Monday, August 30, 2010

Khabar terbaru

Dah lama x update blog huhuhu..ni adalah kerana line internet xelok. Jgn kata nk g jln2 kat blog org lain, blog sendiri pun boleh tentu boleh bukak! Kdg2 kalau ok dapatla jenguk2 sekejap.

Petang tadi terasa di hati mau buat biskut pertama malam nie, tapi tiba2 sesuatu terjadi hahhahahhha iaitu Malas. Tambahan pula si budak ammar belum lagi mau tido jadi dah tergendala di situ. Malas ibu nk berperang ngn ammar kat dapur tue:p

KebOOOmMM!! Tiba2 bunyi mercun/meriam buluh kot kan..kebebum gitu. Ermm xseronok la dh lama x main bunga api, cam xmeriah jer kalu xder bunga api hhuhuhu. Tapi kat sini xde geng jugak nk main pun huhu.

Saat dan ketika ini, hati ibu nie sebak mebak(??) ingt kat kg. Ermm meriahnyer rayer kat kg. Dah lama xbalik raye kg..huhuhu Nak nangisssssssssssss! N kalu ada la sape2 berniat nk cakap," tuela sapa suruh kawen org jauh"..Ibu harap la semoga mereka menggunakan otak kurniaan Allah utk berpk. Malas nak layan huhu

Sekian sesi perkenalan setelah sekian lama tidak update, tq

Thursday, August 12, 2010

Puasa dan kelas

Alhamdulillah arini dapat ibu g kelas selepas minggu lepas xdapat pegi sebab bb nuha demam:( Mula tue cam malas la gak nk g kan hihi

opsssssss tetiba dengar keletuk keletak di belakang ibu. Pandang2 belakang ngk2 si budak comot ammar dok pakai selipar baru ibu hihi..eiii nk marah satu hal, nk gelak satu hal susah payah dok pakai sebab dia tau tadi dia pakai terbalik kihkih.Kesudahannya sekarang ibu menaip sambil memakai selipar baru ibu hahahahaha.
Sambung balik, mula2 malas g kelas kan, pastu rasa cam kalu x g kang xsiap la plak lagi baju ibu huhu..Mujurla tahap kerajinan dtg menjelma. Tapi esok belum tau sebab ammar plak cam berhingus huhu.

Arini hari kedua puasa dan ibu n papa x makan nasi masa berbuka:) Semlm mkn kuih2, pastu pas terawih baru mkn nasi. Arini nie lagi best, mkn kuih2 n gado2 sajo hihi. Gado2 beli 2, tapi sbnrnya makan satu jer kongsi ngn papa, 3 ketul nasi himpit kasi bb nuha. Sahur baru mkn nasi ngn lauk pauk best hikhik. Ermm bukan apa kan, mkn kuih2 pun dh kenyang sbnrnya, or mayb kenyang air. Jadi Alhamdulillah puasa kali nie kami tidak mengikut nafsu makan yg menggunung:D
Bb nuha plak tersedar mau nyusu kot..stop dulu la;p

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan bulan mulia

Alhamdulillah dah siap sahur dah. Ibu nie ter excited lebih pulak sahur kali nie. Sebabnya walaupun dh 3 tahun kawen, ni la pertama kali bersahur bersama@berdua. Punya berdebar2 kahkahkah..kul 1 bangun, kul 2 bangun tanak nasi, pastu kul 3 terus bangun tegak berdiri hahhaaha Lauk sahur arini adalah telur dadar, ayam crispy n taugeh goreng sajork:)

Hihi panik jugak sekejap tadi sbb ammar tiba2 bangun eh..rupenyer dia terkejut dgr alarm papa, papanya rileks jer xbangun2 huhu..pastu rengek2 nk ibu sbb ibu kat dapur, dan2 plak bb nuha sedar. Nyusu kejap, senyum2 tido plak. Nasib baik. Ammar pun tido balik pas minum susu. Fuhhhhh lega ingatkan xsiapla lauk sahur huhuhu

Kepada semua kwn2..selamat berpuasa yer. HArap2 kita semua dapat meningkatkan amalan kita sehari2an.Jaga diri, jaga hati, jaga mulut..jaga semua2:D

Monday, August 9, 2010

Pilihan?

Bila membaca status kawan-kawan lama di facebook, yang menceritakan tentang kesibukan bekerja dan mengurus rumahtangga, saya merasa bersyukur kerana telah mampu melepasi keadaan itu, satu situasi yang pernah saya hadapi ketika berada di Malaysia.

Sebenarnya itulah realiti kehidupan sebahagian besar wanita di Malaysia ketika ini. Namun begitu saya kagum dengan mereka kerana masih mampu menghadapi ujian tersebut dengan tabah.

Terdetik dihati, jika aku masih di Malaysiapun keadaan aku juga masih begitu, sibuk dari pagi hingga ke malam, hujung minggupun masih mengajar kerana terlalu mencintai tugas yang diamanahkan.

Seronok bila berada bersama-sama kawan dan pelajar, sedangkan bila kembali ke rumah tubuh sudah letih lesu untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab yang hakiki.

Mungkin wanita-wanita lain tidak sepertiku, mereka begitu kuat dan mempunyai pengurusan masa yang terancang. Itulah bisikan hatiku, sekadar menguatkan diri.

Alhamdulillah, penghijrahan tanpa dirancang ini berjaya menyedarkan saya betapa pentingnya wanita memuhasabah diri, melihat kembali apa sebenarnya yang ingin dicapai dalam hidup ini.

Kadang-kadang kita mengeluh, merungut dan sedih kerana sebenarnya kita berada dalam bayang-bayang. Kita inginkan kejayaan diri, merebut semua yang ditawarkan dalam kehidupan ini. Dalam masa yang sama kita perlu meyeimbangkan keperluan suami dan anak-anak, yang mana selalu dilakukan ala kadar.

Kalau tak sempat masak...ala tak apa kedai makan ada. Kemudian bila umur sudah masuk angka 4 dihadapan, ramailah yang terpaksa mengunjungi hospital dengan pelbagai penyakit. Moga Allah menyelamatkan kita semua daripada tipudaya dunia ini.

Walaupun berada di rumah, saya masih terfikir "betulkah pilihanku ini?" Mungkin ia adalah persoalan yang sama dengan wanita-wanita lain yang berada dirumah.

Kita berfikir begitu kerana kita sentiasa melihat dan mendengar kejayaan kawan-kawan lain, sedangkan kita hanya berada dirumah, tiada tawaran kenaikan pangkat sebagaimana orang yang bekerja diluar rumah.

Apakah kita menyesal dengan pilihan kita? Tentu sekali tidak, kerana kita berusaha untuk menyempurnakan tugas hakiki kita sebaik mungkin. Tugas diluar adalah pilihan seterusnya setelah berjaya meneguhkan tugas utama ini.

Inilah pandangan saya, yang sentiasa melihat bahawa tugas utama wanita adalah mendidik diri dan keluarga untuk menjadi muslim sejati. Bukan senang untuk mendidik diri menerima suami seada beliau, kerana beliau datang daripada latar belakang yang berbeza daripada kita.

Kadang-kadang kita belum sempat mengenali suami dengan sebaik-baiknya Allah telah kurniakan zuriat buat kita, maka kita sibuk pula dengan anak-anak.

Apakah kita memperuntukkan masa untuk benar-benar memahami hati seorang suami? Apakah kita menpunyai masa untuk mendengar apakah sebenarnya yang suami kita inginkan?

Kadang-kadang kita berbincang dengan suami dalam keadaan hati yang tidak tenang, letih dan stress urusan kerja diluar. Maka lain yang diucapkan lain pula fahaman kita, sedangkan jika dibincangkan dalam keadaan tenang ia adalah satu kemanisan buat pasangan tersebut.

Jadi betulkah pilihan ku untuk berada dirumah? Sama-samalah kita muhasabah diri agar pilihan ini merupakan pilihan yang betul buat kita, jangan pula kita menyesalinya kemudian hari.

Artikel ini ibu copy dr blog motivasi surirumah. Blog ini memg sgt bagus sbb menjadi panduan n motivasi utk ibu.Mudah2an Allah merahmati hidup empunya blog kerana perkongsian yg bagus utk ibu n suri2rumah:)


Fadilat terawih

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata:
Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi
kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut
dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam
hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai
dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

sumber: lenggangkangkung.blogspot

Saturday, August 7, 2010

aktiviti awal pagi

Dh pagi kul 1.30 tapi ibu x tido lagi sebab dok nunggu agar2 keras. Dah siap agar2 cincau pinky tadi dapatla 2 loyang, now dok tunggu wat agar2 pelangi gitu hihi. Cobaan kata kan:) Maca dulu penah buat agar2 pelangi nie, tape versi kelam kelibut mlm nie cam ok sikit sebab skill tu cam ada la kan. Ingt nk try la pulak puding pelangi, ngkla kalu larat lagi.
Buat agar2 byk2 ni bukan ape, esok mak buat kenduri so atas permintaan mak ibu wat la agar2:)

Nak buat awal2 tadi, bb nuha la plak meragam sian dia..huhu selsema tu. Mula2 dah tido elok, sekali ibu siap2 nk wat agar2 terjaga plak dia, pastu bangun main2 plak xnak tido. Habis paksa dh tadi, last2 terbongkang sorang2 kat tepi ibu...eh, dh tido plak hihi Alhamdulillah kalu dh tido lena tue bb nuha x meragam2 dh, cuma bangun menyusu saja. Nafas pun ok jer, Syukurr....:)

Aduhla. tangan kiri ibu ni kalu dtg mlm jer terus dtg lenguh2 sengal gitu. Start semalam. Semalam siap nangis2 la sikit sebab sakit sangat, pas papa letak yoko2, tahan sikit n ibu tetido. Malam tadi, start kul 8, start denyut balik huhu..tahan la sikit mlm nie sebab papa dah urutkan awal2 tapi masih sakit lagi. Ermm nape yer, adakah ini tanda2 utk penyakit yg lebih serius:(

Dah lama x beronline ibu ni, masalah biasa iaitu line sgt teruk. ermm xtau nape. Nak terjah rumah kawan2 pun xnyempat, yg mana sempat tue nk tinggal jejak kdg2 boleh kdg2 k.o. aihhhhh...
Ermm..perut dh lapar mau makan megila :)