Wednesday, October 21, 2009

Bukan senang bergelar ibu...:)


Sebagai wanita dan ibu, ada harinya kita berasa terlalu penat, bosan atau tertekan lebih-lebih lagi dengan kerja-kerja rumah yang tidak pernah surut dan anak-anak yang masih kecil.

Apabila situasi itu melanda, seolah berasa sukar untuk mengembalikan semula mood yang lebih baik.

Mood kita memang mudah terganggu. Sebagai contoh, di saat orang lain lena diulit mimpi pada waktu malam kita pula terjaga, menangis, tidak boleh tidur dan merasakan bahawa kita manusia yang paling tertekan di dunia ketika itu.

Namun, jangan terus berperasaan begitu, sebaliknya harus selalu ingat bahawa sebagai manusia biasa kita tidak boleh melakukan segalanya dengan sempurna dan mood kita tidak sentiasa baik.

Seorang pakar psikologi, Patricia Farrell berpesan apabila terlalu penat, jangan memaksa diri melakukan semua tugasan sekali gus. Sebaliknya, bertenang dan jika ketika itu bersama anak yang masih kecil cuba bermain dengannya atau sekadar berbaring di sebelahnya sambil melihat dia bermain dengan permainannya.

Anak akan gembira apabila ibunya berada di sampingnya ketika dia sedang bermain. Dan pada masa yang sama si ibu boleh mengambil kesempatan untuk berehat sebentar.

Bila berasa tertekan

Rasa marah dan kecewa boleh merosakkan seluruh hari tersebut jika kita sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk ‘melarikan’ diri daripada keadaan tersebut.

Apabila kemarahan menguasai diri cubalah panduan ini.

  • Minta bantuan daripada suami.

Kita perlu ingat bahawa anak bukanlah anak kita seorang tapi anak suami juga. Memang anak anugerah yang membahagia dan menggembirakan, namun kita juga kena berdepan dengan masa-masa sukar selepas kelahiran bayi tersebut.

Pasangan suami isteri mesti menerima hakikat bahawa apabila teramat penat, maka perlu berehat. Bergelar ibu bapa bererti memikul satu amanah untuk kesejahteraan anak tersebut, namun jangan jadikan ia satu beban apabila tidak mampu untuk memberikan yang terbaik.

Paling penting ialah masalah tersebut tidak dijadikan punca suami atau isteri bergaduh. Selepas anak tidur, inilah masanya menguruskan diri, jangan biarkan tekanan terus menguasai diri.

  • Ceriakan diri dengan apa jua cara.

Menonton video kelakar atau mendengar muzik adalah antara cara untuk menghilangkan tekanan. Ingat pepatah Inggeris, ‘ketawa adalah penawar yang terbaik,’ jadi berilah penawar kepada tekanan dengan ketawa.

  • Bermain dengan haiwan peliharaan.

Kajian juga menunjukkan meluangkan masa bersama haiwan peliharaan mampu mengurangkan tekanan darah juga tekanan mental. Jadi jika mempunyai ikan peliharaan di kolam, luangkan masa untuk memberikan ia makan, situasi tersebut pasti memberikan sedikit kelegaan.

  • Telefon dan bercakap dengan sahabat atau adik beradik tentang keadaan semasa.

Membicarakan tentang perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan tetapi memberi satu ruang baru bahawa kita tidak berseorangan.

Jika meluahkan perasaan dengan orang lain bukanlah bermakna kita seorang ibu yang teruk dan anak kita bukanlah satu-satunya anak yang paling degil. Mungkin rakan kita mempunyai kisah yang lebih teruk, siapa tahu jika tidak berkongsi.

  • Jika telah ‘terlepas’ menengking dan bertindak kasar terhadap anak kecil, jangan berat mulut untuk meminta maaf. Ucapkanlah kepada mereka bahawa anda tidak bermaksud untuk meninggikan suara dan bercakap perkara yang tidak sepatutnya.

Apa yang penting ialah bagaimana mendamaikan situasi tersebut. Peluk dan ciumlah anak dan beri tahu mereka yang anda tadi terlalu marah dan kini sudah reda. Dengan melakukan perkara tersebut, anda dan anak akan merasa begitu lega.

Bila dalam kesedihan

Siapa yang tidak pernah berhadapan dengan situasi yang menyedihkan? Situasi di mana kita berasa begitu tertekan, ingin menjerit dan menangis sepuasnya, namun tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya.

Jangan susah hati, cuba panduan di bawah ini. (Tetapi jika berasa tidak suka kepada anak secara tiba-tiba, segeralah bertemu doktor kerana ia mungkin merupakan simptom tekanan selepas bersalin atau meroyan).

  • Jangan sesekali cuba membandingkan rutin harian kita dengan orang lain kerana jika mendapati cara kita tidak sempurna seperti orang lain hanya akan menambahkan tekanan.

Adalah susah untuk menjaga orang lain sekiranya diri sendiri tidak diberi perhatian terlebih dahulu. Jadual harian akan membantu menstruktur semula hari anda. Jangan duduk dan termenung sahaja, cuba ikuti jadual yang telah ditetapkan dan pasti akan berasa hari tersebut satu hari yang berkualiti.

  • Peruntukkan sedikit masa untuk tidur sekejap. Cuba baring di atas sofa, tonton televisyen atau baca buku yang tidak mempunyai gambar. Dengan melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan bayi mampu mengembalikan semula semangat yang hilang.
  • Jika bentuk tubuh yang tidak menarik menjadi masalah anda. Mulakan senaman, bawa anak ke bilik yang lapang, pasang muzik dan mulakan senaman, anak anda juga pasti akan teruja dengan bunyi muzik yang dipasang.

suker ngn artikel nie..ibu copy dr blok kak baiti...
Semoga boleh jadikan panduan bersama:)

2 comments:

  1. Nonie...
    Aku plak tak sabar nk jadi ibu...
    Best kan ada anak sendiri...
    Bila anak2 dah besar bleh jd kawan:)

    ReplyDelete
  2. :)
    memang sgt syiok n best biler dh ade ank sndiri.
    tapi jgn ingt seronok jer,tangungjawab besar tue..
    jgn kata bile dh besar..skrg nie ammar la sahabat karib ibu hihihihi

    ReplyDelete