Sunday, October 19, 2008

Ni ibu copy dr puteri ezza..

Ibu pun xtau nk komen ape dah..skang mcm2 hal berlaku..;p Melodi td pun artis kecoh dok marah2...ntohla..lu pk la sendiri...

Mungkin sudah terlewat untuk Puteri Ezza memaparkan isu hangat berkaitan penganugerahan gelaran Datuk kepada aktor terkemuka, Shah Rukh Khan. Ya, pada asalnya, aku juga seperti masyarakat Malaysia (atau masyarakat dunia) yang lain - sangat terkejut dan beranggapan tindakan kerajaan Melaka itu tidak berasas atau suatu tindakan yang disulami kebodohan. Namun, kini aku sudah boleh menerima keadaan ini dari sudut yang positif. Tidak dinafikan, sebagai manusia biasa, kita cenderung melihat sesuatu perkara dari aspek yang negatif, sebelum melihat sudut yang positifnya. Betul, kan?

Sebenarnya, aku telah ditegur oleh salah seorang ahli keluarga (pakcik aku), apabila begitu berapi-api membicarakan soal DSRK ini. Satu teguran yang benar-benar membuatkan aku terpukul. TerCHECK-MATE gitu. Huhu. Begitu mudahnya aku menghukum dan menidakkan rezeki DSRK. Uncle yang menegur aku itu berkata, “Satu aspek penting yang kamu perlu pelajari untuk menjadi pemimpin adalah menghormati rezeki orang lain dan belajar melihat sesuatu perkara dari sudut yang positifnya apabila semua orang memikirkan sudut yang negatifnya.” Sila baca keseluruhan entri ini untuk mengetahui sebab TERSIRAT penganugerahan Datuk kepada DSRK. Anda mungkin akan berubah fikiran…

Penganugerahan gelaran Datuk kepada DSRK Bukan semata-mata kerana telah mempromosikan Melaka ke serata dunia. Tetapi, beliau juga sebenarnya banyak berbakti dengan memberi sumbangan yang tidak sedikit jumlahnya kepada mangsa-mangsa bencana alam di Malaysia dan juga golongan yang memerlukan. Bukan setakat di Malaysia, malah di negara-negara jiran juga. Namun, hal ini tidak didedahkan kepada media atau mana-mana pihak yang lain, atas kehendak empunya diri itu sendiri. Lihatlah… betapa mulianya hati DSRK. “Tangan kanan memberi, tetapi tangan kiri langsung tidak tahu”.

Jadi, bagaimana pula aku tahu? Uncle yang menegur aku itulah yang telah memberitahu. Ada satu ketika, apabila DSRK memberi sumbangan itu, beliau (uncle) kebetulan ada di situ. Bukan sedikit jumlahnya ya. Dan, khabarnya… bukan sekali dua DSRK menyumbang. Banyak kali. Saya ulangi, BANYAK KALI ya… Beliau juga telah menyelamatkan nyawa ’seorang pesakit kritikal’ di Malaysia dengan membiayai penuh pembedahan serta rawatan pesakit berkenaan yang terkategori sebagai ‘golongan sangat daif’.

Itulah sebab-sebab yang tersembunyi di sebalik penganugerahan gelaran Datuk itu. DSRK boleh sahaja mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kepada seantero dunia bahawa penganugerahan gelaran Datuk itu bukan semata-mata kerana musabab yang dicanang oleh media, sebaliknya kerana sumbangan-sumbangannya (yang bukan sedikit jumlahnya) kepada golongan yang memerlukan di Malaysia. Dia boleh sahaja mendedahkan jumlah sumbangannya itu kepada media supaya seantero dunia tidak lagi akan menghina dan mengejinya, atau mengutuk pihak yang menganugerahkan gelaran Datuk itu kepadanya Tetapi, beliau masih senyap. Keikhlasannya dalam beramal bakti telah mengunci mulut aktor itu. Pihak yang menganugerahkan juga senyap demi menghormati permintaan DSRK.

Aku bukan hendak membela DSRK. Cuma, aku ingin mengajak anda berfikir dan bermuhasabah diri.

NOTA SISIPAN: Rela lepaskan gelaran Datuk demi anugerahNya di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment