Thursday, June 3, 2010

motivasi utk surirumah

Dulu kan bila ibu mula2 kahwin n terpaksa rejek KPLI(pregnant), hati sgt sedih n tertekan. Kwn2 plak semua dh keje huhu..pastu tiap2 ari dok ngadap komputer dok ngk org tue soping org ni moping(walaupun ibu xder la minat sgt soping moping nie;p)..cam tersaiko la kejap kan kihkih..ngk semua org lawa2:D Ibu pujuk diri sendiri ngn baca blog2 n ibu terjumpa blog ini..ummikusayang. Ibu dok cari motivasi tuk jadi s/rumah tangga ngn redha hati. terkejut umi apabila mardziah@ummu ibtisam siap ada master lagi tapi ok ok jer jadik s/rumah. Nikan plak umi yg pointer cukup2 mkn hahahhaha.

Sampai sekarg ibu baca lagi blog mard nie..sape2 nk susukan ank sepenuhnya boleh la bc blog nie..info sgt menarik n byk info. samapi mard ni ada blog lagi sal penyusuan duniasusuibu. Baguskan!!:D Nie ibu ambik dr blog ummiku sayang..utk diri ibu n kwn2 surirumah:D

Ingin menjadi surirumah?

Pesanan dari Ummu Solihin untuk Ummi bertarikh 13/7/2008 (sms ini masih disimpan dalam hp Ummi, seminggu sebelum melahirkan Ibtisam):
  1. Tahu matlamat kenapa kita jadi surirumah. Kita akan jadi semakin tegar mendengar cakap-cakap orang. JANGAN dengar cakap orang lain. Ini HIDUP KITA, kitalah yang berhak mengaturnya
  2. Kejayaan manusia tidak boleh diukur dari segi banyak mana wang yang dia ada. Ini semua kejayaan palsu. Allah tak pandang semua tu.
  3. Kejayaan sebenar ialah apabila kita taat perintah Allah dan amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.
  4. Jika manusia pandang hina pada kita kerana kita tidak ada sumber pendapatan, tak mengapa. Itu PANDANGAN MANUSIA sahaja. Apa yang lebih penting ialah PANDANGAN ALLAH.
  5. Sebagai surirumah, kita ada banyak masa untuk memperbanyakkan usaha memperbaharui iman.
  6. Apabila kita buat sesuatu dengan niat akhirat, Allah akan bantu kita dan dunia akan datang pada kita dalam keadaan HINA (hadis).
  7. Di dunia mungkin tak nampak hasilnya, tapi di akhirat nanti Allah dah siapkan SYURGA yang luasnya 10 kali lebih besar dari dunia.
  8. JANGAN sesekali cuba terangkan pada orang matlamat kita. Orang tak akan faham. Apa yang kita boleh buat, cuma DIAM, SENYUM, TAK CAKAP LEBIH-LEBIH.
  9. Kita hanya tunjukkan hasil (anak yang soleh, hafiz quran, bijak dll), tak perlu cakap apa-apa.

Terima kasih kepada Ummu Solihin kerana sms ini sentiasa mengingatkan Ummi MENGAPA UMMI MENJADI SURIRUMAH.

4 comments:

  1. yer..betul! saya sangat setuju...saya pun seorang surirumah ber degree...hehe...

    saya rasa puas hati dapat jaga, didik sendiri anak & lihat hasil didikan kita.

    IBU ADALAH SEKOLAH PERTAMA!

    moga Allah sentiasa rahmati kita semua. amin

    ReplyDelete
  2. salam k nonie,
    huhu sedih dan terharu baca artikel k nonie kali nie. nasib kita sama la.. dpt jd cikgu pregnant plak. tapi, sayang anak lebih. skang menganggur, jg anak kat umah je. dah spakat suami istri, saya dok umah jer jg anak. tapi kene tahan la desap desup telinga tanya bila nak keje, membazir blaja tinggi2 tur.. loan sapa nak bayar. walaupun loan x smpai 10k terpikir gak sapa nk bayar, huhu.. tapi btul gak kata pn Ummu Solihin tu, fikir akhirat jg anak jd soleh dan solehah lebih berkat. rezeki dimana2 kan.. eh..terpnjg plak komen.. hehe sama2 lah kita pikir2kan yg mana lbih baik.. :)

    ReplyDelete
  3. natasha & niza

    hihi o rupenyer ramai kwn2 kat sini suri kepada suami n anak2. Hati tue tekad nk jaga anak2 n suami memg izinkan n dia lagi suke. tapi tuela org2 luar punya ckap2 panas telinga n hati. Kdg2 org pandang sebelah mata jer..huhu..
    semoga ngn pengorbanan ini membuahkan hasil yg baik dgn izin Allah s.w.t..amin
    kita buat gabungan surirumah tangga plak hikhik..tq ek..dpt juga menennagkan hati yg rawan ngn komen kwn2 kat sini tq, luv u ol:)

    ReplyDelete
  4. Salam. Baru terbuka hati nak komen kat sini... Nonie, sebenarnya ada degree / master atau hatta ada PhD sekalipun, jadi surirumah banyak sangat pahalanya. Kejayaan dapat sijil berjenis-jenis tu kejayaan di dunia. Yang penting, bila jadi surirumah, kita buat semuanya dengan tangan kita sendiri dan tak dibalas dengan gaji. Tapi kita kena yakin, Allah balas di akhirat nanti.

    ReplyDelete