Wednesday, April 28, 2010

Wanita@isteri

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia.”

Hukama' ada berkata :
“Jangan engkau nikahi wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau nikahi yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
1) Wanita Ananah ( انانة ) : banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat dibuat-buat sakit.

2) Wanita Mananah ( منانة ): suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3) Wanita Hananah ( حنانة ) : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dinikahinya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah ( حداقة ) : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya

5) Wanita Baraqah ( براقة ) : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah ( شداقة ) : banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Jika anda lelaki yang mencari suri penyeri mahligai kasih..pastikan tidak memilih ciri-ciri wanita sedemikian demi kelangsungan hidup yang diidami.

Ingatan buat gadis-gadis muslimah, hiasilah diri dengan pakaian taqwa, akhlak mulia dan perelokkanlah pekerti. Nescaya kalian semua akan menjadi bakal isteri dambaan lelaki-lelaki soleh.

Tidak lupa buat yang sudah menjadi seorang isteri,seperti diriku ini, jangan buatkan suami menyesal memilih anda menjadi permaisuri hidup kerana sifat-sifat di atas. Muhasabah diri masing-masing. Berubahlah untuk kebaikan demi kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

nie ibu copy dr ummu ammar
Sebagai peringatan dan ikhtibar ibu dan semua kwn2 blog ini..:)

No comments:

Post a Comment