Saturday, September 27, 2008

Ikhlas...

Hukama ada menyebut,

‘Dalam kehidupan ini, akan selalu kita temui susah dan senang bersilih ganti. Apabila terlepas daripada kesusahan yang satu, datang pula kesulitan lain. Kesenangan itu terletak antara dua kesusahan dan kesusahan itu terletak antara dua kesenangan.

Ada kenikmatan yang dibungkus dengan kesusahan dan ada pula kesengsaraan yang dibungkus dengan kesenangan.

Di samping kesulitan itu ada kelapangan. Yang buruk itu ada faedahnya dan yang baik itu ada juga buruknya. Hanya orang yang bersifat ikhlaslah yang selalu memetik hasilnya.”

Susah dan senang adalah pakaian, seringkali manusia melihat senang sebagai kebahagiaan dan kesusahan sebagai kesengsaraan. Dan lupakah kita, bahawa setiap yang dikurniakan kepada kita, mempunyai hikmah dan kebahagiaan yang tidak terbanding, walaupun pada biasanya kita merasakan, ia adalah kesusahan.

Renung-renungkan

No comments:

Post a Comment