Sunday, October 24, 2010

Pelihara kesihatan hati

Hati yang tidak bahagia itu adalah berpunca dari kekotoran sifat mazmumah.Hati manusia harus
dipelihara kesihatannya sebab hati merupakan pusat aktiviti manusia.

Disamping sebagai pusat aktiviti, hati juga mudah terkena wabak penyakit sebagaimana penjelasan
dalam Al-Quran:"Dihati mereka itu ada penyakit" - Ibid,halaman 18.Apabila hati terkena penyakit,maka
akan mempengaruhi segala sikap,pemikiran dan tingkah laku manusia ke arah yang negatif.Yang pada
akhirnya akan menimbulkan berbagai macam kerosakan.

Ulama'-ulama' sufi selalu memperhatikan untuk memelihara kesihatan hati.Mereka juga mempunyai cara
untuk memelihara kesihatan hati ini iaitu dengan cara melaksanakan dua tugas :

1.Tugas Takhalli (mencuci) iaitu tugas membersihkan hati dari semua sifat-sifat yang tidak baik .Dalam tugas ini ,
sebahagian ulama' Tasawwuf menyatakan bahawa ada tugas-tugas yang mesti dikerjakan ,antaranya:

a.Membaca Al-Quran dengan tadabbur iaitu membaca Quran dengan hati yang kusyuk,lidah kita membaca ;hati
kita mengikuti dan perasaan menhayati pengertian dan tujuannya.

b.Membiasakan berlapar , agar rajin beribadah.Apabila perut sentiasa kenyang ,akan mempengaruhi rasa letih
dan malas beribadah dan menaikkan nafsu syahwat.

c.Qiamullail,perbanyakkan solat malam akan lebih mendekatkan diri pada Allah.

d.Istiqfar , dari dosa besar dosa kecil,dosa zahir dosa batin,dosa diketahui dosa tidak diketahui,dosa
disengajakan dosa tidak disengajakan, dosa yang lepas dan dosa yang akan datang.

e.Bergaul dengan orang-orang yang baik dan orang-orang yang soleh.

2.Tugas yang kedua ialah tugas Tahalli (mengisi),melengkapi hati yang telah dibersih itu dengan wadah
-wadah baru seperti zikrullah.Apabila segala penyakit tadi sudah beransur-ansur kita buang,hendaklah
kita isi diri kita dengan sifat-sifat terpuji seperti tawadu',redha,ihklas dan sebagainya.

Jikalau dua tugas ini kita lakukan secara istiqamah (berterusan),Insyaallah nanti hati kita akan bersih,
terhindar dari penyakit batin bahkan bahagia.

sumber: halaqah.net

1 comment:

  1. sgt setuju ngan n3 nonie ni.....bukan senang nak buat ye nonie...tapi kalau x cuba kita tak tau ye tak?

    ReplyDelete