Sunday, July 11, 2010

negatif vs positif

Anda orang yang ada sikap negatif apabila Anda…

  • suka memaki-maki
  • memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya
  • cepat bersangka buruk
  • belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan
  • memandang rendah
  • hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati
  • panas baran, cepat naik marah
  • suka berbohong dan mengada-adakan cerita
  • cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas
  • sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi
  • suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan

Jika Anda merasa Anda ada salah satu daripada 11 sikap negatif di atas, itu petanda bahawa Anda adalah orang bersikap negatif.

Fikiran positif – positif yang 100% betul-betul punya positif

Untuk melakukan yang terbaik dalam hidup, kita kena buat sesuatu dengan sungguh-sungguh walaupun ia sesuatu yang berlainan dari bidang pembelajaran kita ataupun ia sesuatu yang cukup baru buat diri kita. Pada sesetengah orang, sikap berfikiran positif dan bersangka baik mungkin sesuatu yang baru.

Tapi, nak membina hidup yang lebih baik, kita kena sanggup melakukan sesuatu yang tak sanggup dilakukan oleh ramai orang. Kebanyakan daripada kita tak bertahan dengan fikiran positif, puncanya dari diri mereka sendiri.

Sebab? Tak positif betul-betul.

Dr Tuah Iskandar ada kata, bila dah buat sesuatu, buat biar betul-betul supaya kita merasai hasilnya. So dalam kita membina sikap berfikiran positif untuk kita merubah hidup kita, biar kita berfikiran positif betul-betul, bukan yang sekejap negatif sekejap positif pastu negatif balik.

Tatkala memulakan sesuatu, melihat sesuatu, menonton sesatu atau terjumpa sesuatu, pandanglah ia dari sudut positif – pandang dari sudut yang baik-baik saja.

sumber:

http://www.imotivasi.com/fikiran-positif-positif-yang-100-betul-betul-punya-positif.html

No comments:

Post a Comment