Thursday, May 27, 2010

~amin...~

Dimulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang yang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul tercinta kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Agung,
Rahmatilah aku dengan al-Quran,
Dan jadikanlah al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya petunjuk dan rahmat.
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Sempurna,
Ingatkan aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat al-Quran.
Ajarkan aku daripada al-Quran apa yang belum aku ketahui.
Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang,
Dan jadikan al-Quran itu hujah bagiku,
Untuk menyelamatkan aku di hari akhirat..wahai Tuhan pemilik sekalian alam.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusanku,
Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku,
Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku,
Dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan,
Serta jadikanlah kematian sebagai istirehat bagiku daripada segala kejahatan.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya,
Sebaik-baik amal pada penyudahnya dan sebaik-baik hariku iaitu hari bertemu dengan-Mu…

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang..
Kematian dalam kebenaran..dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya..

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengetahui…
Aku memohon kepadamu sebaik-baik permohonan..sebaik baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian..
Tetapkan (kakiku di atas siratMu) serta beratkan timbanganku..
Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku..
Ampunkan kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurgaMu..

Ya Allah ya Tuhanku..
Aku memohon kepadaMu apa-apa yang mewajibkan rahmatMu..
Juga apa-apa yang memastikan keampunanMu..
Keselamatan daripada segala dosa..
Keuntungan daripada segala kebaikan..
Kemenangan dengan Syurga dan pelepasan daripada api neraka..

Ya Allah ya Tuhan ku..perbaikilah akibat bagi setiap urusanku,
Hindarkanlah aku daripada kehinaan dunia…dan azab hari akhirat.

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Kurniakanlah aku rasa takut hanya kepadaMu,
Yang dengannya dapat menghalang aku berlaku maksiat dan durhaka kepadaMu..
Kurniakanlah aku ketaatan kepadaMu yang dapat menyampaikan aku dengannya ke Syurgamu..
Kurniakan lah aku keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpaku..
Berikanlah aku dapat meni’mati pendengaran-pendengaranku,
penglihatan-penglihatanku, kekuatan-kekuatanku selama Engkau masih menghidupkanku..
Dan jadikanlah semua itu warisan daripadaku..Balaslah orang yang berbuat zalim terhadapku..
Bantulah aku dalam menghadapi musuh-musuhku..
Janganlah Engkau timpakan musibah dalam agamaKu..
Janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utamaku..
Janganlah pula jadikannya nilaian pengetahuan ku..
Serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada ku sebagai pemimpinku…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Janganlah Engkau biarkan ku sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya…
Tiada sebarang kebuntuan melainkan Engkau lapangkannya..
Tidak juga hutang piutang melainkan Engkau berikan jalan untuk menyelesaikannya..
Dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya…
Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang Penyayang..

Wahai Tuhanku…
Kurniakanlah aku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat..
Dan lindungilah aku daripada azab api neraka.

Selawat Allah dan Salam yang tidak terhingga ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya serta para sahabat yang terpilih..

“Ashadu anla ilaaha illalah, wa ashaduanna Muhamaddar Rasulullah”
Laa hawla walaa quwatta illa billah !!

1 comment: