Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban

Soal:
Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban. Adakah ada dalil yang jelas mengenai perkara ini. Tolong berikan penjelasan.
-------------------------------------------------------
Jawab:
Oleh: TuanHassan Tn-Lah <>

Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yang direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud (tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari ini antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi (anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal) dan Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan
membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya. Maka sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan
agama, maka adalah tertolak. Hak mensyari'atkan hari-hari tertentu dan upacara tertentu hanyalah pada Allah dan Rasul-Nya (lihat alQur'an, surah alSyuura: 21). Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.

Soalan :
Adakah keistimewaan atau kelebihan hari atau malam nisfu syaban ?
--------
Jawab:
Para pengkaji Sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu sya'ban ni tiada dasar dalam Islam. Malam yg diagung2kan itu sebenarnya malam lailatul Qadr sahaja. (lihat Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat).
th

Soalan :
ADAKAH BERDOSA jika kita membaca yaasin 3 kali secara beramai-ramai di masjid pada malam nisfu syaban?
Jawab:
Sudah tentu jika anda mengetahui ia adalah bid'ah.
th


Soalan :
Tak kan lah dengan membaca yasin boleh mendatangkan bidaah, kan kita digalakkan untuk banyak membaca alquran, saya menjadi confuse dengan apa yg diceritakan thtl.

Jawab:
Kita sudah mengkaji dalam semua kitab2 fatwa dan laman web antaranya: islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah Daimah Arab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Ustaz Basri Ibrahim, Kusza...
Penjelasan:
Baca yaasin tidak bid'ah.
Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw.
Th

--------
Soalan :
Adakah terdapat nas sahih yang mengatakan pada malam nisfu syaban, catitan amalan untuk tahun lalu akan di bawa ke langit dan buku yang baru akan dibuka untuk amalan yang datang ?

Jawab:
Dha'if belaka.
Tiada siapa yg tahu sistem accounting Allah swt?
Kalau sistem accounting korporat selalunya berakhir 31 Desember.
Yang sahih ialah kehebatan malam lailatul Qadr, jika mendapatinya lebih baik dari 1000 bulan!
Begitu juga siapa yg berpuasa ramadhan dgn iman dan mengharap ridha Allah, diampun dosa2 yg terdahulu (Muslim)
Barangsiapa yg berpuasa Ramadhan dan menjaga batas2nya dihapuskan dosa2 sebelumnya. (Ahmad dan Baihaqi)
Ramadhan ini jika dilakukan dengan berjaya, maka rekod amalan si fulan Itu akan dibersihkan dan boleh start dgn buku baru dan ada bonus: jika dapat malam Qadr, dapat bonus 1000 bulan punya pahala. Kenapa orang berebut2 mencari Nisfu sya'ban yg dha'ef tapi lupakan Ramadhan? Lailatul Qadr? Anih sungguh

Sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

2 comments:

  1. Salam tuan rumah,

    Semoga bahagia bersama keluarga.

    Terimakasih perkongsia.

    ReplyDelete
  2. salam terima kasih makbonda:)
    harap2 dapat manfaat kita bersama

    ReplyDelete