Friday, March 25, 2011

Ammar dan bilik air

Ammar ammar...nk tercabut jantung ibu.
Al-kisahnya, waktu papa solat jumaat tadi, ibu suruhla ammar mandi dulu sementara ibu nk sudahkan sikit kerja. Tup tup masuk jer dalam bilik air, terus g kuncinya pintu dari dlm. Konon2 xnk kasi adik masuk sebab mereka baru sudah ber"krisis".

Ibu apalagi dup dap dup dap. Tapi tetiba tersenyum sebab macam pk.."alahaila anakku, rajin pulak nk mengunci2 pintu"
Ammar yg dok kat dalam dok gelak2 ajer la,sambil buka air paip sbb berjaya tutup pintu xkasi adik masuk. Ibu cuba bertenang tapi kalut la dok pk mcmana nk masuk kalu betul2 kunci xleh bukak:(. Ammar bukan boleh kira, dia penakut sikit. Kang dok dgr ibu melalak2 kat luar nie , dia pulak yg panik + takut. Mana la nk terjah masuk, lubang adela kecik2 muat kepala jer, tue pun agak tinggi kedudukannya. fuhhhhhhhhh!!!!!!!!

Dgn nada yg lembut, "Ammar buka pintu nie. Tarik kunci tue."
Sekali dia gelak2. Aduiiila.
Pastu ammar try bukak, xboleh. Dok panggil ibu dh sambil suara sebak2..huhu
"Ammar tarik elok2,'..cuak dah ibu. Sebabnya ammar kalu dh panik tue, memang xkan terbuka kunci, gitula selalunya kalu dia terkejar2 nk buang air.

Tapi Syukur Alhamdulillah..ammar dapat bukak.huhuhu Naik plak la darah ibu ni anak sayang oooii..:)

Syukur padaMu Ya Allah.

Monday, March 21, 2011

Lega

Agak lama tidak menulis di sini sebab kekeringan idea walaupun hati membuak2 mau menulis.
Alhamdulillah ibu mengambil langkah yg betul dan tepat InsyaAllah bila ibu ambik keputusan tidak mau mengasuh lagi.

Setelah berfikir2 dan bertanya ngn sahabat2, pendapat2 dan buah fikiran dari sahabat2 ibu membuatkan ibu bertekad berhenti. Dan kehidupan ibu n putera puteri ibu kembali ceria dan bahagia.:) Untuk menjaga hati org membiarkan hati sendiri terluka n anak2 terbiar, ibu bersyukur kerana Allah memberikan ibu kekuatan dan sokongan dari papa n sahabat2.
terima kasih semua.

tetttttttttt...idea ilang dah sebab mau baring2 kejap kihkih..ok jumpa lagi semua.

Friday, March 18, 2011

khutbah jumaat

Alhamdulillah, hari ini (18 Mac 2011) saya sekali lagi diberi kesempatan oleh pihak masjid untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan tajuk khutbah yang saya bawakan adalah berkaitan dengan bencana Tsunami yang melanda negara Jepun baru-baru ini. Atas permintaan rakan-rakan, berikut saya kemukakan teks khutbah yang dimaksudkan. Moga-moga bermanfaat buat semua.

Nota: Diizinkan untuk mengambil teks ini bagi tujuan khutbah atau risalah edaran. Walau bagaimanapun beberapa teks arab bagi ayat-ayat suci al-Quran tidak dapat dikemukakan di sini. Maka disarankan kepada rakan-rakan yang ingin menggunakan teks ini bagi tujuan khutbah supaya menyalin sendiri teks arab bagi ayat-ayat al-Quran berkenaan.

BENCANA TSUNAMI

Disediakan oleh: Mohd Hairi Nonchi

(Dimulai dengan khutbah al-Haajah)

Ma’asyiral Muslimina rahimakumullah,

Marilah kita ungkapkan rasa syukur kita ke hadrat Ilahi Rabbi, yang telah melimpahkan Rahman dan Rahim-Nya kepada kita sekalian. Semoga dengan segala kenikmatan yang dikurniakan-Nya kepada kita akan dapat meningkatkan lagi rasa syukur dan taqwa kita kepada-Nya.

Jemaah Jumaat yang berbahagia,

Sesungguhnya bala bencana yang menimpa umat manusia, sejak dari dulu hinggalah ke hari ini, merupakan peringatan dan ujian yang didatangkan oleh Allah s.w.t kepada para hamba-Nya, sama ada yang beriman mahupun ke atas mereka yang tidak beriman kepada-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya dalam surah ar-Rum, ayat 41.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Ttimbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Bencana tsunami dan gempa dengan kekuatan 8.9 skala Ritcher yang berlaku pada 11 Mac 2011 di Honshu dan Sendai, di Jepun baru-baru ini, adalah merupakan salah satu daripada pelbagai bencana besar yang pernah menimpa umat terdahulu. Bencana yang melanda negara matahari terbit itu juga secara tidak lansung mengingatkan kepada kita akan bencana Tsunami yang turut melanda beberapa negara di Asia Tenggara pada 26 Disember 2004 lalu yang telah mengorbankan ratusan ribu mangsa, memusnahkan tanam-tanaman, harta benda dan sebagainya.

Bagi umat Islam yang beriman, sesuatu peristiwa yang berlaku seharusnya dilihat dan dinilai menurut kacamata keimanan. Apa yang amat kita takuti adalah apabila sesuatu bencana itu ada kaitannya dengan azab yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk ditimpakan ke atas para hamba-Nya yang ingkar dan mungkar.

Jemaah Jumaat yang dirahmati Allah s.w.t.

Bagi mereka yang tahu sejarah atau rajin menelaah ayat-ayat al-Quran, pastinya tidak merasa terkejut dengan malapetaka gempa bumi dan ombak besar tsunami yang melanda umat manusia ini. Ini kerana amaran turunnya azab Allah seumpama Tsunami ini telah banyak diperingatkan dalam kitabullah. Malah, malapetaka banjir besar seumpamanya pernah berlaku di zaman Nabi Nuh a.s seperti yang terakam dalam surah al-Haqqah, ayat 11 dan 12. Firman-Nya:

“Sesungguhnya kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang) telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya). (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.”

Jadi adalah jelas kepada kita bahawa bencana ombak besar atau banjir bukanlah satu perkara yang baru. Pelbagai malapetaka dahsyat telah menimpa umat terdahulu. Musibah itu diturunkan adalah bagi mengazab kaum yang kufur (ingkar) terhadap perintah Allah, sekaligus memperlihatkan kekuasaan dan kebesaran-Nya yang Maha Mencipta dan mentadbir sekalian alam.

Jemaah Jumaat yang dirahmati Allah s.w.t.

Pasti sahaja setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku ada rahsia dan hikmahnya di sisi Allah s.w.t untuk dijadikan pengajaran dan peringatan kepada umat manusia, khususnya kepada orang-orang yang beriman sebagaimana firman-Nya:

“Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta”. (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Justeru, bencana Tsunami ombak besar dan dahsyat dengan anggaran kekuatan sekuat tenaga atom dan ketinggian 10 meter serta gempa bumi yang melanda di Jepun baru-baru ini telah menyebabkan jumlah kematian dan kecederaan mencecah ribuan orang serta kemusnahan harta benda yang tidak ternilai. Bagi umat Islam yang beriman, semua itu menjadi iktibar, peringatan dan ujian yang berguna yang akan meningkatkan lagi keinsafan dan keimanan mereka kepada Allah s.w.t betapa Allah Maha Berkuasa dalam mencipta atau mengadakan sesuatu mengikut kehendak-Nya.

Jemaah Jumaat yang dirahmati Allah s.w.t.

Allah s.w.t yang menciptakan alam semesta dan segala isinya, dengan sifat rahman dan rahim-Nya serta melimpahkan pula pelbagai nikmat-Nya di langi dan di bumi. Namun Allah s.w.t juga memiliki sifat Maha Perkasa dan Maha Dahsyat azab siksa-Nya terhadap para hamba-Nya yang kufur lagi derhaka serta berlaku sombong terhadap-Nya. Oleh itu, beringat-ingatlah kita dalam suasana masyarakat kita, khususnya di Sabah, yang bergelumang dengan pelbagai maksiat dan kemungkaran, seperti berzina, meminum arak, bermain berjudi dan juga sebagainya.

Apa yang lebih membimbangkan kita adalah apabila kita menyaksikan kemungkaran dalam akidah kian berleluasa yang mana tidak sedikit masyarakat kita hari ini yang masih bergelumang dengan amalan-amalan khurafat, tahyul serta syirik seperti bertemu bomoh atau tukang ramal, meminta doa kepada orang yang telah mati, menjalankan ritual mandi tolak balak di bulan safar, memakai tangkal (azimat) dan lain-lain seumpama.

Jika kemungkaran-kemungkaran ini terus berleluasa dan sekiranya Allah s.w.t menurunkan azab-Nya, maka pastilah azab itu akan menimpa masyarakat seluruhnya. Allah s.w.t menegaskan di dalam al-Qur’an al-Karim:

“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." (Surah al-Baqarah, ayat 165).

Firman-Nya lagi dalam ayat yang lain:

“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya”. (Surah Al-Anfal, ayat 25)

Dalam sebuah hadith pula, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, sedia dijelaskan bahawa Zainab binti Jahsy r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w yang bermahfum: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa juga sedangkan ada di antara kami orang-orang yang masih berbuat baik (dengan mengerjakan amal soleh)? Rasulullah s.a.w menjawab: “Ya, apabila telah melata (berleluasanya) kejahatan.”

Dan Khalifah Umar bin ‘Abdul Aziz r.a pernah berkata: “Bahawa sesungguhnya Allah s.w.t tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan secara terang-terangan sedangkan mereka (orang ramai) tidak mengingatkan maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat siksa.”

Jemaah Jumaat yang dirahmati Allah s.w.t.

Seperti yang ditegaskan oleh Allah s.w.t bahawa kesemua peristiwa yang dahsyat sama ada yang terakam di dalam kitab-Nya mahupun yang berlaku pada zaman mutakhir ini merupakan satu peringatan bagi seluruh manusia yang masih hidup. Tegasnya, setiap musibah yang menimpa manusia mempunyai hikmahnya yang tersendiri di samping memperingatkan manusia bahawa apa jua malapetaka yang melanda adalah natijah atau kesan daripada perbuatan mereka sendiri. Perkara ini dijelaskan oleh Allah s.w.t menerusi firman-Nya dalam surah asy-Syura, ayat 30:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai Pelindung atau pemberi pertolongan.”

Sehubungan dengan itu, sebagai langkah bagi mengelakkan diri, keluarga dan masyarakat kita daripada dilanda bencana, sebaiknya kita bersegera bertaubat dari segala kemungkaran yang telah kita lakukan, dan di waktu yang sama hendaklah pula kita berganding bahu mempergiatkan usaha amar makruf nahi mungkar kerana dengan usaha ini kita akan mendapat perlindungan daripada Allah, di dunia mahupun di akhirat kelak. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنْ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلاَ يُسْتَجَابُ لَكُمْ.

“Demi yang diriku berada di Tangan-Nya, hendaklah kamu menganjurkan kebaikan dan melarang kemungkaran atau (jika kamu tidak melaksanakannya) nyaris Allah akan mengirimkan azab-Nya ke atas kamu. Kemudian kamu berdoa akan tetapi ia tidak dimakbulkan (oleh Allah) kepada kamu.” (Hadith at-Tirmidzi dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi, no. 2169).

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمُ الْمَالُ

فَيَفِيضُ

“Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehingga digenggam ilmu, dan banyaknya gempa bumi, dan mendekatnya masa, dan munculnya huru-hara, dan berleluasanya bencana, dan ia ialah pembunuhan, sehingga banyaknya dalam kalangan kamu harta, dan ia melimpah-ruah”. (Hadith riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, no. 1036).

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula saling berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ بِالْقُرْآءَانِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِىْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الْأَيَاتِ وَالذَّكْرِالْحَكِيْمِ. وَتَقَّبلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلَاوَتَهُ إِنَّهَ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.َقُوْلُ قَوْلِ هَذَا وَ اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَافَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَانَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Praktikal: Lepas Dari Hijab

Saya menerima banyak keluhan dari pembaca Jiwa Positif Hidup BerTuhan. Pelbagai persoalan bermain di fikiran mereka di mana, khusyuk itu seperti apa? Apakah keadaan ketika khusyuk? Apakah rasanya?

Kemudian terus lagi pertanyaan, bagaimana rasanya sedar akan Allah SWT setiap saat itu?

Akhirnya sampai kepada keluhan.... susahnya saya ingin sedar akan Allah. Susahnya saya ingin khusyuk. Susahnya nak rasa tenang.. nak bahagia...etc..etc

Saudara,

Semua persoalan ini adalah disebabkan oleh kita masih memikirkan "bagaimana keadaan sebuah rasa" ketika kita bersolat... ketika kita mikraj... ketika kita 'bertemu' Allah SWT.

Kita masih memikirkan tahap-tahap. Tahap-tahap itu ada dan ia sebenarnya adalah keadaan sebuah rasa. Tiada bahasa atau tulisan yang mampu menggambarkan keadaan rasa itu melainkan sedaya yang mungkin dapat dijelaskan oleh mereka yang pernah merasakannya. Pun begitu, ia tidak sama seperti yang dirasa.

Selain itu kita juga terhijab kerana sering ingin kembali merasakan keadaan sebuah rasa yang pernah kita rasakan pada waktu yang lepas. Lalu kita mencari semula rasa yang penah kita rasai itu. Kita sebenarnya mencipta fikiran yang lebih banyak dengan cuba mencari rasa yang pernah kita rasai.

Cuba kita perhatikan ketika kita dilanda masalah di mana kita sangat-sangat memerlukan Allah SWT. Di tahap awal, pasti kita masih lagi terhijab disebabkan kita lebih mengutamakan masalah berbanding Allah SWT. Walaupun kita mengadu pada Allah, memohon pertolongan, namun jiwa pasti gelisah.

Ini kerana masih ada fikiran yang kuat ketika itu iaitu memikirkan tentang masalah kita itu. Di suatu ketika, di saat kita sudah tidak mampu menahan gelisah yang sangat-sangat menghimpit jiwa, akhirnya kita mula melepaskan masalah itu perlahan-lahan.

Kita mula berkata, "lantaklah..., biarlah... terima je lah... ". Sebenarnya ketika ini kita benar-benar melepaskan masalah kita dan kita benar-benar datang ke Allah SWT. Namun pada yang sama, jika kita ada kesempatan menyelesaikan masalah (atas petunjuk Allah sebenarnya) kita tidak biarkan kesempatan tersebut dengan melakukan sesuatu untuk terus menyelesaikan masalah kita.

Kita berserah namun tanpa kita sedar. Ketika inilah seandainya iman kita tidak kuat, kita berasakan kita yang menyelesaikan sendiri masalah kita kerana ketika kita kuat memohon pada Allah, Allah tidak makbulkan tetapi ketika kita biarkan saja masalah kita, masalah kita selesai seolah-olah ia bukan dari Allah SWT. Berhati-hati.

Saudara,

Hal di atas sangat menyakitkan. Kita berserah hanya ketika jiwa sudah gelisah yang maksimum. Seandainya iman kita zero, boleh jadi sehingga membuatkan seseorang membunuh diri.

Lalu bagaimana berserah dengan lebih awal sebelum jiwa ini berada pada gelisah yang maksimum?

Lepaskan Hijab

Seandainya kita memohon kepada Allah SWT dengan masih mengharapkan sesuatu tanpa menyandarkannya kepada kehendak Allah, pasti kita akan kecewa seandainya apa yang diharapkan tidak diizinkan Allah SWT.

Saudara,

Apabila kita ingin ke Allah dalam apa jua keadaan samada ketika solat atau tidak, ketika ada masalah atau tidak, ketika sedang melakukan kerja atau diam ke Allah.... UTAMAKANLAH ALLAH SWT.

Caranya mudah... KUATKAN KEINGINAN KITA UNTUK KE ALLAH. BERADA DEKAT DENGAN ALLAH.

Dekat bagaimana? Tidak perlu difikirkan.

Yang penting ingin ke Allah.

Allah itu dekat... ye benar... namun tidak perlu memikirkan rupa Allah itu bagaimana kerana apa yang kita fikirkan.. bayangkan yang pasti itu bukan Allah SWT. Yang utama jiwa ini benar-benar ke Allah.

Seperti kita berada di samping ibu ayah atau suami/isteri. Walaupun mereka ada di sisi, namun kita ingin rasa dekat dengan mereka. RASA DEKAT INI TIADA TAHAP. Ia akan terus meningkat dan terus meningkat selagi kita ingin terus dekat dengan mereka.

Biarlah jasad kita memeluk erat ibu, ayah atau suami/isteri, namun ada rasa yang masih tidak akan berhenti... terus kuat dan kuat ingin berada dekat. Sebuah rasa kasih sayang yang tidak ada hujungnya.

Rasa ingin yang sangat kuat ke Allah SWT akan membuatkan yang lain tidak penting. Masalah selesai atau tidak, kita tidak peduli. Khusyuk atau tidak, bukan perkara utama dalam hal ke Allah. Bahagia atau tidak, kita tinggalkan. Gelisah atau tidak kita biarkan. KERANA SEMUA ITU KEHENDAK ALLAH.

Semuanya sendiri akan ditinggalkan dengan cara yang PRAKTIKAL ini iaitu ingin dekat dengan Allah SWT... full stop.

Tiada kehendak rasa itu dan rasa ini. Tiada kehendak tahap itu dan tahap ini. Tiada apa-apa kehendak melainkan cuma satu... ke Tuhanku... Allah SWT.

Pemberian Allah pada kita bukan URUSAN kita. Itu adalah kehendak Allah SWT. Seandainya Allah memberikan kita bahagia, pasti kita akan dirasakan bahagia itu oleh Allah. Seandainya Allah SWT memberikan kita khusyuk, pasti kita berada dalam khusyuk. Seandainya Allah mencabut segala gelisah hati ini, pasti kita ditenangkan oleh Allah SWT.

Kesimpulan

Ketika diri memohon, meluahkan, bercerita, berkomunikasi, berdoa, solat etc...etc, kuatkan rasa ingin ke Allah. Tingkatkan terus ingin ke Allah.... teruskan lagi teruskan.

Caranya.... Lepaskan segala kehendak.... lepaskan kehendak khusyuk... lepaskan kehendak tenang.. lepaskan kehendak bahagia.. lepaskan kehendak masalah selesai.. lepaskan.. lepaskan.. KERANA SEMUA ITU URUSAN ALLAH.

URUSAN KITA ADALAH 'ROJIUN'... DATANG.... KEMBALI... KE ALLAH. Pilihan... free will yang diberikan oleh Allah SWT adalah samada beriman atau tidak.. ini sahaja. Lalu ke Allah dengan penuh tekad. YAKIN bahawa Allah sentiasa menyambut kedatangan kita.

Lakukan urusan (rojiun) kita dengan sempurna... LEPASKAN SEGALA KEHENDAK KECUALI INGIN KE ALLAH.... teruskan... kuatkan.... terus... terus... jiwamu pasti meluncur laju ke Allah tanpa hijab.

Ya Allah, Aku rindu ya Allah, aku rindu padaMu ya Allah.

Ya Allah, aku datang kepadaMu ya Allah. Aku kembali ya Allah, aku kembali.

Ya Allah, aku hadir ya Allah, aku hadir. ya Allah..... ya Allah.....

Labaikallah humma labaika

Labaikallah humma labaika

Labaikallah syarika laka labaika

Innalhamda wani’mata la

ka Wamulkalla, syarikala

Fuad Latip

Jiwa Positif Hidup BerTuhan

http://www.fuadlatip.com/

18 Mac 2011

Monday, March 7, 2011

kenapa hati tidak tenang:(

Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.


Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain.


Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat dimukanya. Sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya, dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat.


Hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. Untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. Kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.


Hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. Sebab apa? Sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. Untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. Berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. Masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.


Hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. Kenapa malu? Itukan harta kita. Kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. Jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. Hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. Nanti kalau beri lagi Alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. Jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri.


Hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? Itukan telah berlalu. Bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.


Kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? Kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.


Jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. Walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. Mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.


Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.


Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.


Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.


Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.


Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.


Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.


Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.


Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.


Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.


Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.


Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.


Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.


Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.

http://rindu-rindudijalanan.blogspot.com/

Friday, March 4, 2011

Gundah Gulana

Ibu adalah dalam keadaan
gundah gulana:(
abah n umi kat kg xsihat
abah sudah berkali2 demam
n kali ni dh 4 hari demam
umi plak sakit2 lutut
n kebas2 badan alahaila....:(

Dengar suara abah n umi kat tipon
pun rasa sebak sesangat
lalu terkeluarla
"kalaula..."...
namun ibu xnak dibawa perasaan lagi
Allah ada..Allah akan menjaga umi n abah
HAnya doa yg dapat ibu pohon
semoga abah n umi sihat sokmo2

"ABAH UMI..kak rindu abah n umi setiap saat"