Thursday, May 20, 2010

YB Datuk Bung Mokhtar n Zizie



Masa dinner tadi..tiba2 papa kuar topik Yb Bong n zizie. Papa cakap Yb kena denda penjara setahun ek?? Papa pun bok bek bok bek bagi hujah, ecehh sayang semangat nampak ckp pasal poligami2 nie..hem hem hem...Bukanla papa ni suka kan Yb bong or peminat zizie:) tapi papa cakap dr sudut agama dan undang2. Apapun nie ibu ambik pendapat dr DR. Mohd Asri

"Saya amat bersimpati dengan apa yang menimpa YB Datuk Bung Mokhtar. Inilah bagi saya undang-undang yang ‘caca-merba’ atas nama agama. Seseorang yang berkahwin dengan proses yang halal diambil tindakan hanya kerana dia berpoligami. Dalam masa yang sama, kita boleh melihat berbagai filem dan aktiviti seni yang berpelukan dan bermesraan atas pentas, ditonton ramai tidak pernah diambil tindakan. Jika pun pihak Jabatan Agama ingin membendung salahlaku atau salahguna poligami, buatlah peruntukan undang-undang yang tegas kepada suami yang berpoligami tetapi tidak menjalankan tanggungjawab. Bukan undang-undang mengambil tindakan hanya kerana seseorang itu berpoligami. Undang-undang menyanggahi ruh Islam yang luas dalam masalah ini. Soal keadilan tidak boleh dinilai di sudut tertentu semata sebelum perkahwinan. Entah berapa ramai lelaki yang kononnya layak berpoligami kemudian tidak adil.



Untuk membendung ketidakadilan poligami bukan dengan menghalang poligami. Itu hanya meningkatkan maksiat semata. Sebaliknya, untuk menghalangnya ialah dengan diketatkan undang-undang di sudut keadilan antara isteri kepada suami yang berpoligami. Malanglah, jika yang berkahwin diambil tindakan, tetapi ‘ada yang ternama tidak berkahwin’ bebas dengan pasangannya yang ternama.

Persoalan yang patut difikirkan, adakah undang-undang yang seperti ini boleh dinamakan sebagai undang-undang syariah? Saya bersimpati dengan YB Datuk Bung Mokhtar dan isterinya dalam kes ini."

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

2 comments:

  1. x leh nk comment sgt psl ni arr...bukan apa,bab2 poligami ni kalau ckp smpai bila pun x abis kan?tp sian gak la,dh nikah pun kena gak ye..kalau lom nikah tu kena,xpe la jugak...tp susah nk ckp la kes2 camni....

    ReplyDelete
  2. a ah mummyar..memg takut@malas nk sentuh bab poligami2 nie..hati wanita la katakan..hikhk

    ReplyDelete