Saturday, May 21, 2011

Luruh jantung ibu nak oiiiiiiiiiii....

Hari nie terjadi peristiwa yang sangat2 menjadi pengajaran untuk ibu juga papa. Nak tulis nie pun teringat2 huhu..Alhamdulillah semua selamat.
Syukur Ya Allah:) Panjangkan umur anak2ku Ya Allah.

Gini citernyer,
Ammar n nuha mandi ngn papa. N seperti biasa kalu mandi ngn papa agak liat mereka mau keluar.
Sekali papa pun tutpla lampu. Ermm xmau keluar lagi dok main2 lagi. Maklumla tengahari tutup lampu pun cerah gak lagi. Sekali ibu pun usik2la, ada dog dtg nanti.

Sekali nie pun keluarla, pastu ammar cakap:
"ibu, adik tido bu kat dalam"

Ibu berderau darah, rasa sejuk kaki tangan. Melompat turun kerusi, berlari sambil panggil papa

"Yang adik yang adik"menggigil2 dah ibu nie. Nak jatuh dh rasa jantung kena ditarik2 kuar.
Sekali adik relax jer dok main paip. huhu YA Allah...Syukur YA ALLAH.

Tobatla xtinggal dh dorang dlm bilik air. Selama nie memg xpenah tinggal pun. MEsti ibu tgk dorang. huhu

Sampai saat nie, memg lemah lagi semangat ibu mengenangkan peristiwa tadi.:(

Syukur YA Allah...

..Apa senarai mama untuk penjagaan ruhiyyah baby...?



Mama sedang membelek beberapa barang-barang baby di shopping mall itu..tiba-tiba terlintas di hati..

“ Mama dan papa alhamdulillah mampu sediakan semua keperluan fizikal saya.. mama boleh pilih barang-barang berjenama mahal atau yang biasa-biasa untuk menyambut orang baru ni... namun apa yang mama dah sediakan untuk keperluan fitrah suci saya sebagai anak…?”

Detik hati itu memberhentikan mama dari terus asyik melihat-lihat keperluan-keperluan untuk si comel..

“Panjang shopping list mama untuk newborn baby…., tapi apa list mama untuk keperluan ruhiyyah saya melalui kehidupan di dunia yang mencabar ini..?”

“…Mama excited dengan barang-barang baby yang comel, untuk menyambut kehadiran saya as baby yang comel… namun adakah jiwa insan comel ini akan bahagia dan tenang jika mama tidak excited menjadi ibu yang solehah..?”


“…Mama tak lenguh window shopping untuk saya.. apakah seperti itu juga kaki dan tubuh mama tak jemu beramal soleh untuk keluarga dan ummah..? Seperti itu jugakah kaki dan tubuh kuat untuk bermunajat di sepertiga malam…?”

“Mama.. terima kasih berusaha menyediakan segala keperluan dan kelengkapan saya.. Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAh yang memberi kelapangan rezeki pada mama dan papa hingga boleh meraikan kehadiran saya dengan seadanya… namun mama jangan lupa, anak comel yang mama nantikan ini boleh saja menjadi ujian hebat pada kalian satu hari kelak…”

“..Mama yang dikasihi, ayuh dalam keterujaan membina keluarga, kita terus istiqamah membina iman dan taqwa dalam diri.. Ayuh memuhasabah hubungan kita dengan Pencipta.. Ayuh mendekatkan diri pada tuhan, agar kita tidak tersasar jauh dalam perjalanan ke kediaman sebenar kita di akhirat..”

“..Mama, dunia ini hanya persinggahan untuk saya kan…? Mama bimbinglah saya memanfaatkan dunia yang menjadi jambatan untuk saya meraih syurga.. Mama bimbinglah saya menjadi anak yang mampu meraih syurga dengan bakti saya pada mama dan papa.. Mama didiklah saya mematuhi ajaran ALLAH dan Rasul, agar kelak saya menjadi pewaris meyampaikan keindahan islam, agar kita menjadi khalifah yang benar-benar membantu mengharmonikan bumi ini…


sumber:
http://sisi-kehidupan.blogspot.com/

Friday, May 20, 2011

imam muda

Alahaila imam muda nie la. Gimik ke hape nie?adoila..
Boleh plak nk tahan2 time nk singkir tue huhu,
nape x berbincang masa kat luar tadi.
Bincang nk merayu ke hape ke.
Nie depan2 tv la nk buat gitu.
Baru nk panggil kwn2 nk bincang huhu..
plak tue dan2 semua setuju plak..huhu


Ok la semua imam muda,
jgn alpa teruskan belajar belajr dan belajar!!!

Wednesday, May 18, 2011

Baiki umah

Ibu adalah dlm agenda
membaiki blog nie ha
lama bangat dh xtukar2

header pun gmbr ammar
kecok molek lagi
huhuhu
gmbr nuha teda pun

nantila bila papa free
kita wat kerahan tenaga
papa tukar header
hihihi

Kang kalu nampak pelik
umah ibu nie sabau2 jer ye
nk tukat tulisan pun xleh lagi
kat tepi dh tukar
komen2la umah ibu nie yer:)

Monday, May 16, 2011

Selamat hari guru

Smpena hari guru nie, ibu cam teringat2 la kisah yang dialami oleh guru2 sekarang nie. Cabaran cikgu zaman sekrg nie, ibu rasa amat2 mencabar la kan. Dulu mencabar jugak tapi mencabar lain macam sikit utk zaman nie. (berbelit2 la plok..itulah ibu nie xtau nk mula cita camno hahahhaha)

Gini la, kita terus ke kisah pertama:

PAda suatu malam yang hening, huhuhu bukan bukan salah bukan gitu permulaan cite nie. huhu (merapu lagikah?)

Adala satu kes nie, makpak budak A nie gaduh ngn cikgu Y nie. Dia bukan gaduh tumbuk2 ke ape ke tapi cara gaduhnya menghasut makpak budak2 lain soh g repot ngn Guru besar la gitu.

Kesnya budak A nie kena denda berdiri luar kelas sbb xsiapkan homework yg dh 2 minggu cikgu Y kasi. Budak A ni pulak kiranya atlit ngetop la sekolah tue. So, makpak budak A nie xpuashati n marah2. Mula2 ibu ingtkan dia malula kan, dok berdiri sorg2 depan kelas n ngadu kat makpak dia. Padahalnya, ramaila yg kena berdiri tinggal bbrpa kerat jer dlm kelas. xpyhla nk malu dik oiii:p

Ntahla kalu la ibu dulu, seingat ibula.. form 5 pun kena denda jugak lagi. Time budak2 nk g dewan makan waktu rehat pulak tue. Kena diri kat tgh panas waktu kimia rasanyer. Kalu salah jawab ker ape dah, kena wat ombak gitu. Memg la malu jugak, dh berduyun2 budak ngk tapi coverla but sbnrnya seronok jer kan. Ala ramai2 ngn budak2 sekelas. xder simpan dlm hati punyer, kenangan manis ada la:)

KEs budak A tadi nie, makpak dia cam panggil la semua makpak lain g sekolah nk komplen cikgu Y nie. Sampaikan ade mkpak budak sorg nie, dia ckp xtau nape dia kena panggil g sekolah. Bila ckp sal denda tue, dia cakap,,ala denda jerla bukan apepun kan. Dia faham sebab dia cikgu gak.
Xtaula kes tue camner, Cikgu Y ok jer lagi xkena pindah2 pun.

And si budak A nie, berenti dr tuisyen kat umah cikgu Y. Ntah kenapa la kan. Tiba2 xdtg.. n lagi sadis cikgu Y n makpak budak nie adalah bersaudara!!! Adakah kerana mereka berharta jadinya xpandang dh status bersaudara nie, terus hentam sajork.

Itulah dia satu kisah, ada lagi kisah tapi nantila sambung nk g berjahit-jahitan dulu:D

SELAMAT HARI GURU kepada kawan2 yg bergelar guru:)

Tuesday, May 10, 2011

Apabila HATI Sudah BUTA



Apabila hati manusia telah buta,
Atau jika hati manusia telah mati,
Perasaannya yang positif sudah tidak ada lagi,
...Kasih sayangnya hilang, rasa simpatinya gersang,
Bertimbang rasa sesama manusia lenyap sama sekali,
Belas kasihannya tercabut sama sekali dari jiwanya,
Maaf-bermaafan tidak akan berlaku sesama manusia,
Di waktu itu hatinya kejam, jiwanya keras,
Kalau dia menzalim atau menganiaya manusia,
terhibur hatinya.

Kalau dia disinggung orang, sangat berdendam,
Jika orang mendapat kesusahan gembira hatinya,
Puas hatinya melihat orang di dalam penderitaan,
Dia jadi orang pemarah, emosional dan pemberang,
Jangan ada orang yang mencabarnya, dia tidak sabar,
Dia akan bertindak balas kepada orang itu,
Kalau mendapat pangkat, kekayaan,
sombongnya terserlah,
Jika mendapat kesusahan atau ujian,
aduh, sungguh derita jiwanya,
Sentiasa sahaja keluh-kesah, resah dan gelisah,
Marah-marah pun tiba hingga sikap tidak normal lagi,
Pantang diberi ingatan dan nasihat,
Payah mahu menerima bahkan dia tersinggung,
Sakit hati pun membara kepada orang itu,
Begitulah jika hati manusia sudah buta,
Atau kalau jiwa manusia telah mati.

Oleh itu hati kenalah jaga,
Jangan biarkan ia buta atau mati.

facebook:RRDH II

Sunday, May 8, 2011

Abah

Abah adalah sudah ingin

pulang semenanjung arini

huhu

sgtlah hiba hati ini


Sunday, May 1, 2011

ya atau tidak???

Mlm nie

ibu dapat berita yang

kurang menyenangkan

dan antara

percaya atau tidak percaya

ntah la...

Semoga Allah memberi petunjukNYA