Wednesday, June 30, 2010

Ponteng kelas

Hari ni ibu ponteng kelas lagi huhu. Bgn dh pagi2 tapi air pulak xder, jadi kesian jugak la nk kejut anak2 pastu nk nunggu air lagi. Mana nk buat sarapan lagi. Aduhaila..Dr semlm lagi air slow ingtkan pagi nie okla tapi masih gitu jugak malah makin slow:(

Mayb esok ibu g kelas jugak la, ngk camner keadaan. Minggu lepas dh g ari jumaat tapi kelas plak batal. Xder orang langsung. Aduhaila dtg jauh2 ngn anak2 tapi tiada kelas plak. Sgt kesian ngn anak2. Kalu dekat2 xpela kan. Nie kena ikut papa g sekolah pagi2, pastu nanti nk nunggu ke kul 12 lagi. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk ibu, papa dan anak2:)

2 3 hari ni, sgt susah nk buat kerja rumah ngn cepat dan efektif. Kerana budak chembam ibu bb nuha tido kejap2 jer, n xnak tido. Ngn abg yg chomell lagi, asal ibu nk tido adik, dtgla nk mtk itu ini. Last2, adik xtido.Pastu sbb dh ngantuk, merengek2 jer kejenyer. huhuhu terkejar2 la ibu ni.

Cara mendidik anak:wardina

Artikel ini ibu copy dar blog kakchik.
Tulisan artikel nie dr Wardina Safiyyah:) terima kasih wardina dan terima kasih kepada kakchik kerana perkongsian yg sgt menyentuh hati ibu.
Dapatkah ibu dan papa mendidik permata jantung hati kami, ammar n nuha(adik2 mereka InsyaAllah). Semoga Allah memberikan hidayah dan kekuatan kepada ibu dan papa utk mendidik anak2 kesayangan kami ke jln yg diredhaiNya.

LUQMAN - to all parents espcly fathers by Wardina
Luqman -Usrah No 3

lesson to children? Where? Its there in the Quran. Not just about solat, not just about history of Islam, not just about war....The Quran has parts about bringing up children..its all there....

Lesson no 1 -" Wahai anak kesayanganku" - (notice how a parent should address their children.. 1. Wahai 2. anak 3rd KESAYANGAN -

I pun setakat sayang je. "My dear MOST beloved"...is what we should say, let us pay particular attention when addressing our children.

Back to lesson no 1 - my dearest son - Its the AQIDAH - Jangan syirik kan Allah! This Aqidah is the foundation..yes no doubt it starts way early when we teach them the syahadah without them knowing its meaning, when we say Allahuakbar... when we say Allah created the starts, the moon the trees and babies... starts from the parents semua tangkal, tali tu buanglah dari anak. Jangan bawa jumpa bomoh.

PERSOALANNYA - But when the child is around 8 - 9 years- do we sit with them seriously, (panggil anak and tell them, ada sesuatu yang sangat penting abah nak bagitau -ONE ON ONE) and say "Wahai anak kesayangku" "Jangan sekali-kali syirikkan Allah" Allah is the Only God jangan sekutukan Allah dengan yang lain, tiada yang lebh berkuasa dari Allah, tiada orang, tiada benda, tiada wang"

Allah itu satu, tanamkan dalam hati tanamkan dalam diri - "ingat pesan abah NI sampai mati dan kalau abah tiada lagi"... (maunya budak tu tak ingat, katalah dia buat jahat, satu hari akan terdetik dalam hati dia, memori dengan abah duduk berpesan akan dikenang kembali)

YES SURAH LUQMAN SEBENARNYA KHAS UNTUK BAPA-BAPA, KERANA MUNGKN BAPA KURANG 'NALURI' dan "instinct" MEREKA - THIS IS THE SURAH FOR YOU, READ IT, USE IT BECAUSE ITS ULTIMATELY YOUR RESPONSIBILITY AND YOU WILL BE QUESTIONED DEAREST BELOVED FATHERS....

Lets see lesson no #2 - Berbuat baik kepada kedua orang tua. Apa lagi nak di kata..terang, bersuluh dan nyata...

Lesson No 3 - ayat 16 - a reminder to them and to us -- setiap apa yang dibuat anak kesayangku "walau sebesar biji sawi akan Allah dinilai - kita tak boleh bersembuyi" Allah sees us, everything and anything we do...

(the problem now, zina, buang anak -- semua kerana tiada konsep Allah melihat-) Salah siapa? kalau ibu bapa tak pernah ingatkan bukan???

Lesson No 4 -Dirikanlah solat, larang perbuatan mungkar (kalau kawan kita buat benda jahat, kata "jangan" BUKAN IKUT!) Sabar sayang, bila tibanya bencana! Sabar sayang, semua orang akan tempuh masalah dan dugaan... but do we get them ready to face challenges in life?

I'm crying while typing....

Lesson no 5 - ayat 18 - JANGAN SOMBONG sayang! Jangan mendongakkan muka mu dengan sombong di muka bumi ini walaupun ada ferari :) ramainya orang kaya sombong... JANGAN sayang..kerana harta, rupa atau ilmu.... Jangan sayang! Hormatlah orang lain... walau siapa pun kita...

saya kenal orang yang sangat terasa bila dia datang ke rumah seseorang, "tuannya" tak pernah senyum, buat tak tahu... kenapa? sombongnya terdetik dalam hati saya.. kenapa? adakah kerana kamu rasa lebih hebat atau istimewa? tak perlukan orang lain? tak perlukan keluarga?

Lesson no 6 - Bila berkata sederhanakanlah suara..jangan kita bercakap dengan suara yang besar, kerana mahu tarik perhatian...jangan sayang, jangan!

sambungan ayat mengenai melihat keajaiban alam, "lihat di luar sayang" - malam dan siang, alam yang luas terbentang..siapa yang menciptanya sayang?... tenung alam sambil diam...tak mungkin ada yang lain menciptakannya selain Allah... ingatkan mereka "kalau sudah lupa, pandang saja ke langit, inagt pesan abah dan pasti kehebatan Allah akan kita ingat kembali"

what a lovely surah --

to me it means this (one day set a date and time with your child - tell them before hand like 2-3 days earlier -- i have something special and important to let you know dear. Something big that you have to remember, im only telling you because youre already BIG, this is not for little children, and you have to remember this forever and ever and ever.... Tanya anak tu... nak tau tak? Mesti dia kata nak kan.. penyibuk dan curious most of them. Ok, kata tunggu dulu. Bagi dia excited nak tau apa bendala abah nak pesan ni. Take them somewhere (tapi berdua saja) sampaikan pesanan itu.. and then after all the pesanan..bring them out... look at nature..(, the following part about alam - encourages critical thinking, asking the child to THINK - LOOK at this world...)

now i have an idea of doing this -- go camping the two of you....... and use this, say it... a special moment for FATHER and CHILD...that INSYAALLAH WILL BE ENGRAVED IN THEIR MEMORIES FOREVER...

and NO this s not a matter you can ignore IT HAS TO BE DONE and IT IS SERIOUS... Demi Aqidah anak-anak Muslim yang sudah parah kebanyakkannya... if only all fathers menyampaikan pesanan Surah Luqman ini buat anak mereka....

Ameen

Wallahu'alam.

Tuesday, June 29, 2010

PENGISIAN MASA SEORANG MUKMIN

Teman2 kawal lah masa kita..isilah dengan pengisian yang mendekatkan kita ke Jalan ALLAH...memang sukar untuk mengawalnya...tetapi seperti biasa kita kena berusaha..jika gagal usaha lagi ..moga kejayaan akan bersama kita..bersungguh2 berusaha...berdoa banyak2 dan bertawakal lah pada ...kekasih kita...ALLAH...kesusahan tu nanti insyaallah akan menghadiahkan kita mutiara yang bersinar-sinar ..amin

1. Masa dan waktu adalah anugerah Allah yang sangat berharga. Ia adalah modal yang diperuntukkan Allah kepada sekelian hamba bagi tujuan penjanaan iman dan amal soleh sebanyak-banyaknya.

2. Sebagai yang dijelaskan Nabi saw bahawa segala nikmat pasti akan ditanya bahkan dipertanggungjawabkan. Masa yang tidak terisi dengan iman dan amal soleh akan menghadapi sessi pertanggungjawaban dan perhitungan yang amat berat di hadapan Allah swt.

3. Bagi yang memahami dan menginsafinya, masa dan waktu akan diuruskan secara pntar dan bijaksana. Sementelah pula kita hidup di akhir zaman yang perjalanan masa dan waktunya tersangatlah pantas dan cepat sekali. Setahun macam sebulan. Sebulan macam seminggu. Seminggu macam sehari dan sehari hanya terasa beberapa jam sahaja. Pejam celik pejam celik sehari berlalu percuma begitu sahaja. Pergi buat selama-lamanya.

4. Para mukminin akan menjadikan setiap saat dan minit yang dilalui sebagai motivasi diri mereka kea rah kebaikan. Iman, amal soleh dan hasanat akan ditanam sebanyak-banyaknya. Kebaikan dan pahala akan terus dijana tanpa henti. Taubat dan istighfar terhadap dosa siang hari tidak akan ditangguhkan ke malamnya dan begitulah sebaliknya. Zikrullah berkelangsungan membasahi lidah, hati dan diri. Menyuluh akal budi dan segala bentuk aktiviti.

5. Mukmin yang bijaksana faham bahawa lambat laun waktu dan masa akan terhenti jua sebagaimana terhentinya jarum saat pada jam dinding tak kira samada kerosakan bersifat kekal atau dari kerana kehabisan bateri. Atas hakikat itu, masa dan waktu dalam hidup seorang mukmin sentiasa akan dipenuhi kesyukuran, kesabaran, kebahagiaan, kelapangan, aman dan tenteram.

6. Apa tidaknya? Kalaulah nilai masa itu tidak lebih umpama bilihan lidi penyapu yang boleh dibilang, kemudian pada setiap harinya sebatang lidi menjadi rosak dan patah, maka akhirnya jumlah lidi yang tinggal akan semakin berkurangan.

7. Atas kesedaran itu, kini hari-hari dalam diari hidup seorang mukmin juga beransur bebas dari kemarahan, hasad dengki, kebencian, sakit hati dan kesedihan yang tidak berasas. Dia tahu, masanya yang masih ada tidak banyak lagi yang berbaki lalu masa dan waktu itu amat ‘dicemburui’. Kesilapan mengatur dan mengisi masa di dunia ini akan menjadikan pulangnya seorang hamba ke akhirat sebagai seorang muflis yang ditimpa kerugian dunia dan akhiratnya.

Sumber : .http://ustaz-amal.blogspot.com/

Cubaan tidak pakai pampers

Cubaan ini telah diujikajikan ke atas budak comot nama Ammar Kasyfi.hahahha

Cubaan demi cobaan dibuat tapi xjadi2 lagi..Mula2 dulu buang yg kecik pastu baru panggil ibu rengek2..
Pastu buang yg besar:( Pastu pakai pampers balik, sbb xkonsisten kan, nk jln2 ptg wajib pakaila.

Utk kelmarin, xpakai jugak. Sudah buang baru cakap.."ibu, beyak"..padahal kencing sajork. Kalu beyak plak ammar x cakap sbb dia akan cari pot pot tertentu utk sorokkan muka beyak dia hahhahahhaha..tadi pun dh beyak nasib ibu perasan n angkat terus ke bilik air. Tapi utk buang kecik masih lagi lepas buang baru cakap huhuhu..

Ngkla camner dulu. Kalu xleh gak..adakah pakai pampers balik???Sampai bile la kan:(

Monday, June 28, 2010

~10 laluan

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

semoga menjadi renungan dan ambik iktibar dari nya..

sumber>>http://nurhaslinas-sharingisloving.blogspot.com/

Hargailah Isteri

"Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ... Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu,kau merusak kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kaurasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN

" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab

" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN'nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal

"...Apa itu Yaa TUHAN ??

Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Ni ibu copy dr blog kwn ibu yg cute(cute ko ah???) hahhahaha KAK CT

Sunday, June 27, 2010

KCT 1 vs peterporn

Semlm ibu belek2 berita online. Ibu nie memg jauh ketinggalan la bab berita2 nie. Paper x beli, berita jarang ngk huhu. Bukan ape kdg2 malas nk ngk berita yg xbest tue. Jadi takut n mcm2 perasaan lagi. udah ke berita online tue ter terjah plak ke gosip2, ter ok:)

Pastu ibu ngk la yg KCT 1 nie. Ingtkan ape, ropenyer no plat datuk K beli utk Ct.Ermmm..
RM 60,000 ek?? Aritu masa besday ke dapat beg mahal jugak kan?? Best jadi org kaya nie kan. Senang2 jer dapt semua yg nak huhuhu Nak dikatakan membazir kang, dh dia ade duit. Nak kata baik tolong org2 miskin yg kebulur x makan kang, nanti ckp dengki hahaha. udahnyer kite terima ngn hati terbuka tanpa pk apa2 hihi ntahape2 ibu merepek nie. xder cuma terkejut jer utk plat kete belanja sampai gitu sekali. Org byk duit boleh la kan. Xperla hak masing2:)

Ibu jugak nk tergelak bila baca PETERporn..hahhaha apa2 la dorang nie. Ibu baru tau kes nie bila baca kat satu blog. Tibe2 tukar peterporn kan.
okla nk g masak2 dulu. Arini, kwn2 masak ape??

Bad mood

Dok berehat ke tue?hihi tapi yg kat kelate, ganung n kedah xla kan. Arini hari keje. xpela dah rehat 2 hari dh kan:)

Hari nie cam stress sikit. Bgn pagi, ammar dh ngs2 ibu pun xtau kenapa? Biasa kalu ngn ibu, ibu buatkan susu pastu tido balik hingga ke jam 9..ni ada papa alamatnya xtidola. Ammar kalu ada papa lain sikit peel nyer huhu.

Semua serba xkena ngn dia, pastu siap ngs2 kat pasar tamu huhu..penat melayan. Org plak asyik perhati hahaha..alalala..xpenah2 ammar buat perangai gitu aduhla. Penat ibu nk layan, dh ngk ikan, rabbit,tunggu dok ngk ultraman naik motor, ngk keretapi jln2..Si penjual plak abih brg nk bawak keluar huhu

Dah amuk plak ammar xnak jalan nk ngk ultraman. Dukung la ibu nie, bb nuha ngn papa. Ermm..xsempat nk meronda sgt penat dok layan ammar bad mood. Beli2 terus balik. Arini ada kenduri kawen, so ingt xnak masak tapi balik2 tue ammar cam nk tido so papa jerla pegi.
Ibu plak ngn semangat masak tengahari nk buat paprik resepi KAk ct:) Kari ikan pari..ermm yum yum..Sotong plak memg dh lama teringin nk mkn. So, arini beli sutun la. Sutun n udang buat paprik. Masak ngn riang sambil dgr radio baru hihihi

Tapi masa masak cam bau sesuatu.Apa tue? Yer itula dia, sutun tue busuk sebenarnya. Ibu ingt boleh la mkn sikit, tapi memang bau giler dh. So, mkn la udang sajork:( Tapi okla, mkn kari pari n ikan kering. Alhamdulillah kenyang:) tapi xterasa lagi paprik resepi kak ct. tapi rasa pada udang tue memg menarik :D..lain kali cuba lagi.

Thursday, June 24, 2010

oats

Sapa suka mkn oats???Ibu TAK SUKA. Rasa cam pelik sgt, nestum pun xleh nk terima.
Tapi bila aritu ibu n papa selalu rasa xsedap perut n gastrik memanjang n malas dh beli susu dutch lady. Peti dok rosak, ngk2 dh basi susu..huhu..Pastu di samping konon nk diet hahaha bukan diet apa..xnk mkn berat byk2. Nie pagi goreng2, lunch nasi campur, malam nasi lagi. Makin berat udah badan.

Papa cadangkan beli oats la, ibu taknak. Dulu penah beli pastu sampai ke sudah x mkn sbb buat sekali terus nk jeluak uwekkkk. Ibu xpandai kot nk meng'resepi'kan oats tue.

Jln2 ternampak oat segera tue, ibu seperti biasa xnak n soh papa jer try dulu. Balik tue papa try la..pastu ibu rasa.. Eh, cam best plak rasanyer. Ibu xperlu nk tutup hidung minum hihihi..pastu ia menjdi mknn rasmi pagi n kalu lapar. Shedap!!

Tapi sayangnyer, pastu cari lagi dh xjumpa. huhuhu g kedai lain ada tapi perisa vanilla n coklat saja. ermm cam xbest plak kan. Nk yg ori jer huhu harap2 nanti bile g kk esok kalau jadi jumpa la kat GIANt.:) Ermm..td dh survey.. n papa setuju..wahhhhh hati ibu seronok seronokkkkk dan seronokkkkkkkk..sayang papa sgt;p

Wednesday, June 23, 2010

Kunci Meraih kejayaan~

* Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya
*Kunci rezeki adlah berusaha disertai dgn istighfar dan ketaqwaan.
*Kunci syurga adlah Mengesakan Allah (Tauhid)
*Kunci iman adalah merenungkan ayat2 Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk2Nya.
*Kunci kebaikan adalh kejujuran.
*Kunci kehidupan hati adalah merenunglan Al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.
*Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik.
*Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
*Kunci kebahagiaan adalah taqwa.
Kunci bertambahnya nikmat adlah bersyukur.
*Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
*Kunci agar permintaan di qabulkan oleh Allah adalah berdoa.

sumber>>Buku "Jadilah wanita paling bahagia"

Tuesday, June 22, 2010

~ABAH~



Tok bah n ammar

abah,bb nuha,papa,ammar

dtg lagi yer bah:(
bwk umi n adik2 plok

Ibu tersedu2 tadi, pastu ibu terus gelak sorang2 sbb ibu ingt kat abah ibu. Abah kalu dia sedu2 mesti ambik kertas letak kat dahi. HAhhahaaha,,terus ibu n adik2 bantai gelak. Ermm abah perasa jadi baby ker??hhii chumelll abah.

Wah...tetiba sebak ingt kampung. huhuhuhu.....Lama nyer xbalik kg dah setahun kot. Sedih nye hati ini. Bb Nuha pun belum jumpa tok mi n yg lain2.Ngk gmbr aje la.

Ingt lagi masa abah dtg umah ibu bulan April. Dah pagi2 xder wat ape2..sekali abah g tebas rumput la..cuci longkang la. ermmm..bersih serta merta kawasan umah ibu. alalla sebak nyer nie. Ade sekali tue lama abah kat dapur, sbb waktu tue bb nuha dok nk tido,bu dok layan dia dulu. Sekali ngk..abah berapron dok siang ikan n sotong. Aduhaila abah! Siap letak garam kunyit semua.

Pastu siap gorengkan plak sotong tue sbb meletup2. Ermm..abah masih ingt anak nyer ini masih kecil kah??ERmm kang dh nangis dah..rindu nyerrr abah n umi...Papa balik mkn, siap ckp sotong goreng tue sedap..x garing sgt.ngk la sape chef.hikhik..Bila ibu ckp abah goreng, terkejut papa, napa abah masak. Sebabnya...Abah itu sayangkan anaknya:(

Ibu tahan diri xnk ngs waktu abah balik, sbb adik ibu dh pesan jgn nangs hahaha yerla sian abah sorg2 naik kapal kan. Sekali masa salam abah, xtahan2 terus berembes2 airmata ibu. Abah plak konon bwk bb nuha jln2 kat luar. Yer ibu tau..abah pun nangis:( Masa abah bagi bb nuha kat ibu..abah cium pp ibu. Mau nk luruh jantung ibu. Masa abah masuk tue..aduhaila nk jer masuk sekali. xsanggup plak ibu ngk abah pergi tinggalkan ibu. Tapi ibu dh ada suami tersayang.. Hidup ibu di sisi papa.

Abah..kak sayang abah. Umi..kak sayang umi.



Monday, June 21, 2010

Abaya vs Oven

Ibu kan semalam terjah ke blog idah. Pastu ada idah citer sal abaya n ada satu Fb jual abaya. Terpegun la ibu ni ha melihat abaya2 yg cantik. Wah makin gediks hati nie nk beli huhuhu.Pastu papa balik ibu cakap la ada abaya murah( hihi murah dr yg biasa ibu jumpa)..

Papa kata ok la, belila kuakakakaka ala terpaksa katakan. Tapi ibu cam pk balik kan ke bulan nie nk beli oven Huaaaaaaahuaaaaaaa.nampaknya abaya tidak dpt utk bulan ini. Sodeh hati tapi xper:) Ibu gembira la kan sbb utk kebelakangan ini ibu sudah pandai n dapat kawal apa yg di namakan kehendak bukan keperluan:) Kalu dulu semua mesti nak, nk plak sekali harung huhhu..Alhamdulillah. Terima kasih kepada bbrapa teman blogger jugak sbb kdg2 ibu g terjah ada baca sesuatu yg menyentuh hati ibu dan ibu cuba amalkan cam korang:) terima kasih

Juga walaupun kdg2 dtg kesempitan wang sedikit, namun tiba2 Allah Yang Maha Pemurah berikan rezeki yg tidak terjangka. Syukur padaMu Ya Allah.

Ermm dulukan ibu cam mengong2 sikit..ingtkan oven n microwave tue benda yg sama. (memg lain ek)kahkah..Beli oven kecik dulu..senang nk bakor2 biskut nk raya nanti. huuii ayat cam rajin je kan. Padahal....huhu..InsyaAllah tahun nie rajin sikit. Korang suka biskut raye ape eh??hohoho ganti puasa xabih sebuk memanjang cakap sal raye aduhaila. Ermm bb nuha dah tido. ammar sedang tembak2..ibu nk siap sediakan persediaan memasak hihi.

Jadi bulan nie aben la dulu..ada rezeki bila2 abaya pulak",)

terima kasih daun keladi.



Ini adalah himpunan2 award dr mummyar.. Sgt2 terima kasih kepada mummyar sayunk:)Terharu sgt2 xpenah lupa nk bagi award kat ibu nie haa..Lama dah ibu kumpul2 tapi xtepek2 huhuhu kalu xsilap satu dr award nie ade tag tapi xjumpa cr kat blog mummyar huhu..sowi yer kalu memg ade.

thanks sebab kasi award yg sgt cute n cantik:)

Ibu nk award ni kat..

~Kak ct
~nadiah
~adiwarnatasya
~kak maria
~idah
~kakchik kelate
~kak aziemas

Sunday, June 20, 2010

Bola oh bola..Brazil best:)

Ting tong ting tong.ini bukan bunyi loceng umah yer!! Ini adalah keadaan ibu arini hahahhaha..Hambik nk sgt ngk bola.Adehla...

Semalam udah alang xtido tue, nunggu la bola kan. Sgt seronok ngk Brazil main udah tue gol plak satu.YES!!DOk cakap ngn papa nunggu satu gol lagi la baru nk tido. Sekali x gol pun sampai abih masa pertama. Ermmm nk tidola:) G sana sini, merapu2 ngn papa, eh dh start dh masa kedua. Xleh jadi nie kena tido, tido! Sambil baring2..jeling ke tv.eh cam best plak tue huhuhu Ambik kain selonggok, terus lepak ngk bola. Dan gol lagik dan lagik. Yahoo..best best! pastu ter emo sebab KAka kena kad merah huhu sian kaka:(

Okla Brazil menang 3-1. TV3 ramal 3-0 hihi. Kemas2 baju, g kat papa cakap nk tido..Eh, azan ke tue.Yer memg azan sbb dah nk kul 5 ibu oooiiiiiiiii. Goreng nasi, mandi, solat....ckp kat papa"yang, b tido dulu yer".."Ok yang"..Salam siap2 takut xbangun dh time papa g sekolah..erm boleh gitu. hahhaaa. Tadi papa dh msg dia dh mengantuk2 kat sekolah. hahhaha Buat lagi kerja gila laki bini. HAmbek nak:D

UPSR, PMR mansuh???

Esok papa dh start keje hhuhuhu..sedihnyer hati ni. Sesudah 2 minggu bersama2 ececeh...
Sebab esok ari pertama ibu dgn rajin nyer telah siapkan pakaian keje papa:D.Biasa esok baru siapkan, xpun papa siapkan sendirik hahahaha kata dah besar panjang kan;p

Nk tido cam xngantuk tambah2 ade bengkak kat blkg leher ibu ni ha..Kena gigit binatang apakah ibu ini?Sudah 2 3 ari tapi mlm nie makin sakit n makin keras bengkaknyer huhu tue buat xleh tido sbb sakit. Ermm sudahla esok papa dh keje, mau nyer pening naik darah nk layan anak2. Ermmm mudah2an tidakla..:)

hihi meh kita masuk topik series sikit..UPSR/PMR mansuh?? setuju tak?Bagi ibu cam ok jugak la kan. Sbb memg ibu rasa kita nie terlalu bergantung ngn exam semata2. Mansuh2 pun kena ganti la ngn cara lain utk uji kemampuan budak2 minat ke arah mana. Kalu cam skrg nie UPSR..cikgu2 yg mana ngaja subjek penting memg tunggang terbalik ngaja semua.oppss ada gak yg biasa2 jer:p Tapi cam cikgu2 Pj, muzik, agama..cam relaks sikit. K3na kasi sama rata la kan juga. ermmm tapi dr segi elaun tambahan ade ke utk cikgu2 ngaja subjek penting???MAlas nk tanya papa, nantila tanyer:D

Nk ngk brazil lawan jap..aritu dh terlepas kihkih..mau esok ting tong tong kepala nie..huhuhu..Papa dok tanda kertas budak2 sambil bebel2..hahahha budak darjah 5 jawab idak tapi siap g kaler gambar huhuhuhu.." Ingt kaler2 dpat markah lebih ker??" kata sir azam sendirian:D

Mentor musim ke 4

Hihi ibu dok ngk mentor nie. n ibu paling sukerr..sapa lagi kalu bukan Kak Ziana tersayang. Power betul ziana zain sayang hikhik n Mohd anak didik dia pun best gak. Dulu ibu ingt mohd tue xbest cam lembik jer kihkih..ermm boleh tahan gak sore dia kan?

Markah juri awam malam nie.. Ziana Zain =19 Joe =18 Azmeer =14 Dayang =15. Haah betul ke ek..ibu ingt ziana jer sbnrnya, papa yg ckp markah nie.

Pilihan juri profesional
Liza hanim = best = ziana, kurang= dayang
Ramli Ms = best =Azmeer.

Best jer Ziana n mohd tadi. n mestila ada ziana zain no 2 kat bawah kan..ermm tahap kritikal punyer minat tue :D..Go ziana go..semoga dapat ke final..:D

Saturday, June 19, 2010

ikan pakai campak ajer!!

Tadaaaa..best tak ikan kat atas nie??hikhik mestilah best kan ibu yg masak special untuk suami tercinta:)
Nampak x ikan tue dok terlentang elok jer..ibu la konon2 nk nampak lain sikit nak nmpak cam kat kedai..Sekali ibu pun belah ikan tue jadi la cam kedai tue, siap poyo2 celup2 tepung dulu tau. Tapi tepung ke mana ntah kihkih..

Sekali papa balik ngk ikan nie, tergelak dia hahahha..ala kata nk mcm kat kedai kan:D Kuah tue ibu buat ape bahan yg ada tapi cam masam manis kot gitu.Rasanyer??Papa kata BESt, berani ke nak cakap xbest kahkah..tapi tuela kalu masakn ikhlas utk family tersayang semua kan best kan:)

Resepi:

Ikan kembung belah biar terbuka
Pastu goreng, (perap ngan kunyit or halia n bawg putih ditumbuk)

Kuah:

Tumis bawang merah,putih n halia(semua tumbuk)
Masukkan cili kisar. tunggu jap.
Pastu masukkn sos cili, sos tomato, kicap.
Last masukkn sayur campur n rasala masin manis nya.
Sekian.

Friday, June 18, 2010

17 Faktor Jiwa Manusia Lemah & Kacau

terima kasih kepada ummu ammar. Ibu kongsikan bersama di sini.:)


Ketenangan jiwa adalah dambaan dan keinginan setiap insan dalam kehidupan yang fana ini. Ramai yang bertanya..apakah yang dimaksudkan sebagai ketenangan jiwa? Dan bagaimanakah cara untuk mendapatkan sebuah jiwa yang benar-benar diertikan sebagai tenang, bahagia, luhur dan suci. Banyak orang beranggapan ketenangan jiwa hanya bisa didapati apabila ia telah mendapat harta yang banyak, dihormati orang, memiliki pekerjaan yang hebat dan keluarga yang sempurna. Yang pasti bukan itu ketenangan yang dimaksudkan. Dalam beberapa kajian yang dibuat, kita dapati kebanyakan manusia yang mempunyai kekayaan, kemahsyuran dan kehidupan yang hebat juga belum mampu untuk memiliki jiwa yang tenang dan mencapai bahagia yang hakiki. Allah Ta`ala Seperti mana Allah telah berfirman:

ونفس وما سواها فألهمها فجورها وتقواها قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها

Maksudnya: Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakannya (Allah), lalu diilhamkan (Allah) kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan jiwanya. Dan merugilah orang yang mengotorkannya.

(As Shams: 7 - 10)

Sesiapa yang ingin menjadi hamba kepada Allah maka hendaklah ia menyucikan jiwanya dan berusaha melawan hawa nafsunya serta mentaati suruhan Tuhan dan menjauhi segala laranganNya. Orang yang hanyut bersama hawa nafsu dengan segala keinginannya bermakna telah menjadi hamba kepada nafsunya sendiri. Kita melihat sebahagian besar masyarakat kita sekarang mengalami penyakit lemah dan kekosongan jiwa. Pada hakikatnya, sindrom inilah yang merupakan punca utama bercambahnya pelbagai gejala negatif dan seterusnya melatari budaya porno muda mudi umpamanya murtad, buang anak, dera, keruntuhan akhlak, seks bebas, hedonisme, ghairah kebendaan dan banyak lagi.

Sebelum kita mencari ketenangan jiwa yang diimpikan, di bawah ini ada senarai faktor-faktor yang menyebabkan berlaku kelemahan jiwa yang seterusnya menjadi benteng penghalang untuk kita mencari ketenangan jiwa yang sebenar. Saya petik faktor-faktor ini dari terjemahan kitab “ Fenomena Kelemahan Jiwa Dan Langkah Mengatasinya”. Buku ini adalah karangan daripada Dr Majdi Al Hilali yang merupakan seorang tokoh ulamak terbilang kelahiran Mesir Beliau juga adalah seorang pendakwah gigih yang telah banyak menulis buku-buku dan risalah-risalah agama.

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Jiwa Manusia Menjadi Lemah

1) Taasub dengan pandangan peribadi.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini sentiasa merasa taasub dengan pandangan peribadi, tak kira samada benar mahupun sebaliknya. Apabila pendapatnya disanggah maka dia akan cuba mempertahankannya dan tidak merasa tenteram sehinggalah orang yang menyanggahinya akur dan tunduk kepadanya.

2) Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri.

Mereka ini terlalu sukar untuk mengakui kelemahan dirinya. Melakukan apa sahaja untuk mengelakkan diri dari melakukan kesilapan dan ada kalanya memaksa diri sendiri untuk melakukan pendustaan agar tidak dianggap oleh orang lain dia telah melakukan kesilapan.

3) Merasa sempit dada bila dikritik dan dinasihati.

Merasakan kepahitan dan kesakitan yang teramat sangat apabila dikritik dan diberi nasihat. Adakalanya jika dibelenggu oleh perasaan yang terlalu menghimpit dia akan merasakan seolah-olah dunia ini miliknya. Lebih-lebih lagi jika orang yang memberi nasihat tersebut lebih muda daripadanya. Keadaan ini berlaku lantaran diheret oleh runtunan perasaan yang menyebabkan api kemarahannya memarak.

4) Bahagia dan seronok dengan pujian

Pengidap penyakit ini terlalu ramai, mereka merasa terlalu sukacita dan seronok bila mendapat pujian khususnya jika orang yang memuji itu memiliki kedudukan dan pangkat. Dia akan sentiasa mengulangi pujian tersebut dan membuat sesuatu agar manusia sentiasa menyebut-nyebut tentang kebaikan dan kejayaannya

5) Gembira dan seronok apabila mendapat perhatian.

Contohnya, ketika memberi pertolongan kepada golongan miskin dan mereka yang berada di dalam kesusahan atau ketika menjawab soalan. dan juga ketika melakukan ketaatan kepada Allah dan lain lain lagi. Sebaliknya kita dapati dia akan bermasam muka ketika manusia lain memandang rendah pada ketika dia memang selayaknya mendapat kejian. Keadaan ini boleh berlaku ketika ia melakukan maksiat atau perkara syubhah dan melakukan kesilapan dalam pekerjaannya atau tidak mampu menjawab pertanyaan orang.

6) Gila kuasa, ghairah untuk menonjolkan diri dan mahu sentiasa dipilih.

Golongan ini biasanya berasa gah dengan tanggung jawab dan sentiasa bergelut untuk merebut suatu jawatan dengan apa cara sekali pun. Masakan tidak? Ini semua adalah jalan untuk kemegahan dan meraih pangkat serta memikat hati manusia agar mereka sentiasa mengagungkannya dan mengikut pandangannya.

8) Tidak mengakui kesilapan dan kekurangan diri.

Orang yang berkenaan sentiasa ingin lari daripada mengingati kepincangan diri dan cuba menyembunyikannya, agar orang lain akan menganggap bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang kesilapan atau meskipun ada tetapi terlalu sedikit. Untuk itu, ia sentiasa berusaha agar apa sahaja yang berlaku di masa lalu tidak lagi diingati, sekalipun ianya memang benar kesilapannya.

9) Tidak menunaikan hak orang lain.

Sentiasa merasa berat ketika melaksanakan hak orang lain seperti menziarahi orang sakit, melepaskan kesusahan orang lain, menolong orang dizalimi, menghulur bantuan kepada yang memerlukan dan sebagainya. Sebaliknya jika ia ditimpa sakit- contohnya- maka dia mestilah diziarahi, sekiranya orang lain tidak terdaya melaksanakan hak ziarah tersebut kerana urusan tertentu sudah pasti ia akan mengambil kira dan mencelanya.

10) Mengungkit-ungkit segala khidmat bakti dan amal kebaikkan.

Orang sebegini tidak jemu-jemu menyebut segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dihulurkan dan sentiasa mengharapkan ucapan terima kasih dan penghargaan dari sesiapa yang telah mendapat khidmatnya. Bahkan menghendaki orang lain segera menunaikan hajatnya, memulakan salam, berhenti ketika terserempak dengannya, berdiri tegap menghormatinya dan lain-lain perilaku yang melambangkan tanda hormat. Jika orang lain tidak melakukan itu semua nescaya cemuhan, celaan dan penghinaan merupakan balasan yang dinantikan.

11) Terpedaya dengan kebolehan dan kelebihan sendiri.

Mereka ini tidak menyandarkan segala kelebihan dan kenikmatan yang dikecapi kepada Allah. Sebaliknya menyandarkannya ke atas diri sendiri semata-mata. Tanpa kebolehan dan bakat yang dianugerahkan oleh Allah tersebut nescaya dia tidak akan memperolehi pelbagai nikmat yang lain. Sebagaimana yang berlaku kepada Qorun dengan segala kekayaannya yang berpunca daripada sikap dan kata-kata yang angkuh. Firman Allah:

قال إنما أوتيته على علم عندي

Maksudnya: Qorun berkata: “Aku memperoleh harta benda adalah dengan ilmu pengetahuan aku sendiri”.

(Al Qasas: 78)

12) Tidak suka orang lain memperolehi kebaikan.

Berasa sedih dan sempit dada apabila sahabatnya mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat tersebut tidak kekal. Sebaliknya seronok dan gembira apabila sahabatnya ditimpa musibah.

13) Merasakan dirinya sahaja yang berhak untuk bercakap di dalam mana-mana majlis yang dihadiri.

Anda melihat mereka yang terdiri dari golongan ini sering memintas percakapan orang lain, menjawab apa sahaja yang diperkatakan, suka memperkatakan tentang perihal diri sendiri, kisah hidupnya, meninggi diri dengan tujuan untuk berbangga dengan pencapaian sendiri dan kehandalannya.

14) Menghebahkan amal kebajikan sendiri.

Apabila mendapat taufik daripada Allah untuk melakukan amal kebajikan atau amalan yang menghampirkan diri kepada Allah(taqarrub) dan meninggalkan perkara mungkar, dia akan menghebahkan segala amalan yang telah dilakukan samada secara sinis ataupun terus terang. Berusaha untuk menyandarkan segala yang telah dilakukan adalah hasil daripada usahanya sendiri, bukan hasil usaha orang lain. Golongan ini amat marah apabila hasil kerja dan kebajikannya disandarkan kepada orang lain dan jiwanya menjadi tidak tenteram. Sebaliknya jika disandarkan amalan orang lain kepadanya maka dia tidak akan melakukan sesuatu untuk menyatakan hakikat yang sebenarnya.

15) Sentiasa takutkan kemiskinan.

Ini juga merupakan salah satu daripada contoh kelemahan jiwa yang terdapat pada sesetengah orang. Terlalu bakhil, takut ditimpa kemiskinan dan kesempitan hidup adalah antara identiti mereka. Jiwanya sentiasa diburu ketakutan untuk menghadapi hari-hari mendatang yang belum pasti. Ini semua menjadikannya tidak mahu menyumbang khidmat bakti di jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

16) Tidak mampu untuk berhadapan dengan orang lain kerana merasa lemah diri.

Tidak terdaya menerima hakikat kesalahan diri sendiri dan cuba lari daripadanya. Jika orang lain menjelaskan kesalahannya dia sanggup berdusta untuk membebaskan diri dari dakwaan yang diajukan kepadanya.

17) Mudah berubah pendapat dan goyah pendirian.

Apa yang menyedihkan ialah dia telah telah tewas di hadapan orang lain dan diri sendiri tanpa disedari. Dia seringkali mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tetapi tidak berani untuk menyatakannya kerana takut celaan, dipersendakan dan seterusnya tewas di hadapan mereka.

Renungkanlah..antara 17 sebab di atas, berapa dapat kita lepasi dengan baik atau adakah kesemua sebab/faktor tersebut memang ada dalam diri kita. So, nilai la sendiri..sejauh mana ketenangan jiwa itu milik kita..

Thursday, June 17, 2010

Baiki peti + sgt berbaloi2

Alhamdulillah..arini setel hal peti ais seronot sangat hati ini.:D

Ermm syukur la tidak antar ke kedai. Kalau x mau nyer beratus juga habis. Tambang utk g balik peti pun mungkin udah mau RM40++ gitu.. Harga utk peti ais dibaiki arini ialah RM10:D Best kan, murah sajork. Papa mintak tolong kwn dia dtg tolong ngk2 dulu sebab peti tue sekali sejuk pastu x sejuk. Kang bila dh kemas2 lap2 nk ngantor pasang balik sejuk plak. Tue yg selalu bertangguh papa mau antar pigi kedai.

Arini papa dh bukak semua yg belakang tue, penuh semut papa buangkan. ermm lampu pun x menyala, papa buka, x plak mentol tue terbakar. Adoiila..Memang ingt peti dh rosak dek semut2 mkan wayar la. Tapi kang dia elok plak. huhuhu..
Arini kwn papa dtg xsampai 15minit pun siap semua. Terkejut ibu huhu..N paling best lampu pun dh nyala kuakakakaka..ermm ropenyer encik cik semut penuh dalam benda yg kwn papa buka tue. Pastu semua dh ok peti dah sejuk. Yahoooooooo..Selamat duit, peti dh ok..Boleh la beli eskrim yer ammar:D

Wednesday, June 16, 2010

entry yahuuuuu

Bangun2 pagi tapi x kejutkan anak2 sbab kesian jer ngk cm letih tido pun lena sangat:) Kemas2 sikit pastu baru la papa g beli sarapan. xleh nk masak brg tarak..sbb peti nk kena hempuk..huhu

Siap2 mandi semua mkn2..dah kul 9 lebih..rasa cam malas dh nk g kelas sbb kepala pun dh pening. Ermm g jerla minggu lepas dh xpegi. Sampai simpang nk ke kelas, nmpk kwn2 seangkatan udah mau pulang..uishhhhh..tanye2 ropenyer cikgu tarak.yahuuuuuuuuu..tapi ade cikgu ganti so g la jugak kejap. Ngk2 cikgu dok ngaja org yg baru masuk siap tolong lukiskan..ermm kompem la nant ibu xde ape nk buat. Sekali ibu ngk ramai kakak2 dok usung buku dr satu bilik. Intai2 wah...pusat sumber rupenyer:) Boleh pinjam buku gitu yahuuuuuuuu sekali lagi. So lepak la plak ibu, papa, ammar n bb nuha d pusat sumber. Pinjam 2 buku utk seminggu:D

Pastu pulang ke rumah ngn jayanya untuk masak2. ermmm mulut ni cam terasa nk mkn ikan basung masak sambal plak..yum yum..N ada kwn papa dok ngk peti. Banyak semut dlm peti tue kat wayar2 huhuhu..mintak2la ok dah nanti. Payah jugak xder encik peti nie. Nk beli eskrim pun xleh hikhik

Monday, June 14, 2010

"JANGAN MENANGIS LAGI...."

Ibu copy dr FB

Artikel yang ingin dikongsi pada hari Jumaat ni..buat kawan2 yang disayangi....dari FB LA TAHZAN...Kepada sesiapa yang sedang bersedih..sedang kecewa..sedang terduga...sedang berputus asa..bacalah..Moga mendapat manfaat ..Moga segala perasan tu di hilangkan oleh ALLAH dan digantikan dengan yang lebih baik ..Amin

"Jangan menangis lagi... "
Saat hati benar-benar di landa gelisah... gundah.. ada sesuatu yang mengganggu fikiran... atau sakitkah hatimu..?? atau peritkah hatimu..?? atau mungkin hatimu derita di kala ini... kenapa aduhai hati..?? apakah yang menyebabkan sakit hatimu..? atau derita hatimu..? ataupun fikiran keliru.. wahai hati.. bila engkau memandang segalanya dari Allah.. yang mempercepatkan segalanya.. yang menimpakan ujian.. yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang.. pastinya damailah hatimu jika engkau mengetahui.. kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala2nya dengan sia-sia...bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. pecahnya hatimu..mungkin itulah yang Dia mahukan..Kerana Dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya.. wahai hati..berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata..walaupun hidup ini tak selalu bahagia..sedekahkanlah satu senyuman walau d hatimu tak mampu lagi bertahan..belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..hiduplah dalam iman walau hidup d penuhi godaan..dan berpeganglah kepada Allah walau dia tidak kelihatan..Bukti kasihNya, kita wujud d dunia pinjaman.. wahai hati..ingatlah..bahawa orang yang soleh tidak gembira apabila mendapat sesuatu kesenangan..Juga hatinya tidak berduka andai tidak mendapat apa yang di impikan..Kerana dunia tiada di hatinya..Yang ada hanyalah pengharapan kepada Allah semata-mata.. syukran kepada salah seorang ustazah saya.. yang mengingatkan saya.."Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia.. Mengaharaplah kepada Allah semata-mata.." aduhai hati..contohilah para sahabat Nabi saw..Apabila di beri kesenangan, ahati pasti gelisah..Di pohon kepada Allah agar mendatangkan kesempitan..kerana hati mereka bimbang andai terleka dengan kesenangan.. Bertahun-tahun cuba ku pujuk hati sendiri..aduhai hati..ketahuilah bahawa hidup bukan hanya di sini..Di sana kekal abadi..Aduhai hati..yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNya..Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?Bukankah kesempitan otu juga dari Allah..?Aduhai hati..yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..Aduhai hati..ingatlah, janji Allah janji yang pasti.. Wahai hati..manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..Pasti kan kau temui jalannya nanti..Wahai hati..usahlah bersedih lagi..carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..Moga kasihNya, menyinari hari-hari y menanti.

operasi selepas sembuh

Setelah diserang demam n bertingkah pulak ngn sakit kepala, semua cam x terurus. Ngn kenduri lagi sini sana, kain baju lagi xkering sebab petang2 hujan. Ngn dapur lagi cam ntahape2. semua x dilap adoiiyaaaa...Beranda umah jadi tempat ayam2 membuang. sakittttt mata n hati nengoknya, rasa nk sembelih sekor2 ayam tue. Sabar sabar.

Tapi Alhamdulillah harini dah sihat sikit. Kain2 pun dh selesai semua, cuma ada lam mesin jer lagi nk tunggu turn utk berada di jemuran:)..Umah setel dh kemas, dapur udah licin:D..suker suker!Mestila ngn pertolongan suami tersayang..tenkiu sayang:) Tapi peti ais masih ngn problem nya yg tersendirik huhu..tukang baiki pun janji nk dtg tapi x menjelma pun huhu

Ammar pun dh baikdr demam sikit. Bb nuha lagi la..makin menjadi2 gumukssnya hahahahha..tiap2 hari memg kena penyet jer ngn ibu. Pas kena penyet kena penyet lagi dan lagi, sbb geram sgt lepas kena penyet dia gelak2 plak kahkahkah. Ammar pun geram jer ngk, tiap masa ngn adik g picit tangan GEram sgt lagaknya ngn kechomeelan tangan adik hikhik. Dok ngn papa xnak nk rengek2 jer, ngn org lain xper plak ishhh la adik nie.

Masa Maghrib tadi, berjemaah la kami. Ammar sekrg dia kalu dgr papa baca al-Fatihah dia ikutla hujung2 baru dgr elok. Dah sudah tue papa terbatuk2, sekali dia pun ikut terbatuk2 jugak hahhahahha..kononla tue. Pas batuk2 jer terus meniarap(sujud) huhu pastu bgn balik dgr papa baca surah, x lama terus g kacau adik dalm rocker.
Sihat jer terus mlm nie tido lambat, adakah esok akan ok atau tidak. Harap2 ok la kan. Byk keje lagi xsiap. Byk rancangan mau dipikirkan dan di atur:D

Sekian, salam world cup dr ibu kuikui

Sunday, June 13, 2010

renungan bersama

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata.
Lalu menjawab:
"Wahai
Muaz,engkau
telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,
bahawa umatku
akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12
barisan,
masing-masing dengan embawaan mereka sendiri...."
Maka
dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-
Barisan Pertama
Di iring dari
kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini
dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati
jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka
adalah neraka..."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk
babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan
Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuhdengan
ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar
zakat, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan
keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di
dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah
neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk
daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk
itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah
orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia
tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah
balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan
Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari
badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah
balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan
Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi darimulut
mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Merekaitu adalah orang yang
enggan memberi kesaksian di ataskebenaran, maka inilah balasannya dan
tempat kembalimereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring
dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke
atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan
tempat
kembali mereka adalah neraka..."


Barisan
Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap danbermata
biru sementara dalam diri mereka penuh denganapi gemuruh. "Mereka itu
adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sebenarnya, makainilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalahneraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka
dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan
Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduklembu jantan, bibir
mereka melebar sampai ke dada danlidah mereka terjulur memanjang sampai
ke perut merekadan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah
neraka..."

INI BARISAN YANG KITA HARUS MILIKI!:
Barisan Kedua
Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar
laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka
adalah
orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka
menjauhi
perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika
meninggal
dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah
balasannya dan
tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
kasih sayang
dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Thursday, June 10, 2010

Tudung plain cantik:)


Tudung plain!Tudung plain!Panas!panas!

OOppsssss..panas tue sebab banyak permintaan tau bukannya pakai tudung nie jadi panas hikhik

Baru sempat ibu nk letak kat blog sebelum nie xsempat sbb jiran, sedara mara dah ambik dulu hikhik Ni adalah kali ke4 ibu ambil tudung nie. Alhamdulillah berjalan lancar:D suker suker...

Ciri2 tudung :
1. Sgt2 Selesa
2. Sejuk
3. Kain Macam mahal;p
4. Pakai memg kompem sgt chantek sebab
sarung jer terus cam terletak ngn elok di wajah:D

sape yg berminat nk ngk yg lain sila la ke http://ibushoppe.blogspot.com/
Tapi blog jualan ibu tue baru jer..xcantik lagi..tapi bolehla singgah2 n order tudung yer:)
silalah ke sana sana sana..

Sape2 yang berminat nk biz tudung nie..bolehla call ibu kita kasi murah2 utk belian sekodi/lebih:) sekodi=20 helai.

Yg area kota belud, kk tuaran or mane2 yg berdekatan bolehlah terjah ke umah ibu yer:) Yg jauh xleh terjah umah ibu tue, terjah blog jer la nampaknya yer;p

Wednesday, June 9, 2010

berjangkit oh berjangkit

Semlm bb nuha cam panas badan, pastu ok dah. tup tup pagi tadi kul 4 pagi ammar bgn mtk nk air..ibu pegang kepala ammar..Ya Allah, panasnya tapi ammar am cool jer.Pastu dia minum air, cam sgt2 dahaga. xpenah2 ammar bgn mintak air, panas barangkali. Dok layan ammar sekali bb nuha bgn gak..tup tup dh azam subuh. Nasibla lepas solat semua, kembali tidur dua2. Ibu jemur kain n sleep jugak sbb dh pening lagi.

Bangun jer, siap2 g klinik. Tapi budak ammar ni plak kepala n badan bukan main panas lagi, boleh bangun2 tido jer terus jadi 'Attomen Cosmos" huhu tapi bila dh sampai klinik mata mula agak layu n dok cakap "kakit kakit"..sambil pejam2 mata. Ibu syak mata ammar rasa panas la tue kot.

Minggu ni sajork udah 3 kali g klinik kuikui..sekali terus cek bb nuha. Doc cakap xpanas sgt cuma dlm agak la sikit. ada la ubat utk bb nuha gak:( Alhamdulillah ibu dh ok sikit baru ammar demam kalu semlm xtaula, ngn ibu terlentok xbgn2. dok gilir tido ngn papa huhu.

Terima kasih kwn2 yg bertanya khabar.mummyar, niza, kakct....:)
Jadi sesape yg xkena demam lagi tue, jaga diri yer, Jgn demam2, berat kepala la hukhuk

Sunday, June 6, 2010

D.e.m.a.m

Selamat pagi semua. Dok siap2 nk g keje ke tue??hikhik keje leklok:) Ibu nie hepi sebab papa x keje, cuti sekolah katakan. Tapi pagi2 hari lagi papa xder huhu..ala. papa g beli roti canai jer sebenarnya saja ibu nk feeling2 lebih.

Ibu ni demam, selsema, batuk uhukuhuk..mula2nya papa la demam. Teruk gak papa demam. Memang sekali setahun akan papa demam gitu. Papa memg sgt jarang2 sakit, tapi kalu dh sakit terjelepuk jer la. Alhamdulillah dh ok sikit tue, batuk2 jer. Nie ibu plak yg kena. Semoga ammar n bb nuha xkena la kan. Sian plak kalu dua2 demam:(

Semlm lepas g urut2, balik terus rebah demam..langsung xder tanda2..tido la sampai ke petang bersama2 papa, ammar n bb nuha. Petang bangun gagah kan diri sapu rumah mop umah cuci tahi ayam di beranda:( sekali peluh membuak2 kuar, YES!!ingt dah ok sekali pagi nie bangun, kepala pening sgt, badan panas n hingus pun dh kuar darah . ermm ingt malas g klinik tapi ngk la karang,kena g kot sbb papa pagi2 dh bising soh g klinik.

Ok semuaa..jaga diri ok, Jangan main hujan..nanti demam(ikut dialog pendekar bujang lapok)

Thursday, June 3, 2010

motivasi utk surirumah

Dulu kan bila ibu mula2 kahwin n terpaksa rejek KPLI(pregnant), hati sgt sedih n tertekan. Kwn2 plak semua dh keje huhu..pastu tiap2 ari dok ngadap komputer dok ngk org tue soping org ni moping(walaupun ibu xder la minat sgt soping moping nie;p)..cam tersaiko la kejap kan kihkih..ngk semua org lawa2:D Ibu pujuk diri sendiri ngn baca blog2 n ibu terjumpa blog ini..ummikusayang. Ibu dok cari motivasi tuk jadi s/rumah tangga ngn redha hati. terkejut umi apabila mardziah@ummu ibtisam siap ada master lagi tapi ok ok jer jadik s/rumah. Nikan plak umi yg pointer cukup2 mkn hahahhaha.

Sampai sekarg ibu baca lagi blog mard nie..sape2 nk susukan ank sepenuhnya boleh la bc blog nie..info sgt menarik n byk info. samapi mard ni ada blog lagi sal penyusuan duniasusuibu. Baguskan!!:D Nie ibu ambik dr blog ummiku sayang..utk diri ibu n kwn2 surirumah:D

Ingin menjadi surirumah?

Pesanan dari Ummu Solihin untuk Ummi bertarikh 13/7/2008 (sms ini masih disimpan dalam hp Ummi, seminggu sebelum melahirkan Ibtisam):
  1. Tahu matlamat kenapa kita jadi surirumah. Kita akan jadi semakin tegar mendengar cakap-cakap orang. JANGAN dengar cakap orang lain. Ini HIDUP KITA, kitalah yang berhak mengaturnya
  2. Kejayaan manusia tidak boleh diukur dari segi banyak mana wang yang dia ada. Ini semua kejayaan palsu. Allah tak pandang semua tu.
  3. Kejayaan sebenar ialah apabila kita taat perintah Allah dan amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.
  4. Jika manusia pandang hina pada kita kerana kita tidak ada sumber pendapatan, tak mengapa. Itu PANDANGAN MANUSIA sahaja. Apa yang lebih penting ialah PANDANGAN ALLAH.
  5. Sebagai surirumah, kita ada banyak masa untuk memperbanyakkan usaha memperbaharui iman.
  6. Apabila kita buat sesuatu dengan niat akhirat, Allah akan bantu kita dan dunia akan datang pada kita dalam keadaan HINA (hadis).
  7. Di dunia mungkin tak nampak hasilnya, tapi di akhirat nanti Allah dah siapkan SYURGA yang luasnya 10 kali lebih besar dari dunia.
  8. JANGAN sesekali cuba terangkan pada orang matlamat kita. Orang tak akan faham. Apa yang kita boleh buat, cuma DIAM, SENYUM, TAK CAKAP LEBIH-LEBIH.
  9. Kita hanya tunjukkan hasil (anak yang soleh, hafiz quran, bijak dll), tak perlu cakap apa-apa.

Terima kasih kepada Ummu Solihin kerana sms ini sentiasa mengingatkan Ummi MENGAPA UMMI MENJADI SURIRUMAH.