Saturday, July 31, 2010

baju raya

hai semua buat pe tue?? Dok rehat ke dok jalan2?

Arini ibu n anak2 kat umah sajork. Ada jemputan kenduri tapi papa saje pegi sebb ibu sakit kepala tadi. du no why!huhu Semlm kan ibu g kk, x semena2 la plak si budak papa;p nie ajak g kk cari baju raya kahkah. Yang best nyer beria2 nk cari kain nk buat baju, tukang jahit nk terima lagi ke kak oiiiiiiii???huhu Ntahla, tawakal saja la. Yang best lagi papa la, tibe2 saje ukang jahit baju papa tue pindah hahahha..haa..meroyan la nk mencari plak tue.

Mula2 cam malas dh nk pk2 baju raye nie. Pakaila mane ada kan, tapi papa cakap kesian la plak kat adik tue xder baju kurung. N mestila adik kena sama baju ngn ibu kan adik kan:).
Pilihan warna tahun nie sama ada putih atau hijau. Ibu cop awal2 dah hijau sekali papa nk putih. Eiii tetiba takut..nape??xder apa la. Ibu biasala memg tidak pandai nk cari kain buat baju. Selama ini, x umi abah ibu, maksedara tukang beli kahkah. Tapi dalam kepala tue dh ada la nk buat cengmana baju tue, tapi tuela ade ke yg nk jahit lagi kahkahkah..harap2 ada la kan..fuhhhh.
Pilih2 punyer pilih...adala kain itu..hahahahha..nanti kalu ada org nk jahit n baju tue siap bolehla tayang kat sini yer. Kalu xder tue..ermm hentam saja la labu.......

Semoga hepi2 bersama family tercinta semuaaaaaa:D

Thursday, July 29, 2010

Kamus bahasa

Semalam ibu chat2 ngn pak sedara ibu. Pak sedara ibu nie muda dr ibu, yg paling bongsu. Umur dia 25 tahun. Keje kat KL..eh, napela plak citer sal bapak sedara nie huhu..adakah tiada idea??adakah mau promote bapak sedara sendiri??..ermm..boleh la dua-dua pun kihkih

Saja la nk citerkan masa ibu chat tue ibu bagila latihan bahasa sikit. Jadi ibu pun cakapla,

"Ki, teko kiki mos tu gapo"

Nk tau apa jawab ki nie..

"Sin chan"

alangkah jauhnyer itu wahai tok suki huhu..

Ada ke sapa2 tau kiki mos tue ape???SELamat mencuba kalu sudi:p

Tuesday, July 27, 2010

suci hati

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhib...ah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.

Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….

bertaffakurlah….

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

sumber:facebook dr Fuad latip

kerja kosong


sayang2 ibu:)

Waktu ibu kat kelas awal2 dulu, cikgu ada la tanya sedikit sebnyk latar belakang ibu nie. Pastu ckpla ibu ni kat u ambik it. Cikgu pun cakap ade keje kosong kt situ ngaja komputer kat budak2. ermmm....

Mula2 cam nak jugak tapi pk2 balik byk jugak yg xbest, pengangkutan, anak2 lagi.
Setakat ni mayb xkeje lagi kot, ke sampai biler pun:) Yer sememangnya ibu lebih suka dok ngn anak2 kat umah. PENAT???BOSAN?? Yer x dinafikan memang penat, bosan ada jugak sbb non ado kwn2:(. Tapi xper suami n anak2 ada kan:)

Ibu dok pk2 la kan, ngn gaji byk tue, lebih kurang elaun papa kasi ibu jer, tambah tolak mayb sama jer. Jadi baik ibu dok umah. Nak bayar org jaga anak2, duit minyak semua2..ermmm baik dok umah hihi. Tapi itu pun xder pe sgt yg paling ibu takut mau tinggalkan anak2.

Takut nape??Erm, ibu ada jugak rancang2 ngn papa kalu ibu keje mcmne kan. Kami adala plan A, plan B. Tapi ibu cam xpuas hati nk tinggal kan anak2 ngn org lain:( Cam masa ibu pantang tue kan, ada makck dtg jaga. Yang buat ibu panas hati, langsung cakap tak berlapik, geram jadik. Ada tue ammar ngk kartun ada la keluar sorang nie, badan besar la. Makcik tue pulak bising2..

"Tue tue tengok, gemuk betul org tue. Tgk org gemuk tue."Cam nada hina pun ada.huhu

Ya Allah ibu sabar jerla, nk ngs pun ada. Cam xbaik la nk ckp gitu, seolah2 nk soh budak2 xsuka n ejek2 org gemuk. Udahla ibu n papa nyer besar huhu
Ada plak makcik sorg lagi, takutkan ammar, "tue ngk tue org gila eii takut org giler."
Ntahla tapi ibu jadi sgt geram. Ibu xpenah ajar ammar gitu. Ada pun kalu ammar nakal sgt, ibu cakap dok diam2 nanti acik tue marah. Ntahla ibu sedihla, kecik2 dah ajar jadi kurang ajar:( Ibu xsuka.
Sepatutnya dh org tua jaga la adab depan cucu, percakapan semua ni tidak. Ntahla, bagi ibu kalu jaga anak2 sendiri ok jugak. Kalu anak2 ada perangai xberapa elok, boleh la kita kaji dari mana die ngk perangai gitu, dr tv ke dr kita. Jika dr ibu papa bolehla sedikit sebanyak try buat perubahan:)

p/s: Mlm nie tido lambat sbb dok tunggu doh donut naik. Hihihi Alhamdulillah naik jugak doh tue, setelah bbrapa kali buat kali nie, akhirnyaaaaaaa.menjadik:D



Monday, July 26, 2010

lagak ke apa?

Sebenarnya byk dh jumpa org2 berlagak nie. Kdg2 geram, kdg2 sedih, kdg2 jadi kelakar pun ada.
Mcm aritu kt bank ibu teman papa bayr2 semua, jadi ibu, ammar n bb nuha duduk jerla kat kerusi. Sekali dtgla makcik nie(oopppsss, dtgla puan ke datin) Dok berlegar2 pastu duduk. Sekali dgr dia telefon, " Hello, sapa nk layan i nie. I dah kat bank dh nie." Amboi2...soalan sapa nk layan dia konon, yg ko x reti nk bertanya tue nape. Dah la cam satu bank dgr dia ckp tue. Pastu siap cam perintah la kat mamat sorg nie," Mana ####, bla bla.." Mamat tue pun senyum2 ayu, padahal papa cakap masa kat kaunter mamat tue buat2 muka hihihi.

Ada plak tue, ibu dok pilih baju tido ammar kat GIAnt. Sekali lalu la satu family.Bini dia pun tanya baju tue ok ker?Jwapan si suami. "xserap peluh baju tue".huh memgla tue pendapat die, tapi ngn cara angkuh pulak ckp. Kami dok tercegat kat situ cam halimunan. Kot yer pun kan. Ckpla leklok, xyah la cam berlagak.huhu Mcm tue la juak masa ibu beli carrier bb nuha. Ibu lupa nk buang tag GIANT, ibu bwkla g kenduri. Biasala org2 kat sini mana biasa benda2 gitu lagi, lebih2 lagi org2 tua. Adala org ckp bagus jugak senang sikit bawak anak. Dah sorg nie plak, "beli kat GIANT???" ngn muka cam ntahla..Salah ker saya beli brg GIANT..dh situ murah. xsampai seratus pun. Yg lain mau RM2++..Biarla kami memg korga GIANT.

Tuela kdg2 ibu cakap ngn papa. malas nk beli brg2 mahal ke ape ke jika ade duit lebih. Sebb ibu takut timbul riak n ibu jadi cam mereka2 ini..Ya Allah, Aku mohon dijauhkan sifat riak dan tamak dlm diriku Ya Allah.Amin

Nisfu Syaaban

Soal:
Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban. Adakah ada dalil yang jelas mengenai perkara ini. Tolong berikan penjelasan.
-------------------------------------------------------
Jawab:
Oleh: TuanHassan Tn-Lah <>

Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yang direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud (tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari ini antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi (anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal) dan Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan
membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya. Maka sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan
agama, maka adalah tertolak. Hak mensyari'atkan hari-hari tertentu dan upacara tertentu hanyalah pada Allah dan Rasul-Nya (lihat alQur'an, surah alSyuura: 21). Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.

Soalan :
Adakah keistimewaan atau kelebihan hari atau malam nisfu syaban ?
--------
Jawab:
Para pengkaji Sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu sya'ban ni tiada dasar dalam Islam. Malam yg diagung2kan itu sebenarnya malam lailatul Qadr sahaja. (lihat Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat).
th

Soalan :
ADAKAH BERDOSA jika kita membaca yaasin 3 kali secara beramai-ramai di masjid pada malam nisfu syaban?
Jawab:
Sudah tentu jika anda mengetahui ia adalah bid'ah.
th


Soalan :
Tak kan lah dengan membaca yasin boleh mendatangkan bidaah, kan kita digalakkan untuk banyak membaca alquran, saya menjadi confuse dengan apa yg diceritakan thtl.

Jawab:
Kita sudah mengkaji dalam semua kitab2 fatwa dan laman web antaranya: islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah Daimah Arab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Ustaz Basri Ibrahim, Kusza...
Penjelasan:
Baca yaasin tidak bid'ah.
Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw.
Th

--------
Soalan :
Adakah terdapat nas sahih yang mengatakan pada malam nisfu syaban, catitan amalan untuk tahun lalu akan di bawa ke langit dan buku yang baru akan dibuka untuk amalan yang datang ?

Jawab:
Dha'if belaka.
Tiada siapa yg tahu sistem accounting Allah swt?
Kalau sistem accounting korporat selalunya berakhir 31 Desember.
Yang sahih ialah kehebatan malam lailatul Qadr, jika mendapatinya lebih baik dari 1000 bulan!
Begitu juga siapa yg berpuasa ramadhan dgn iman dan mengharap ridha Allah, diampun dosa2 yg terdahulu (Muslim)
Barangsiapa yg berpuasa Ramadhan dan menjaga batas2nya dihapuskan dosa2 sebelumnya. (Ahmad dan Baihaqi)
Ramadhan ini jika dilakukan dengan berjaya, maka rekod amalan si fulan Itu akan dibersihkan dan boleh start dgn buku baru dan ada bonus: jika dapat malam Qadr, dapat bonus 1000 bulan punya pahala. Kenapa orang berebut2 mencari Nisfu sya'ban yg dha'ef tapi lupakan Ramadhan? Lailatul Qadr? Anih sungguh

Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Sunday, July 25, 2010

abby abadi

Meh kita bergosip meh..hikhik..ala sesajer jer ptg2 gini rehat2. Tadi ingt nak sapu2 belakang, dedaun dah byk luruh tapi papa plak nk basuh kete. Bb nuha tido so ibu kira xjadila nk sapu2:(

Xder gosip apepun sbnrnya, cuma tadi ibu ngk melodi nmpakla ada norman hakim. Sebelum itu ibu ada baca blog abby abadi. Korang2 tau ke blog abby abadi, tau xperla kalu xtau meh ibu kasi meh sini dekat2... http://absolutelyabbyabadi.blogspot.com/

tuela jer sebenarnya..kihkih..gosip2 di waktu ptg. Comell jer anak2 abby..yg pompuan cute2 jer, suker ngk:) Biarla apepun, sesapepun yg benar dan betul..InsyaAllah suatu hari akan terbongkar jua. Sian jugakla kat abby tue ngn anak2 lagi 3 org. huhuhu

tamat gosip ptg ahad bye

Wednesday, July 21, 2010

pilihan terbaik

Keputusan harus dibuat
utk kebaikan bersama
utk anak2
utk papa
utk ibu...

Tapi cam serba salah
xtau pilihan yg mana
tidak mahu rugi
juga tidak mahu menyusahkan
xpela nanti kita bincang2 balik
perut sudah lapar
huhuhu...

Tension mensen

Ermm ntah nape lah internet nie, time kita sihat sejahtera di siang hari line kejap2 elok,kejap2 putus. Ilang mood nk update n carik2 ilmu sikit. Pagi ini, kerana tidak dapat tido, on lapnon..eh, ade plak line. ok pulak tue. Jadinyer status kenapa line buat hal masih dlm siasatan huhuhu..ibu siasat>>xder maknanya hihi ibu hanya pengkomen, penyiasat adalah detektif en. papa.

Dlm kepala asyik dok pk nk jahit sesuatu utk anak2 n papa. Ermm sudah jahit satu seluar tapi getah plak x jadi2 lagi nk masukkan huhu. Mlm tadi try wat baju bb nuha ermmm buat badan saje dh tensen, jahit x sama la ,kelim larik2 la.huhu.ibu sbnrnya cam ingt2 lupa mana satu fungsi utk kelim kat Si Melah nie. ada sape2 guna mesin Blondal x??? Jadi baju itu sgt la tidak jadi n tiba2 sentap huhu ntahla mayb memg mood xberapa nk baik kot arini tue cepat sentap. hihi

huhu tgh2 taip tiba2 line ilang, adakah????????arghhhhhhhhhhhh tensen la line nie, dr tadi ok jer, tup2 nk update terus xder. huhu x aci la gini huaaaaaaaaaaa.terus tarak mood update. Nk titon ..nite2:(

Keluar angin melalui faraj (kentut vagina)

Penulis: Dr Rosediani Muhammad.

(Pakar Perubatan Keluarga, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan)

Keluar angin melalui faraj (kentut vagina)

Pengenalan

Perbahasan mengenai keluarnya angin melalui faraj atau vagina atau qubul ada disentuh oleh ulama. Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Keadaan ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada usus besar yang mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas mengeluarkan gas yang dikenali sebagai kentut. Maka dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.

Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj. Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj. Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka. Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut. Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas) Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.

Hukum dan implikasinya

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.

Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.

Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;

1. Berdehem selepas membuang air kecil.

2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.

4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Sikap berhati-hati dalam menunaikan ibadah solat amat penting agar solat sah dan diterima Allah. – Editor.

sunber :

http://keranacinta.wordpress.com/2010/01/27/keluar-angin-melalui-faraj-kentut-vagina/

Monday, July 19, 2010

Pagi ini

Wah pagi yg ceria ini internet adalah sgt ok:) Tapi dh kalu pagi sgt cenggini nk hapdet panjang2 pun idok sempat la lagi. Mo kejar basuh pinggan, basuh kain, sapu2..ermmm..tapi kan air tue slow sajo dr semlm..huhu menghilangkan mood utk membuat segala kerja..Jadi rase2 hati, utk dtgkan mood kembali sambil2 nunggu air kembali lancar seperti biasa, apa kata kita tumpang anak2 baring2 kejap.

Baring2, golek2, tarik nafas.....................lelapkan mata barang seminit dua;p

Ibu ni kalu xder air, jadi serba xkena nk buat. Rasa cam rimas jer.hihi..nk sapu rumah rimas, nk mkn rimas...padahal sapu bukan guna air pun kan. hahahh saje nk ngelat xnak sapu rumah pagi2. Tunggu sapu karang2 sikit, sambil berperang ngn ammar.:D

sarapan>> mihun goreng pedas:) xtau nape jadi pedas sgt hikhik

Friday, July 16, 2010

Line tidak OK:(

Adalah sgt menyedihkan hati ibu ini kerana line internet sgt2la terukkkkk! Sekejap ada sekejap tarak..n kdg2 tarak langsung. Rindu hati ibu ni ha nk jenguk blog kwn2:( Tapi apakan daya blog sendiri pun belum tentu dapat disinggah huhuhu

Malam nie line ok lama sikit tapi dh nk dekat kul 2 am, mata sudah mau terkatup. Tadi rasa segar sikit sbb baru sudah bersihkan diri setelah berhempas pulas bersihkan dapur. Kemas2kan apa yang patut. Eh cop, kenapa rase cam terformal sikit kata2 ibu ini hahahhahahah..itulah dia kalu otak dh jam!

Perut pun mulalah buat hal ni ha..mintak untuk diisi. huhu sudahlah wahai perut, ibu dh nk tido esok baru ibu isi.

Arrghhhhh.....

Tetiba terasa entry cam ape2 ntah. Ayat menjadi seakan2 karangan ketika darjah 6 Biru dulu:) Sebab nk kejar masa kot2 line putus balik n cam byk benda x masukkan kat sini lagi. huhu

dan sekian sahaja buat kali ini. Harap2 esok line ok:(

Esok pagi nk bfast ape ek????nasi goreng tomyam kah??;p

Sunday, July 11, 2010

negatif vs positif

Anda orang yang ada sikap negatif apabila Anda…

  • suka memaki-maki
  • memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya
  • cepat bersangka buruk
  • belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan
  • memandang rendah
  • hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati
  • panas baran, cepat naik marah
  • suka berbohong dan mengada-adakan cerita
  • cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas
  • sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi
  • suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan

Jika Anda merasa Anda ada salah satu daripada 11 sikap negatif di atas, itu petanda bahawa Anda adalah orang bersikap negatif.

Fikiran positif – positif yang 100% betul-betul punya positif

Untuk melakukan yang terbaik dalam hidup, kita kena buat sesuatu dengan sungguh-sungguh walaupun ia sesuatu yang berlainan dari bidang pembelajaran kita ataupun ia sesuatu yang cukup baru buat diri kita. Pada sesetengah orang, sikap berfikiran positif dan bersangka baik mungkin sesuatu yang baru.

Tapi, nak membina hidup yang lebih baik, kita kena sanggup melakukan sesuatu yang tak sanggup dilakukan oleh ramai orang. Kebanyakan daripada kita tak bertahan dengan fikiran positif, puncanya dari diri mereka sendiri.

Sebab? Tak positif betul-betul.

Dr Tuah Iskandar ada kata, bila dah buat sesuatu, buat biar betul-betul supaya kita merasai hasilnya. So dalam kita membina sikap berfikiran positif untuk kita merubah hidup kita, biar kita berfikiran positif betul-betul, bukan yang sekejap negatif sekejap positif pastu negatif balik.

Tatkala memulakan sesuatu, melihat sesuatu, menonton sesatu atau terjumpa sesuatu, pandanglah ia dari sudut positif – pandang dari sudut yang baik-baik saja.

sumber:

http://www.imotivasi.com/fikiran-positif-positif-yang-100-betul-betul-punya-positif.html

mummyar yg baik hati

1. Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
mekasih yer mummyar

~mummyar ni ade kedai tau, singgah ler
http://ariesreeve-babykidstuff.blogspot.com/
~nama anak2 sgt unik(bg ibu la)
~seorg yg open n Chumell(dr bc blog mummyar la)
~baik hati(sbb selalu kasi ibu award n komen)
~hepi go lucky????:)

2. Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobby

~suka bersama family
~suka baca buku
~suka try masak2 resepi sendiri
~suka minum teh ais
~suka mkn pedas
~suka merajuk(hobikah???)
~suka makan(ngk badan ler)
~suka usik papa. ammar n bb nuha
~suka tido lmbt pastu pening kahkah
~suka jalan2;p


3. Pick your 10 most deserving recepients and describe them

~sebetul2nya ibu tujukan kepada semua sahabat2 blog ibu n sape2 yg menyinggah kat blog ibu nie. Sudi2kanlah yer semua:)

MUMMYAR>> mekasih selalu kasi award. Mehla jln2 Sabah:)

Wednesday, July 7, 2010

sepanyol vs nasi lemak

Pagi semua..:) Pagi nie ibu bgn awal, ngk bola??eh idokla. Ibu bgn sbb nk masak nasi lemak pastu bola pun ada lagi jadi nengok la jugak bola. hihi..Ya, itu sepanyol menang. Okla tue. Konon ibu nie sokong jarman la kan, sekali kalah la plok. xpela, ibu bukan minat sgt piala dunia, Brazil pun dh kalah huhu nengok ajerla.

Semlm..syiok2 lepak masa maghrib tue,
"tuk tuk..nonie..nonie"..eh sape plak?

Buka2 pintu ngk makcik dtg ngn anak dia. Ropenyer mau pinjam internet utk buat esaimen. Nk buat folio form 5.. Ermm baru senyum sepupu tue, kalu tidak xderla nk senyum. Aritu ibu g umah dia kakak dia kawen, xpandang pun cam xkenal huhu. xperla kan.
Yang best nyer..hihi sambil2 menunggu anak dia cr info..makcik itu telah melipat kain hihi suker suker:D Makcik nie memg penah jugak keje ngn ibu waktu ibu pantang ammar n bb nuha. Jadi dia dh biasa la kot. Untung ibu semlm xpyh nk lipat kain.

Pastu kek yg ibu buat pun makcik n anak dia mkn. Seronok ibu. Ibu kan try2 bakar kek, cobaan "aben" baru hihi..Sekali brgkali sbb panas sgt suhu dia, kek xnaik hahahahhahaa..lucu giler ngk kek..ibu plak lupa mau snap2 gmbr huhu..Tapi rasenyer sgt best hahaha..ala, bukn nk puji ibu masak tapi best la gak utk percobaan. Konon2 ibu wat kek marble, tapi ibu xboh koko ibu boh milo. Resepi pun ibu sukat2 sendiri. Semua ibu guna secawan. Seronok ibu nmpk kejap2 ank mkcik mkn. Eh, ke sebab dia lapar bukan sbb shedap???huhu ala xpe dh papa ckp sedap, sedap la tue. (Motif nk cakap kek tue sedap byk kali??????)

Nasib baik ade kek tue, sbb xder benda nk mkn umah ibu nie. Nasi pun cukup2 utk ammar jer. huhu papa dh mkn laksam, ibu dh mkn nasi grg kerabu, kat kedai. Kalu x teguk air sirap jerla makcik.
Arini mayb kwn ibu masa MRSm dulu nk dtg. Harap2 dia jumpa jln ke kota belud nie. Tido umah ibu utk semlm:) Dtg hanimun kot ngn mak mertua sekali hikhik..Ibu nie dh pening2 sbb xcukup tido kot huhu..nk sambung tido ada kelas plak karang. xtaula g ke tak nie sbb plan perjlanan sudah tukar hikhik..tunggu dan lihat.

Tuesday, July 6, 2010

bebik


budok shemak pakai shipeks;p

Nk citer kejadian kat tamu aritu. Ibu ni berhari2 dok bukak blog, jln2 blog org lain pastu g wat keje hihi..xupdate2:)

Masa g tamu tue, Ammar nie dh sibuk nk ngk rabbit. Ermm ingt lagi dia ngn rabbit..budak2 memg daya ingatn kuat ek?? tapi malangnya rabbit xdatang aritu huhu yg ada kedai jual topi, jadi belilah topi utk bb nuha satu. Payahla nk cari topi bb pompuan yg chantek dan MURAH:)

Dh buat peranagi kat situ kerana tiada rabbit n xnk try topi huhu..jln depan sikit YES ada abg n kakak nie jual rabbit:)Singgahla ngk rabbit. Bising mulut dok ckp "bebik,bebik"

Ada sekali tue ibu dok ckp2 ngn papa. pastu ibu dgr ada akak sorg nie cakap kat Ammar.

Akak : Eh. bukan bukan.
Ammar : Bebik bebik.
Ibu : yer, rabbit. Rabbit.

Ibu cam eh, apasal plak kakak nie ckp bukan kat ammar. Dahla cam kalut2 jer, cam bersalah bebenor ammar. Ibu cam senyum jerla kan. Sekali cam ibu terpk, ooo dia ingt ammar ckp BABi.huhuuuhu Akak, akak!

SEkali ibu ingt lucu, sekali pulak cam ermm nk bgtau akak tue,

"Akak, anak saya nie baru 2 tahun ckp pelat la sikit. N saya xderla sebesar tue nk ajar anak ckp gitu. Sebab saya xpernah nk tunjuk gmbr babi kat anak saya."huhuhu

Saturday, July 3, 2010

Chembam

Blurrrr je gmbr nie kan. Byk gmbr dlm iphone papa namun sayangnya encik iphone tue buat hal. Ntah dapat save ke idok gmbr2 yg byk tue huhu sedih sedih.

Walaupun blurr namun nmpak kan chembam ibu tue. hihi Dah 6 bulan tue, makin membesar dgn jayanya. Sapa mau lawan paha jom la jumpa hikhik Paha chembam nie mak aii jgn ada yg berani lawan.

BB nuha,
  • Dah pandai meniarap. Payah nk pakaikan pampers dh. jap pusing sana jap sini.
  • Tetap ceria selalu. Bangun tido senyum, kalu mlm kang rengek2 ibu panggil.."nuha, adik nuha" ngn mata terpejam boleh dia senyum:)
  • Nmpak abg main2 , terus xlekat nk pegang. Nk lompat2, nk turun xnk kena dokong.
  • Sgt manja nie. Kalu tghari terjaga dr tido, kalu xder ibu mesti ngs. Ibu dtg baru diam. Tapi kalu tido dh cukup. biasa jer, senyum2 lagi.
  • Kalu nmpak ibu sayang2 peluk abg, pandai hentak2 montot dlm rocker, hihi pandai jeles2.
  • Boleh saja sapa2 mau pegang. Ini kesenangan buat ibu gak kalu g mana2 kenduri , ada org tolong pegangkan. Tapi kalu mood ngantuk..non ado org dpt pegang kejap jer dh ngs.Uwaaaaaaaa
  • Sgt suka tarik rambut ibu n abg, kalu dok ngn papa tgn xlepas dr janggut papa hihi
Ermm..itu jerla dulu setakat nie. Yg penting chembam sayang sihat, ceria n aktif:D

Friday, July 2, 2010

hari minggu

Ibu nie konon2 ari ni nk buat byk menda. Nk ngemas brg2 kat dapur nk letak brg2 baru, brg2 mkann. Pastu ingt nk kemas bilik n ruang tamu sementelah(ayat power;p) ibu nk soh papa bawak turun Cik Melah ke bawah. Senang nk godek2. Dia dok kat atas nun relax sajo, amboi2 bayar mahal2 utk ko relax ker MElah oiiii!!!!!!!!!!(padahal tuannyer malas hahahha)

Tue la kdg2 pening byk benda rasa nk buat. Kejap2 rasa nk kait, kejap2 nk buat sulam benang, buat tue maksudnya berlatih dan belajar yer kawan2, bukan mahir pun huhu.
Pastu kang nk ngemas itu ini. Pastu nk baca novel plak. Pastu nk masak nk sapu2 patu, pastu dan pastu.......huhu byk pastu last2 xder buat per. Buat keje rumah cam biasa sajer. Kang lepas kemas dapur , lipat kain kalu sempat kita sambarla keje mane dulu yg mudah.

Arini masak simple2 jer, sarapan agak lambat dan berat iaitu mee goreng jadi perut masih kenyang. Tup tup mak kasi sup ayam:) yg lain hanya ikan tambak goreng n kacang buncis goreng:) Sonang kerijo ibu. Xpayah nk bersilat lama2 kat dapur. Pung pang, kang king, tuk tuk....(sound efek masa masak)n dah siap masak:D

Hari minggu nie mesti ramai g jln2 kan:) hati2 la yer semua. sapa nk dtg jln umah ibu, angkat tangan:> Hahaha tetiba kan, tapi sape yg jln2 kota belud mehla singgah umah ibu ni ha:)

kelas success!!

Adalh sgt kecewa melihat Brazil ketinggalan sekrg huhuhu. KUatkan semangat wahai Brazil. Tapi cam kalah kan?

Pagi tadi kelas adlah berjaya:) Kelas bersama anak2 kesayangan ibu. Pagi, Alhamdulillah ammar n bb nuha bgn dgn jayanya. Tambah2 mek chembam tue, senyum2 lagik hikhik. Ammar pun ok, tapi nk main2 air plak masa mandi huhu. Kedua2nya mandi ngn air sejuk jer. Sajer nk biar anak2 kuat (padahal ibu malas jerang air;p)

G sekolah papa dulu, bersarapan di kantin sekolah. Byk hal la plok, dua2 nyer berak. Mula2 bb nuha, mkn2 eh ammar la plak. Sajer jer ammar nk main paip tekan2:p Sekolah papa ada paip antik hikhik Pastu g la ke KEMAS. Cikgu ada, classmate ada la ermm 3 org. Ntahla ibu pun heran kejap ramai mencanak2..kang 2 3 org jer. Tapi okla xramai sebb ibu dapat la perhatian lebih sikit:)
Ammar sgt baik bermain2 ngn mesin huhu okla ammar x buat perangai pun tapi asyik2 nk mintak ibu lukiskan attomen la, nyiau la, fish la. Layankan ajer:) Bb nuha tidak mau tido, dok la dlm rocker nyer dok gelak2 pastu nangis pastu main2. hihi..Kelam kelibut jugak ibu sikit;)Ammar kejap2 nk ninum nayer hahahha

Last, ibu g pusat sumber, pinjam buku. Masuk kelas balik cakap nk sambung kat umah. Tidokan bb nuha sementara papa datang ambik.Tido plak dia huhu..Tapi ok la harap2 next week anak2 ibu bagus lagi yer. Sayang kalian berdua buah hati ibu juga sayang sama kamu MySayang:)

Ya itulah dia..Brazil kalah. ibu>> keciwa

Thursday, July 1, 2010

tidur awal katanya

Petang tadi memang ammar xtido, sebab ibu nk g library n supaya malam ammar tido awal. tapi dlm kul 3 nmpak dia dh ngantuk, ibu pasrah jerla xdapat g library lagi gamaknya. Dan2 bangun balik aa ottomen kat tv. So, bolehla ibu g library, saje2 nk tunjuk buku2 yg banyak kat ammar n ibu nk pinjam buku;p

JAdinyer mlm, xsempat kul 7 dh nk tido huhu..mintak susu sekali dh tido. Ibu n papa xsempat solat maghrib pun lagi huhu. Ngk2 kul 9.00 bangun pulak n xnak tido dh. dlm kul 10 lebih ibu dh nak tido konon nk tido awal. Tutup semua lampu, paksa papa tido hihi..Ngk2 papa lelap dulu, ammar masih dok bercerita sorg2, pastu byk posisi tido nyer, kejapo sana kejap sini. Last, dekat kul 11.30 baru tido.huhuhuhu..Awal la sgt ibu tido!



Adik chembam nie, masa ammar tido dia xnk tido. Bergurau senda lah kami. Geram tau budak chembam nie, ada jer modal nk gelak. Padahal mata dh layu. Tapi akhirnya sebelum kul 8 dh tido. N sekarg masih tido ngn nyenyak nye, tadi bgn nyusu 2 kali dh:)

Sayang anak2 ibu:) Esok bangun awal2 yer sayang, kita jln2 kat kelas ibu:)