Friday, June 17, 2011

ikhLas


"Apabila tindak-tanduk kita dalam hidup tidak berpusat pada keikhlasan, kita akan berasa kecewa berulang-kali. Orang yang tidka ikhlas banyak tersinggung. Kita perlu membiasakan sikap tawakal, iaitu menyerahkan semuanya kepada Allah selepas berusaha sebaik mungkin. Serahkan sahaja semua yang terjadi kepada Allah. Jangan kita sebut-sebut ataupun mengungkit kebaikan yang kita buat, kerana ia berpotensi membawa kita kepada rasa tidak ikhlas. Dalam hal ini, di mana pula letaknya kekuatan hamba-hamba Allah yang ikhlas?"




"Orang yang ikhlas memiliki kekuatan rohani yang besar dan hebat. Kekuatan rohani ini adalah cahaya hidup yang tidak akan kehabisan minyak, malah ters menyala. Cahaya ini membimbing hamba-hamba yang ikhlas menuju kepada Allah. Keikhlasan manusia pula dapat dilihat daripada raut muka, tutur kata serta tingkah-lakunya. Jiwa orang yang ikhlas sentiasa bersih daripada mereka-reka cerita. Tiada luahan kata-kata ataupun perbuatannya yang membuat kita berburuk sangka kepadanya. Mereka melakukan semua perkara tanpa berpura-pura. Semuanya dibuat tanpa mengharap apa-apa kecuali mendapat keredhaan Allah. Bagi tujuan ini, dia berusaha memberi yang terbaik kepada orang lain serta kehidupan ini."

sumber: dr buku indahnya kematian dr blog Kakchik

No comments:

Post a Comment