Tuesday, April 26, 2011

~renungilah

Permata, antara kilauan yang diburu manusia. Namun, berapa ramai yang menyedari keberadaan '4 permata' dalam dirinya. Kilauan keempat-empatnya akan sirna dengan kewujudan 4 unsur perosak.
1) Akalmu yang sihat, akan hilang sinarnya oleh kemarahan yang memuncak.
2) Agama yang memacu dirimu kepada kebenaran, akan hilang sinarnya kerana i...ri dan hasad.
3) Malu yang menjagamu dari kemaksiatan akan hilang sinarnya dek kerakusanmu mengejar dunia tanpa waspada.
4) Dan amal soleh yang mengindahkan peribadimu akan hilang sinarnya kerana umpat dan adu domba.
JUsteru, peliharalah kilauan 4 permata di dalam dirimu ini : AKAL, AGAMA, MALU DAN AMAL SOLEH, kerana permata dunia hanya mengindahkan dirimu di dunia semata, tetapi permata2 di 'dalam dirimu' akan membantu mencantikkan hidupmu di dunia juga di akhirat sana.
Facebook: ustazah noraslina jusin

No comments:

Post a Comment