Wednesday, February 23, 2011

hayati

Hidup ini terlalu singkat untuk berehat-rehat dan bermalas-malasan.

Hidup ini juga terlalu pendek untuk bersedih dan bermuram durja.

Malanglah bagi manusia yang tidak memanfaatkan hidupnya ke tahap maksimum.


iluvislam.

muflis sesungguhnya

Muflis dihari kiamat adalah
yg dtg dgn solat, puasa & zakat
TETAPI KERAP
mencela, mengutuk org, makan harta org lain,
menumpahkan darah, memukul lalu
DITEBUSNYA
melalui amalan kebaikannya,
hingga habis sblm mampu menebus seluruhnya, lalu
DIBERIKAN DOSA
mangsanya & dilempar kepadanya,
akhirnya dilempar ke neraka.
Hadis sohih Muslim.

Tuesday, February 15, 2011

ingATAN buat diri ibu...

Wahai diriku seorang muslimah… ALLAH menciptakan dirimu untuk menjadi seorang isteri kepada suami,menjadi ibu kepada anak, menjadi perhiasan dunia yang indah dengan ilmu, keimanan dan amal solehmu.

Maka belajarlah mengenal ALLAH dan Rasul. Bukalah manual hidup – Al Quran - yang ALLAH datangkan bersama penciptaan kita sebagai manusia. Rujuklah lembaran-lembarannya..untuk apa kita dijadikan di muka bumi ini..?

Wahai diriku seorang muslimah..hidup matimu kerana ALLAH. Di jalan Islam penuh kebaikan dan kedamaian yang bersesuaian dengan fitrah. Apakah fitrahmu..? Kajilah dan hayatilah agar hatimu tenang tak resah gelisah.

Wahai diriku seorang muslimah…jadilah seperti Khadijah. Isteri berbudi, rendah hati lagi sangat bermotivasi dan memotivasi. Memanfaatkan harta untuk dakwah, membantu suami dengan urusan-urusan agamanya.

Jangan lupakan Fatimah, hidupnya diuji susah sebagai isteri. Namun keimanannya menjadikan ia tetap qanaah, merasa kecukupan dari ALLAH.

Lihatlah Asiah, isteri yang hidup dikelilingi kemewahan, namun itu tak memudarkan iman. Cintanya sangat tulus untuk mentauhidkan tuhan. Memilih iman dari kekufuran. Matinya menjadi teladan.

Maryam…wanita suci terpelihara. Mengabdikan hidup di jalan ALLAH. Hidupnya benar-benar terisi sebagai ibadah.

Khadijah, Fatimah, Asiah, Maryam…inilah teladan sebenar seorang Muslimah. Mereka penghuni syurga yang mengenal ALLAH sedalamnya. Mengikuti petunjuk Rasul sebaiknya.

Wahai diriku seorang muslimah..sungguh kita perlu kembali kepada ilmu. Ilmu yang hakiki yang menunjuk jalan kebenaran. Yang akan memimpin kepada ketenangan.

Carilah ilmu, bagaimana seharusnya mentaati ALLAH.

Carilah ilmu, bagaimana seharusnya mentaati suami kerana ALLAH.

Carilah ilmu, bagaimana menanamkan keimanan ke dalam hati-hati zuriatmu.

Kerana dengan kejahilan, muslimahlah yang akan meruntuh sebuah peradaban. Menjatuhkan suami. Merosakkan anak penerus generasi.

Isteri yang jahil… bertindak sering mengikut hawa nafsu, jalan keluar seakan buntu, tidak mengenal kasih sayang ALLAH, tidak mampu merasa pertolongan ALLAH.

Isteri yang jahil… jauh dari hidayah dan ketaqwaan. Mentaati suami merasa tertekan, berkhidmat kepada suami suatu bebanan, gembira dan sedih berlebih-lebihan, ALLAH dan Rasul bukan rujukan..

Isteri yang jahil…tertanya-tanya kenapa anaknya sukar dididik dan dilenturkan? Sedangkan mengharap anak yang baik, perlu pada tuhan. Mengenal ALLAH, mengenal Rasul, mengetahui tujuan kehidupan. Sudahkah kita mengenal kehidupan akhirat yang berkekalan?

Wahai diriku seorang muslimah… patahkan dahan kejahilan itu. Hiasinya dengan bunga-bunga keimanan. Teguhkan akarnya dengan ilmu. Jadikan akhlak baikmu seperti dedaun merimbun yang meneduhkan jiwa-jiwa insan yang berdekatan…


http://sisi-kehidupan.blogspot.com/

Friday, February 11, 2011

Sembelit..

Tiba2 mau cite sal sembelit. tapi nk citer yg sembelit pas bersalin, masa berpantang tue. Ibu masa ammar dulu dekat2 sebulan ape xberak huhuhu seksa yg amat. Hari2 nangis sebab perut xsakit, (xsakit jadi xrasa nk buang),sakit pun kejap jer n takut anak pun sakit nanti huhu.
G klinik semua, dorg bagi ubat soh buang n yg picit tue. Pil ibu xtelan, takut n ubat picit pun xjalan. Maka ngs la lagi ibu nie. Mkn betik, oren x jugak jalan. Last2 g hospital kerajaan, dia kasi ubat gastrik yg putih tue. Esoknya...Alhamdulillah setel:) oo ropenyer ibu gastrik sbb lewat mkn ke, pantang giler2 ke ntahla..uhukuhuk..

Waktu nuha plak, memg ibu mkn sawi awal2. air pun minum byk jugak.Alhamdulillah ok..masa nuha tue ibu cam byk bc kat tenet la..pasal pantang2 nie..okla dpt input awal2 hihi. Ibu masa pregnant memg xleh nk layan tenet lama2 ..penink:) Masa ammar plak cari gitu2 jer sbb tanya org2 tua sajer.

Sekarang kalu susah nk membuang pun ibu minum susu, susu dutch lady jer yg ok sikit dgn tekak ibu itu pun susu coklat jer.Yang lain2 kurang sikit, loya tekak huhu..

Tuesday, February 8, 2011

nasi kari ala bukhari..



nasi kari ala bukhari~

udang celup tepung~


acar kobis~
Nasi

~ Mula2 tumis perkakas tumis,halia, bwg merah/besar n putih
~ naik bau boh plak serbuk kari ayam/daging. biar pecah minyak
~ masuk la ayam or daging. biar ala2 empuk gitu
dlm rice cooker, beras siap dibasuh.

~masuk la ayam tadi tue, ngn susu cair, garam.(agak2la)
kena kacau sokmo n tekan sokmo periuk tue, lain la kalu nk masak atas dapo gas jer. bila masak tue, boh la gajus, kismis n kcg panjang hiris kecik2. Gaul dlm nasi tue, tutup. Masak:)

~acar kubis tue,buat po acar timun.(hiris kubis halus2)

Udang celup tepung

- udang tue perap ngn garam n lada hitam
- pah tepung gandum+ soda bikabonat+serbuk pati ayam + air.

celup2 la udang tue n goreng:)

Selamat mencuba:D

Friday, February 4, 2011

bilik oh bilik

Syok jer ngk dorang tido membuatkan hati ibu meronta2 mau join sekaki hohoho

Ibu sebenarnya dalam fasa cam nak kasi anak2 tido berdua tapi cam xkompiden huhu.Kiranya cam dorang tido setilam la tapi sebilik ngn ibu n papa. Skrg nie kita org lepak2 ruang tamu jer, ingt nk pindah p bilik atas la kan. emmm..

Mula2 ingt nk beli katil tapi takut jatuh plak dh kalu ibu dok bawah xdgr dorang nangis nanti. Ngn alisha lagi kan. Jadi dlm pkran ibu biar dorang tido kat tilam tepi katil, ok dok??

Namun, mau ngemas2 bilik bawah belum tertunai kerana ropenyer bawah tikar getah tue ada tetamu cilik adoilaaaaaaaaa..udahla ibu ni geli2 ngn benda2 gitu huhu..oo ropenyer kalu simen pun anai2 dtg ek??idok la ibu tau.

Jadi tertangguhla lagi projek ibu utk jadikan bilik bawah itu sebagai bilik main2 putra n putri ibu sayang huhu..nk deko deko la kekonon kuakakakka,xpela..sabar sabar!!!:)