktor cakap tonsil buat adik muntah sian ngk..mkn muntah..minum susu muntah..tapi nasibla sehari jer muntah2 tue.Nie nuha pun dh tidur, masih agak panas badannya, esok panas lagi mayb bawak g doktor lagi:( Sian adik.Ammar pun boring jer xder kawan.

DAN yang paling BEST....GOMO KELATE GOMO JUARA hahahha TAHNIAH KELANTAN!!!!!!!!! Memg berdebar2 sepanjang masa ibu waktu tue. Nak2 saat last nk abih masa terus berdiri xsenang duduk hahahahha..papa gelak2 jer,,sabar b sabar. xsempat tue nk abih masa dah..huhuhu Dan akhirnyaaaaaaaaaaaaa...........Kelantan juara! Suker suker:D

Itula dia himpunan cite ibu hahahha..rangkum semua. Ooo last sekali, pagi tadi ipar ibu lahirkan bb girl:) tiga2 girl anak dia, memg dia harapkan lelaki tapi okla teu kan boleh tolong masak2 nanti hikhik. Yang kesiannyer ammarla dia sorang jer kumbang..kumbang ensem katakan hahahha nantila ibu cuba dapatkan adik lelaki utk ammar opssssssssss;p

Sunday, October 24, 2010

Pelihara kesihatan hati

Hati yang tidak bahagia itu adalah berpunca dari kekotoran sifat mazmumah.Hati manusia harus
dipelihara kesihatannya sebab hati merupakan pusat aktiviti manusia.

Disamping sebagai pusat aktiviti, hati juga mudah terkena wabak penyakit sebagaimana penjelasan
dalam Al-Quran:"Dihati mereka itu ada penyakit" - Ibid,halaman 18.Apabila hati terkena penyakit,maka
akan mempengaruhi segala sikap,pemikiran dan tingkah laku manusia ke arah yang negatif.Yang pada
akhirnya akan menimbulkan berbagai macam kerosakan.

Ulama'-ulama' sufi selalu memperhatikan untuk memelihara kesihatan hati.Mereka juga mempunyai cara
untuk memelihara kesihatan hati ini iaitu dengan cara melaksanakan dua tugas :

1.Tugas Takhalli (mencuci) iaitu tugas membersihkan hati dari semua sifat-sifat yang tidak baik .Dalam tugas ini ,
sebahagian ulama' Tasawwuf menyatakan bahawa ada tugas-tugas yang mesti dikerjakan ,antaranya:

a.Membaca Al-Quran dengan tadabbur iaitu membaca Quran dengan hati yang kusyuk,lidah kita membaca ;hati
kita mengikuti dan perasaan menhayati pengertian dan tujuannya.

b.Membiasakan berlapar , agar rajin beribadah.Apabila perut sentiasa kenyang ,akan mempengaruhi rasa letih
dan malas beribadah dan menaikkan nafsu syahwat.

c.Qiamullail,perbanyakkan solat malam akan lebih mendekatkan diri pada Allah.

d.Istiqfar , dari dosa besar dosa kecil,dosa zahir dosa batin,dosa diketahui dosa tidak diketahui,dosa
disengajakan dosa tidak disengajakan, dosa yang lepas dan dosa yang akan datang.

e.Bergaul dengan orang-orang yang baik dan orang-orang yang soleh.

2.Tugas yang kedua ialah tugas Tahalli (mengisi),melengkapi hati yang telah dibersih itu dengan wadah
-wadah baru seperti zikrullah.Apabila segala penyakit tadi sudah beransur-ansur kita buang,hendaklah
kita isi diri kita dengan sifat-sifat terpuji seperti tawadu',redha,ihklas dan sebagainya.

Jikalau dua tugas ini kita lakukan secara istiqamah (berterusan),Insyaallah nanti hati kita akan bersih,
terhindar dari penyakit batin bahkan bahagia.

sumber: halaqah.net

Sebab-sebab hati tidak bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"
sumber: halaqah

Bila Cinta-Gio (male version) with lyrics.wmv

Bila Cinta - Gio (Ost Lagenda Budak Setan)


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
yangku dapat
hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana


Uuu…

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

.....
Dalam harapan ...uuuu

Saturday, October 23, 2010

cerita basi tapi masih hangat

Dah lama xmenulis nie, cam xder idea plak nk dicurahkan eceh..hihi
Mehla ibu nk cite kisah pada hari raya aritu..dh abih dh syawal baru nk cerita isshh;p

Ginila kisahnya, bermula pada bulan puasa sorg kawan papa ni zaman blaja dulu. Tiba2 tipon..okla tipon tue tapi nie tipon cam nk dekat kul 1 pagi. Mana la nk tido nk bgn sahur lagikan. Ada la dalam 2 3 kali tipon nk kul satu. Pelikla gak kan selama nie diam jer.

Pastu papa jemputla dtg raya, n pk2 soh la dia dtg raye ke 3. Kami dh relax sikitla kan, x g jln2 dh. Sempena dia nk dtg tue kami cadangkan terus nk buat ala2 open hose la kan. Menu nasi dagang, nasi tomato n nasi himpit kuah kacang:D Dia ni org sabah tapi ngaja di semenanjung, wife org sane.

Tup..tup raya kedua, waktu papa g kedai papa tipon ckp kwn dia dh sampai.Aikkkkkk..dh la aritu ibu xmasak sbb dh g open house merata2. xsempat nk ready ape..jadinyer kwn tue tido bilik atas. Memg kelam kelibut sebab nk masak utk esok lagi, air plak slow,anak2 buat peel lagi adehla.

Dipendekkan cerita, papa xdapat nk borak byk2 sbb nk tolong ibu masak kan. Lagipun kwn papa tue cam dh tertido atas sofa. JAdinyer, bila dh kul 12 ibu nk tido la kejap nanti nk bgn masak balik. Kepala dh pening2, Kwn tue tidur di sofa sedangkan ibu n anak2 semua memg tido kat ruang tamu. xkan ibu nk terbongkang depan dia kan?Ibu mintakla papa kejutkan kwn dia tue tido atas. Berkali2 kejut xnak tido atas. Ibu cam dh hangin jugak sikit, ngn kepala sakit lagi.

Sekali rupe2nyer kwn tue dia takut kata ada gangguan kat atas, Sebabnya, sebelum tue nuha nie nangis. Mayb meragam sbb mkn mcm2 masa beraya. Nuha kalu nk dgr dia nangis memg payah tapi kalu dh start..mula2 ngs dh volume menjulang, cam kena dera gitu hahhahahhaha.

Jadi, kwn ni takut nuha ngs n cakap ada gangguan kat ats. Ermmmm...Berkali2 papa cakp memg nuha jenis ngs gitu tambah2 dia kot2 sakit perut:( Last, die mintak g antar hotel..eh pulak. Ibu ingt papa wat lawak, sekali betul. Dia nk naik atas siap ambik wuduk lagi huhu.
So, g la dia ke hotel lam kul 12 lebih. Aih serba salah la papa n ibu, tahan pun xleh dia nk g gak.:(
PEsoknya plak hilang tanpa berita. Papa msg pun xjawab.

Bbrapa minggu lepas tue kami jumpa dia kat kk. Terkejut amat sgtla papa n ibu dh waktu tue masuk sekolah dh kan. Dia xngaja ker??Papa ajak minum2, bila kitorg duduk dia ckp kejap nk ambik barang. Kami tunggu nk sejam dia xdatang2 pun huhuhu ntah la kesian plak ngk dia. Cam org xbetul. Ngn serabainyer ada lebam la kat dahi.

Dr info kwn sorg lagi rupenyer dia dh tukar ke sabah n ada problem ng wife cam berpisah ke bercerai ke xtaula. PAtutla dia jadi gitu. Papa nk tolong pun dapat sbb tipon xdapt ermmmmmmm....

Friday, October 15, 2010

entry cam tiada penutup hihi

Selamt petang semua:)

Sekarg internet dok ok lgi, anak2 sayang tido n papa dok tunggu nk ngk budget. Jadi ibu yg baru lepas uli donut ambik kesempatan singgah menulis di blog sendiri hihi Entahla cik donut tue jadi ke x, ni dh kali ke 5 ke apa ibu buat. xnaik2 elok jugak. Kalu umi ibu buat..pergggghhhhh gebus gilossssssss!!!(rindu umi huhu)

Lama jugak xberapa nk mencurah2 idea nk menulis. Ada yg ingin ditulis tapi bila dh terkumpul semua jadi simpanan dalam kepala saje hihi. Kadang2 memg ibu terasa jugak malas nk menulis tapi dengn menulis di sini kdg2 rasa best jer hikhik.
Minggu lepas adalh sgt sakit huhu. Ibu sakit perut sampai xleh nk jalan. Senak sgt2. Kalu dtg sakit tue kebas semua kaki smpai kepala. Ingt malas nk g klinik last2 sekali pergila jugak sbb xtahan.
Dalam sakit2 pun sempat merajuk ngn papa hihi dan2 plak ibu dok cari sal kanser rahim sebab sakit sgt kan. Dtg pulak papa kat blkg gelak2 kat ibu hahahha..Katanya xyah dok cari tuela cari sakit batu karang ke ape ke! Ibu diam jer, padahal ibu pun nk gelak, tetiba jer dtg kat belakg ibu.

Sekali cek2 KOMPEM!!!! BAtu karang huhu..Kerana la ibu nie kurg ilmu ibu ingtkan batu karang lelaki jer dapat hahahahha. Cam waktu remaja dulula ibu ingtkan org kurus jer dapat gastrik hihi.Dan sejak itula, jgn cuba2 mkn ubat lambat ok, sbb nanti doc peribadi akan pokpekpokpek walaupun baru jr 2 jam mkn ubat hahahahhaha.

Tapi sakit kali ni walaupn sakit tapi ibu rasa bahgia xtau kenapa tapi biasala nk manja2 ngn papa mulut pokpek la.hihi Kenapa bahagia??NTAh..Alhamdulillah skrg dah pulih dh.Syukur

Wednesday, October 13, 2010

anak perempuan~


adik tersenyum manis:)


gembira mau berjalan2

cubaan utk ikat rambut
BERJAYA!!!

Try letak penyepit plak
tapi tercabut huhu
papa sayang adik:)Ibu sayang adik:)
muahhhhhhhh

Sehari2an bersama anak2 memg seronok. Nuha Maisarah si adik plak makin byk perangai hihi..dr pemerhatian ibu adik nie cam berani sikit. hihi..boleh jer dia nk diri2 sendiri lepas tgn, ada plak tue ngk2 dok atas kerusi dah..menjerit ibu huhuhuh Pandai buat2 muka nk ngs hihi Asal papa nk g keje kalu dia dh bgn siapla ngs nk ikut hahahaha padahal kalu papa kat umah jarang mau dok ngn papa kalu ada ibu.
Semoga anak2 ibu menjadi insan yang berguna, berakhlak mulia dan berhati baik jujur.Ibu sayang kalian berdua.

Anak lelaki ~


Ni gambar ammar waktu kt CP.Waktu tue ade astro main2 bola kot.
Sempat la ngk artis2 astro yg separa berlagak tue beratur
lalu depan ibu. huhu Ammar ni dok main bola la ngn
sape ntah nama die..dr...penah dtg kat
Jozan tue. Tapi ibu xngk pun persembahan artis2.Papa xbagi hahhahahha
Ammar plak sempat merajuk sbb xdapat bola :P


Posing manja dr ammar kasyfi:D

Rajin kan anak ibu:)
sampai dua2 tgn buat keje
hihi


mop sampai kering yer sayang muahhh

ibu sayang ammar:D

Alhamdulillah..ammar membesar dgn baik n nakal huhu. Sekrg dh rajin tolong2 ibu jemur kain.Jemur seluar dia n adik punyer. Pandai nyanyi2..Boleh plak masa ibu solat, dia dgr lagu ibu di tv. Datang kat ibu nyanyi Ibu..ibu..sambil peluk ibu huhu Tapi tuela ibu nie tahap kesabaran masih menipis kadang2 tue kena la ditarzan oleh ibu n kena cubit sikit huhu..Semoga ibu diberikanNya kesabaran yang lebih tinggi utk menjaga anak2 ibu. Ibu sayang anak2 ibu:D

Monday, October 11, 2010

KPLI Ambilan Jan 2011

Semalam ibu ngk2 fb sekali nmpak la kwn ibu ni ckp ada

Ambilan KPLI Jan 2011...

buka 11.1o - 24.10.2010


G cek kat web kpm ade betul...
so bolehla start beli
no pin d bsn yer sape2 yg berminat:D

Semoga berjaya!!!

Thursday, September 30, 2010

raye 2010

TAhun nie adalah kurang bergambar n gambar satu family besar n family kecik kami tidak ada huhu. Ini adalah kerana ketiadaan cukup member n jurufoto bertauliah hahahahha...



ngk ammar tue camner la nk
bergambar satu family huhu

kecoh jer tau budak comot ibu nie hihi


hijau vs pink..hihi ngn ipar ibu
ipar ibu tue pregnant tapi nmpak cam ibu
plak pregnant 20 bulan huhuhu



tumpang bergambar di rumah kawan papa
ammar plak xjoin g ronda2
cari ape ntah..suka buat cam umah sendirik adehla

:D permata hati kesayangan ibu
adik nk g raya, raya pertama adik
ni bukan penat beraya tapi g jln2 kk hihi
cium sikit......muaahhhhhhh

Thursday, September 23, 2010

SELAMATKAN DIA DARI NERAKA!!!!

http://genta-rasa.com/

Kepada semua yang masih sudi menikmati tulisan saya seadanya, terimalah coretan buat peringatan bersama… SELAMATKAN DIA DARI NERAKA!
“Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang ustaz sewaktu memberi kuliah di sebuah masjid di Putrajaya baru-baru ini. Sele¬pas itu beliau terus membacakan hadis yang menjadi sandaran hujahnya itu dengan begitu lancar dan fasih.

Pada hari esoknya, saya menyemak hadis itu dengan bantuan seseorang yang sangat saya hormati kepakarannya. Beliau dengan segera memberikan nombor rujukan hadis itu dan sumbernya. Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’

“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki ke¬kurangan akal dan agama yang dapat meng¬hilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’
“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’

“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)

Oleh sebab itu, setiap suami yang men¬cintai isterinya pasti berasa bimbang de¬ngan amaran dan peringatan daripada hadis ini. Betapa tidak, tegakah kita melihat isteri yang tersayang terhumban ke dalam neraka hanya kerana lidahnya yang memaki hamun dan hatinya yang tidak bersyukur? Cakap suami dilawannya, dibentak dengan suara yang tinggi. Mulutnya begitu berbisa, tajam dan menyakitkan.

Isteri yang sedemikian perlukan bantuan. Dia sedang “sakit”. Tetapi bukan mudah membantu orang sakit yang sentiasa berasa dirinya benar dan sihat. Silap pendekatan, dia jadi semakin menyinga. Isteri begini terlupa bahawa selagi suami tidak menyuruh kepada yang haram dia wajib taat. Dia terlupa membesarkan pemberian suami yang kecil. Dia sudah tidak ingatkan lagi bahawa jalannya menuju ke syurga adalah melalui pintu gerbang ketaatannya kepada suami. Malu, taat, setia dan khidmatnya hanya untuk manusia bernama suami.

Kepenatan menguruskan rumah tangga bukan alasan untuk meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi teras kerukunan rumah tangga. Begitu juga jika dilihatnya ada kelemahan dan kekurangan pada diri suami… Itu tidak boleh dijadikan sebab untuk melawan dan memberontak. Selagi tidak menyalahi aqidah dan syariat, maka selagi itulah isteri wajib patuh.

Belajarlah daripada Asiyah isteri kepada Firaun laknatullah. Walaupun suaminya sejahat-jahat manusia tetapi dia masih mampu menjadi isteri yang solehah hasil ketaatan dan kebaikan yang dicurahkan kepada suaminya. Kecuali menyembah tuhan selain Allah, itu sahaja yang tidak dituruti oleh Asiyah. Segala suruhan Firaun yang selain itu dilaksanakannya dengan sepenuh hati. Ertinya, beliau terus melaksanakan perintah yang baik walaupun datangnya daripada seorang yang jahat.

Para isteri harus sedar bahawa mereka tidaklah sebaik Asiyah dan suami mereka tidaklah sejahat Firaun. Hanya kadangkala suami terlupa, sedikit berang kerana keletihan, menjadi penyengap kerana ada sesuatu yang dirisaukan, tidak senyum kerana masalah di luar rumah, maka si isteri jadi pemarah, pendendam dan peleter yang tidak mengenal maaf.

Lunak Berbahasa
Ingatlah bahasa yang baik datang dari orang yang baik. Tetapi jika bahasa kasar, kesat dan kotor itu petanda jiwa yang kotor. Bahasa dan kata sangat besar kesannya dalam hidup berumah tangga. Diceritakan dalam kitab-kitab tradisional bahawa bahasa si isteri apabila berkomunikasi dengan suaminya hendaklah menggunakan bahasa yang baik. Masih ingat apa pesanan Allah kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda diperintahkan bertemu dengan firaun?
Firman Allah yang bermaksud: “Dan berkata-katalah kepadanya (firaun) dengan lembut dan baik. Semoga dia mendapat peringatan.” (Surah Taha 20: 44)

Hanya dengan bahasa yang lembut, intonasi yang lunak dan adab yang sopan, hati suami akan “cair” dan kasih. Sebaliknya, kata-kata yang kasar dan intonasi yang tinggi akan ditolak secara terang-terangan atau secara diam-diam walaupun isi¬nya kebenaran dan kebaikan.

Allah mengingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu.” (Surah Ali ‘Imran 3: 159)

Menurut kajian, sikap cerewet adalah salah satu punca yang menyebabkan rumah tangga tidak bahagia. Isteri yang cerewet hanya nampak yang cacat, busuk, kurang, pahit dan yang hal-hal yang negatif sahaja. Sedikit tersilap, boleh menjadi punca ke¬marahan yang berjela-jela dan sukar direda¬kan. Ada sahaja yang tidak kena kerana dia memang mencari yang “tidak kena”. Dia sering berjaya mencari “nila yang setitik” untuk merosakkan susu yang sebelanga.

Tindakan suka melaknat dan tidak mem¬besarkan pemberian suami ialah penyebab utama kebinasaan kaum wanita. Namun itu bukan bererti suami harus berlepas tangan dan berasa selamat dengan autoriti serta haknya sebagai suami. Si suami harus ingat jika isteri berterusan dalam keadaan begitu dia juga tidak selamat. Mengapa? Dia wajib mendidik dan menyelamatkannya. Isteri yang baik akan lebih mudah masuk ke dalam syurga sekalipun suaminya jahat, tetapi suami yang baik sangat sukar masuk ke syurga jika isterinya jahat.

Selamatkan Isterimu
Di bahu para suamilah letaknya tanggungjawab menyelamatkan isteri yang suka melaknat dan tidak bersyukur itu. Se¬lain istiqamah mendidik dan memberi peringatan, si suami harus tidak jemu-jemu mendoakan isteri yang sebegitu. Dan yang paling penting bantulah mereka agar sering bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka. Jangan hanya mengeluh dan me¬mendam rasa tetapi berusahalah memperbaiki keadaan dengan tindakan-tindakan yang lebih konstruktif dan produktif.

Bagi suami yang pemberang pula ingat, jangan lawan api dengan api… nanti rumah tangga terbakar dan cinta akan terpadam. Tidak semua leteran kerana kebencian, tetapi kekadang lebih kepada luahan. Justeru bersabarlah pada sesetengah leteran yang hakikatnya hanya satu rintihan dan pengaduan.

Contohi Sayidina Umar al-Khattab yang rela “menelinga” dan berdiam diri dengan leteran isterinya lantaran menghargai ke¬susahan isterinya yang keletihan mengurus¬kan rumah tangga dan menjaga anak-anak. Padahal Umar di luar rumah bukan sahaja digeruni oleh musuh-musuh¬nya, bahkan syaitan sekalipun tidak akan lalu di tem¬pat dia lalu! Sebagai suami, Umar sedar bahawa bukan semua leteran itu satu kebejatan tetapi banyak antaranya hanya satu luahan cinta daripada kekasih yang keletihan!

Jadi didiklah para isteri agar selalu dan sering bersedekah. Bersedekah itu bukan sahaja dengan harta tetapi dengan tenaga, meluangkan masa dan tenaga ataupun sekadar memberi senyuman. Itu ialah saranan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri untuk tidak tergolong dalam gerombolan majoriti wanita yang akan dihumban ke neraka. Carilah ruang dan peluang untuk memberi sedekah kepada anak-anak, suami, jiran tetangga, kaum kerabat, mentua, saudara dan lain-lain anggota masyarakat.

Dalam sejarah hidup wanita-wanita solehah kita akan lihat bagaimana mereka sangat melazimi cara hidup yang mudah bersedekah ini. Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Zainab dan lain-lain Umahat al-Mukminin ialah wanita yang terkenal banyak bersedekah. Ini adalah satu lagi isyarat untuk wanita-wanita selepas generasi mereka dan khususnya generasi kini agar bersedekah untuk menyelamatkan ketelanjuran lidah yang berbisa dan hati yang tidak membesarkan jasa.

Bersedekahlah kerana cinta. Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati. Si suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka. Insya-Allah, Allah akan “menyedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga!

Bila Isteri “Mengamuk”

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak “berdua”
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan
rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”

Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
cinta itu akan semarak kembali!

Thursday, September 9, 2010

Takwim Ramadhan Kota Kinabalu Sabah

Entry2 baru di bawah yer..Ini adalah sticky mode katanyer:)

Monday, August 30, 2010

Khabar terbaru

Dah lama x update blog huhuhu..ni adalah kerana line internet xelok. Jgn kata nk g jln2 kat blog org lain, blog sendiri pun boleh tentu boleh bukak! Kdg2 kalau ok dapatla jenguk2 sekejap.

Petang tadi terasa di hati mau buat biskut pertama malam nie, tapi tiba2 sesuatu terjadi hahhahahhha iaitu Malas. Tambahan pula si budak ammar belum lagi mau tido jadi dah tergendala di situ. Malas ibu nk berperang ngn ammar kat dapur tue:p

KebOOOmMM!! Tiba2 bunyi mercun/meriam buluh kot kan..kebebum gitu. Ermm xseronok la dh lama x main bunga api, cam xmeriah jer kalu xder bunga api hhuhuhu. Tapi kat sini xde geng jugak nk main pun huhu.

Saat dan ketika ini, hati ibu nie sebak mebak(??) ingt kat kg. Ermm meriahnyer rayer kat kg. Dah lama xbalik raye kg..huhuhu Nak nangisssssssssssss! N kalu ada la sape2 berniat nk cakap," tuela sapa suruh kawen org jauh"..Ibu harap la semoga mereka menggunakan otak kurniaan Allah utk berpk. Malas nak layan huhu

Sekian sesi perkenalan setelah sekian lama tidak update, tq

Thursday, August 12, 2010

Puasa dan kelas

Alhamdulillah arini dapat ibu g kelas selepas minggu lepas xdapat pegi sebab bb nuha demam:( Mula tue cam malas la gak nk g kan hihi

opsssssss tetiba dengar keletuk keletak di belakang ibu. Pandang2 belakang ngk2 si budak comot ammar dok pakai selipar baru ibu hihi..eiii nk marah satu hal, nk gelak satu hal susah payah dok pakai sebab dia tau tadi dia pakai terbalik kihkih.Kesudahannya sekarang ibu menaip sambil memakai selipar baru ibu hahahahaha.
Sambung balik, mula2 malas g kelas kan, pastu rasa cam kalu x g kang xsiap la plak lagi baju ibu huhu..Mujurla tahap kerajinan dtg menjelma. Tapi esok belum tau sebab ammar plak cam berhingus huhu.

Arini hari kedua puasa dan ibu n papa x makan nasi masa berbuka:) Semlm mkn kuih2, pastu pas terawih baru mkn nasi. Arini nie lagi best, mkn kuih2 n gado2 sajo hihi. Gado2 beli 2, tapi sbnrnya makan satu jer kongsi ngn papa, 3 ketul nasi himpit kasi bb nuha. Sahur baru mkn nasi ngn lauk pauk best hikhik. Ermm bukan apa kan, mkn kuih2 pun dh kenyang sbnrnya, or mayb kenyang air. Jadi Alhamdulillah puasa kali nie kami tidak mengikut nafsu makan yg menggunung:D
Bb nuha plak tersedar mau nyusu kot..stop dulu la;p

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan bulan mulia

Alhamdulillah dah siap sahur dah. Ibu nie ter excited lebih pulak sahur kali nie. Sebabnya walaupun dh 3 tahun kawen, ni la pertama kali bersahur bersama@berdua. Punya berdebar2 kahkahkah..kul 1 bangun, kul 2 bangun tanak nasi, pastu kul 3 terus bangun tegak berdiri hahhaaha Lauk sahur arini adalah telur dadar, ayam crispy n taugeh goreng sajork:)

Hihi panik jugak sekejap tadi sbb ammar tiba2 bangun eh..rupenyer dia terkejut dgr alarm papa, papanya rileks jer xbangun2 huhu..pastu rengek2 nk ibu sbb ibu kat dapur, dan2 plak bb nuha sedar. Nyusu kejap, senyum2 tido plak. Nasib baik. Ammar pun tido balik pas minum susu. Fuhhhhh lega ingatkan xsiapla lauk sahur huhuhu

Kepada semua kwn2..selamat berpuasa yer. HArap2 kita semua dapat meningkatkan amalan kita sehari2an.Jaga diri, jaga hati, jaga mulut..jaga semua2:D

Monday, August 9, 2010

Pilihan?

Bila membaca status kawan-kawan lama di facebook, yang menceritakan tentang kesibukan bekerja dan mengurus rumahtangga, saya merasa bersyukur kerana telah mampu melepasi keadaan itu, satu situasi yang pernah saya hadapi ketika berada di Malaysia.

Sebenarnya itulah realiti kehidupan sebahagian besar wanita di Malaysia ketika ini. Namun begitu saya kagum dengan mereka kerana masih mampu menghadapi ujian tersebut dengan tabah.

Terdetik dihati, jika aku masih di Malaysiapun keadaan aku juga masih begitu, sibuk dari pagi hingga ke malam, hujung minggupun masih mengajar kerana terlalu mencintai tugas yang diamanahkan.

Seronok bila berada bersama-sama kawan dan pelajar, sedangkan bila kembali ke rumah tubuh sudah letih lesu untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab yang hakiki.

Mungkin wanita-wanita lain tidak sepertiku, mereka begitu kuat dan mempunyai pengurusan masa yang terancang. Itulah bisikan hatiku, sekadar menguatkan diri.

Alhamdulillah, penghijrahan tanpa dirancang ini berjaya menyedarkan saya betapa pentingnya wanita memuhasabah diri, melihat kembali apa sebenarnya yang ingin dicapai dalam hidup ini.

Kadang-kadang kita mengeluh, merungut dan sedih kerana sebenarnya kita berada dalam bayang-bayang. Kita inginkan kejayaan diri, merebut semua yang ditawarkan dalam kehidupan ini. Dalam masa yang sama kita perlu meyeimbangkan keperluan suami dan anak-anak, yang mana selalu dilakukan ala kadar.

Kalau tak sempat masak...ala tak apa kedai makan ada. Kemudian bila umur sudah masuk angka 4 dihadapan, ramailah yang terpaksa mengunjungi hospital dengan pelbagai penyakit. Moga Allah menyelamatkan kita semua daripada tipudaya dunia ini.

Walaupun berada di rumah, saya masih terfikir "betulkah pilihanku ini?" Mungkin ia adalah persoalan yang sama dengan wanita-wanita lain yang berada dirumah.

Kita berfikir begitu kerana kita sentiasa melihat dan mendengar kejayaan kawan-kawan lain, sedangkan kita hanya berada dirumah, tiada tawaran kenaikan pangkat sebagaimana orang yang bekerja diluar rumah.

Apakah kita menyesal dengan pilihan kita? Tentu sekali tidak, kerana kita berusaha untuk menyempurnakan tugas hakiki kita sebaik mungkin. Tugas diluar adalah pilihan seterusnya setelah berjaya meneguhkan tugas utama ini.

Inilah pandangan saya, yang sentiasa melihat bahawa tugas utama wanita adalah mendidik diri dan keluarga untuk menjadi muslim sejati. Bukan senang untuk mendidik diri menerima suami seada beliau, kerana beliau datang daripada latar belakang yang berbeza daripada kita.

Kadang-kadang kita belum sempat mengenali suami dengan sebaik-baiknya Allah telah kurniakan zuriat buat kita, maka kita sibuk pula dengan anak-anak.

Apakah kita memperuntukkan masa untuk benar-benar memahami hati seorang suami? Apakah kita menpunyai masa untuk mendengar apakah sebenarnya yang suami kita inginkan?

Kadang-kadang kita berbincang dengan suami dalam keadaan hati yang tidak tenang, letih dan stress urusan kerja diluar. Maka lain yang diucapkan lain pula fahaman kita, sedangkan jika dibincangkan dalam keadaan tenang ia adalah satu kemanisan buat pasangan tersebut.

Jadi betulkah pilihan ku untuk berada dirumah? Sama-samalah kita muhasabah diri agar pilihan ini merupakan pilihan yang betul buat kita, jangan pula kita menyesalinya kemudian hari.

Artikel ini ibu copy dr blog motivasi surirumah. Blog ini memg sgt bagus sbb menjadi panduan n motivasi utk ibu.Mudah2an Allah merahmati hidup empunya blog kerana perkongsian yg bagus utk ibu n suri2rumah:)


Fadilat terawih

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata:
Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi
kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut
dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam
hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai
dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

sumber: lenggangkangkung.blogspot

Saturday, August 7, 2010

aktiviti awal pagi

Dh pagi kul 1.30 tapi ibu x tido lagi sebab dok nunggu agar2 keras. Dah siap agar2 cincau pinky tadi dapatla 2 loyang, now dok tunggu wat agar2 pelangi gitu hihi. Cobaan kata kan:) Maca dulu penah buat agar2 pelangi nie, tape versi kelam kelibut mlm nie cam ok sikit sebab skill tu cam ada la kan. Ingt nk try la pulak puding pelangi, ngkla kalu larat lagi.
Buat agar2 byk2 ni bukan ape, esok mak buat kenduri so atas permintaan mak ibu wat la agar2:)

Nak buat awal2 tadi, bb nuha la plak meragam sian dia..huhu selsema tu. Mula2 dah tido elok, sekali ibu siap2 nk wat agar2 terjaga plak dia, pastu bangun main2 plak xnak tido. Habis paksa dh tadi, last2 terbongkang sorang2 kat tepi ibu...eh, dh tido plak hihi Alhamdulillah kalu dh tido lena tue bb nuha x meragam2 dh, cuma bangun menyusu saja. Nafas pun ok jer, Syukurr....:)

Aduhla. tangan kiri ibu ni kalu dtg mlm jer terus dtg lenguh2 sengal gitu. Start semalam. Semalam siap nangis2 la sikit sebab sakit sangat, pas papa letak yoko2, tahan sikit n ibu tetido. Malam tadi, start kul 8, start denyut balik huhu..tahan la sikit mlm nie sebab papa dah urutkan awal2 tapi masih sakit lagi. Ermm nape yer, adakah ini tanda2 utk penyakit yg lebih serius:(

Dah lama x beronline ibu ni, masalah biasa iaitu line sgt teruk. ermm xtau nape. Nak terjah rumah kawan2 pun xnyempat, yg mana sempat tue nk tinggal jejak kdg2 boleh kdg2 k.o. aihhhhh...
Ermm..perut dh lapar mau makan megila :)

Saturday, July 31, 2010

baju raya

hai semua buat pe tue?? Dok rehat ke dok jalan2?

Arini ibu n anak2 kat umah sajork. Ada jemputan kenduri tapi papa saje pegi sebb ibu sakit kepala tadi. du no why!huhu Semlm kan ibu g kk, x semena2 la plak si budak papa;p nie ajak g kk cari baju raya kahkah. Yang best nyer beria2 nk cari kain nk buat baju, tukang jahit nk terima lagi ke kak oiiiiiiii???huhu Ntahla, tawakal saja la. Yang best lagi papa la, tibe2 saje ukang jahit baju papa tue pindah hahahha..haa..meroyan la nk mencari plak tue.

Mula2 cam malas dh nk pk2 baju raye nie. Pakaila mane ada kan, tapi papa cakap kesian la plak kat adik tue xder baju kurung. N mestila adik kena sama baju ngn ibu kan adik kan:).
Pilihan warna tahun nie sama ada putih atau hijau. Ibu cop awal2 dah hijau sekali papa nk putih. Eiii tetiba takut..nape??xder apa la. Ibu biasala memg tidak pandai nk cari kain buat baju. Selama ini, x umi abah ibu, maksedara tukang beli kahkah. Tapi dalam kepala tue dh ada la nk buat cengmana baju tue, tapi tuela ade ke yg nk jahit lagi kahkahkah..harap2 ada la kan..fuhhhh.
Pilih2 punyer pilih...adala kain itu..hahahahha..nanti kalu ada org nk jahit n baju tue siap bolehla tayang kat sini yer. Kalu xder tue..ermm hentam saja la labu.......

Semoga hepi2 bersama family tercinta semuaaaaaa:D

Thursday, July 29, 2010

Kamus bahasa

Semalam ibu chat2 ngn pak sedara ibu. Pak sedara ibu nie muda dr ibu, yg paling bongsu. Umur dia 25 tahun. Keje kat KL..eh, napela plak citer sal bapak sedara nie huhu..adakah tiada idea??adakah mau promote bapak sedara sendiri??..ermm..boleh la dua-dua pun kihkih

Saja la nk citerkan masa ibu chat tue ibu bagila latihan bahasa sikit. Jadi ibu pun cakapla,

"Ki, teko kiki mos tu gapo"

Nk tau apa jawab ki nie..

"Sin chan"

alangkah jauhnyer itu wahai tok suki huhu..

Ada ke sapa2 tau kiki mos tue ape???SELamat mencuba kalu sudi:p

Tuesday, July 27, 2010

suci hati

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhib...ah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.

Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….

bertaffakurlah….

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

sumber:facebook dr Fuad latip

kerja kosong


sayang2 ibu:)

Waktu ibu kat kelas awal2 dulu, cikgu ada la tanya sedikit sebnyk latar belakang ibu nie. Pastu ckpla ibu ni kat u ambik it. Cikgu pun cakap ade keje kosong kt situ ngaja komputer kat budak2. ermmm....

Mula2 cam nak jugak tapi pk2 balik byk jugak yg xbest, pengangkutan, anak2 lagi.
Setakat ni mayb xkeje lagi kot, ke sampai biler pun:) Yer sememangnya ibu lebih suka dok ngn anak2 kat umah. PENAT???BOSAN?? Yer x dinafikan memang penat, bosan ada jugak sbb non ado kwn2:(. Tapi xper suami n anak2 ada kan:)

Ibu dok pk2 la kan, ngn gaji byk tue, lebih kurang elaun papa kasi ibu jer, tambah tolak mayb sama jer. Jadi baik ibu dok umah. Nak bayar org jaga anak2, duit minyak semua2..ermmm baik dok umah hihi. Tapi itu pun xder pe sgt yg paling ibu takut mau tinggalkan anak2.

Takut nape??Erm, ibu ada jugak rancang2 ngn papa kalu ibu keje mcmne kan. Kami adala plan A, plan B. Tapi ibu cam xpuas hati nk tinggal kan anak2 ngn org lain:( Cam masa ibu pantang tue kan, ada makck dtg jaga. Yang buat ibu panas hati, langsung cakap tak berlapik, geram jadik. Ada tue ammar ngk kartun ada la keluar sorang nie, badan besar la. Makcik tue pulak bising2..

"Tue tue tengok, gemuk betul org tue. Tgk org gemuk tue."Cam nada hina pun ada.huhu

Ya Allah ibu sabar jerla, nk ngs pun ada. Cam xbaik la nk ckp gitu, seolah2 nk soh budak2 xsuka n ejek2 org gemuk. Udahla ibu n papa nyer besar huhu
Ada plak makcik sorg lagi, takutkan ammar, "tue ngk tue org gila eii takut org giler."
Ntahla tapi ibu jadi sgt geram. Ibu xpenah ajar ammar gitu. Ada pun kalu ammar nakal sgt, ibu cakap dok diam2 nanti acik tue marah. Ntahla ibu sedihla, kecik2 dah ajar jadi kurang ajar:( Ibu xsuka.
Sepatutnya dh org tua jaga la adab depan cucu, percakapan semua ni tidak. Ntahla, bagi ibu kalu jaga anak2 sendiri ok jugak. Kalu anak2 ada perangai xberapa elok, boleh la kita kaji dari mana die ngk perangai gitu, dr tv ke dr kita. Jika dr ibu papa bolehla sedikit sebanyak try buat perubahan:)

p/s: Mlm nie tido lambat sbb dok tunggu doh donut naik. Hihihi Alhamdulillah naik jugak doh tue, setelah bbrapa kali buat kali nie, akhirnyaaaaaaa.menjadik:D



Monday, July 26, 2010

lagak ke apa?

Sebenarnya byk dh jumpa org2 berlagak nie. Kdg2 geram, kdg2 sedih, kdg2 jadi kelakar pun ada.
Mcm aritu kt bank ibu teman papa bayr2 semua, jadi ibu, ammar n bb nuha duduk jerla kat kerusi. Sekali dtgla makcik nie(oopppsss, dtgla puan ke datin) Dok berlegar2 pastu duduk. Sekali dgr dia telefon, " Hello, sapa nk layan i nie. I dah kat bank dh nie." Amboi2...soalan sapa nk layan dia konon, yg ko x reti nk bertanya tue nape. Dah la cam satu bank dgr dia ckp tue. Pastu siap cam perintah la kat mamat sorg nie," Mana ####, bla bla.." Mamat tue pun senyum2 ayu, padahal papa cakap masa kat kaunter mamat tue buat2 muka hihihi.

Ada plak tue, ibu dok pilih baju tido ammar kat GIAnt. Sekali lalu la satu family.Bini dia pun tanya baju tue ok ker?Jwapan si suami. "xserap peluh baju tue".huh memgla tue pendapat die, tapi ngn cara angkuh pulak ckp. Kami dok tercegat kat situ cam halimunan. Kot yer pun kan. Ckpla leklok, xyah la cam berlagak.huhu Mcm tue la juak masa ibu beli carrier bb nuha. Ibu lupa nk buang tag GIANT, ibu bwkla g kenduri. Biasala org2 kat sini mana biasa benda2 gitu lagi, lebih2 lagi org2 tua. Adala org ckp bagus jugak senang sikit bawak anak. Dah sorg nie plak, "beli kat GIANT???" ngn muka cam ntahla..Salah ker saya beli brg GIANT..dh situ murah. xsampai seratus pun. Yg lain mau RM2++..Biarla kami memg korga GIANT.

Tuela kdg2 ibu cakap ngn papa. malas nk beli brg2 mahal ke ape ke jika ade duit lebih. Sebb ibu takut timbul riak n ibu jadi cam mereka2 ini..Ya Allah, Aku mohon dijauhkan sifat riak dan tamak dlm diriku Ya Allah.Amin

Nisfu Syaaban

Soal:
Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban. Adakah ada dalil yang jelas mengenai perkara ini. Tolong berikan penjelasan.
-------------------------------------------------------
Jawab:
Oleh: TuanHassan Tn-Lah <>

Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yang direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud (tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari ini antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi (anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal) dan Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan
membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya. Maka sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan
agama, maka adalah tertolak. Hak mensyari'atkan hari-hari tertentu dan upacara tertentu hanyalah pada Allah dan Rasul-Nya (lihat alQur'an, surah alSyuura: 21). Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.

Soalan :
Adakah keistimewaan atau kelebihan hari atau malam nisfu syaban ?
--------
Jawab:
Para pengkaji Sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu sya'ban ni tiada dasar dalam Islam. Malam yg diagung2kan itu sebenarnya malam lailatul Qadr sahaja. (lihat Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat).
th

Soalan :
ADAKAH BERDOSA jika kita membaca yaasin 3 kali secara beramai-ramai di masjid pada malam nisfu syaban?
Jawab:
Sudah tentu jika anda mengetahui ia adalah bid'ah.
th


Soalan :
Tak kan lah dengan membaca yasin boleh mendatangkan bidaah, kan kita digalakkan untuk banyak membaca alquran, saya menjadi confuse dengan apa yg diceritakan thtl.

Jawab:
Kita sudah mengkaji dalam semua kitab2 fatwa dan laman web antaranya: islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah Daimah Arab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Ustaz Basri Ibrahim, Kusza...
Penjelasan:
Baca yaasin tidak bid'ah.
Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw.
Th

--------
Soalan :
Adakah terdapat nas sahih yang mengatakan pada malam nisfu syaban, catitan amalan untuk tahun lalu akan di bawa ke langit dan buku yang baru akan dibuka untuk amalan yang datang ?

Jawab:
Dha'if belaka.
Tiada siapa yg tahu sistem accounting Allah swt?
Kalau sistem accounting korporat selalunya berakhir 31 Desember.
Yang sahih ialah kehebatan malam lailatul Qadr, jika mendapatinya lebih baik dari 1000 bulan!
Begitu juga siapa yg berpuasa ramadhan dgn iman dan mengharap ridha Allah, diampun dosa2 yg terdahulu (Muslim)
Barangsiapa yg berpuasa Ramadhan dan menjaga batas2nya dihapuskan dosa2 sebelumnya. (Ahmad dan Baihaqi)
Ramadhan ini jika dilakukan dengan berjaya, maka rekod amalan si fulan Itu akan dibersihkan dan boleh start dgn buku baru dan ada bonus: jika dapat malam Qadr, dapat bonus 1000 bulan punya pahala. Kenapa orang berebut2 mencari Nisfu sya'ban yg dha'ef tapi lupakan Ramadhan? Lailatul Qadr? Anih sungguh

Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Sunday, July 25, 2010

abby abadi

Meh kita bergosip meh..hikhik..ala sesajer jer ptg2 gini rehat2. Tadi ingt nak sapu2 belakang, dedaun dah byk luruh tapi papa plak nk basuh kete. Bb nuha tido so ibu kira xjadila nk sapu2:(

Xder gosip apepun sbnrnya, cuma tadi ibu ngk melodi nmpakla ada norman hakim. Sebelum itu ibu ada baca blog abby abadi. Korang2 tau ke blog abby abadi, tau xperla kalu xtau meh ibu kasi meh sini dekat2... http://absolutelyabbyabadi.blogspot.com/

tuela jer sebenarnya..kihkih..gosip2 di waktu ptg. Comell jer anak2 abby..yg pompuan cute2 jer, suker ngk:) Biarla apepun, sesapepun yg benar dan betul..InsyaAllah suatu hari akan terbongkar jua. Sian jugakla kat abby tue ngn anak2 lagi 3 org. huhuhu

tamat gosip ptg ahad bye

Wednesday, July 21, 2010

pilihan terbaik

Keputusan harus dibuat
utk kebaikan bersama
utk anak2
utk papa
utk ibu...

Tapi cam serba salah
xtau pilihan yg mana
tidak mahu rugi
juga tidak mahu menyusahkan
xpela nanti kita bincang2 balik
perut sudah lapar
huhuhu...