Sunday, October 24, 2010

Pelihara kesihatan hati

Hati yang tidak bahagia itu adalah berpunca dari kekotoran sifat mazmumah.Hati manusia harus
dipelihara kesihatannya sebab hati merupakan pusat aktiviti manusia.

Disamping sebagai pusat aktiviti, hati juga mudah terkena wabak penyakit sebagaimana penjelasan
dalam Al-Quran:"Dihati mereka itu ada penyakit" - Ibid,halaman 18.Apabila hati terkena penyakit,maka
akan mempengaruhi segala sikap,pemikiran dan tingkah laku manusia ke arah yang negatif.Yang pada
akhirnya akan menimbulkan berbagai macam kerosakan.

Ulama'-ulama' sufi selalu memperhatikan untuk memelihara kesihatan hati.Mereka juga mempunyai cara
untuk memelihara kesihatan hati ini iaitu dengan cara melaksanakan dua tugas :

1.Tugas Takhalli (mencuci) iaitu tugas membersihkan hati dari semua sifat-sifat yang tidak baik .Dalam tugas ini ,
sebahagian ulama' Tasawwuf menyatakan bahawa ada tugas-tugas yang mesti dikerjakan ,antaranya:

a.Membaca Al-Quran dengan tadabbur iaitu membaca Quran dengan hati yang kusyuk,lidah kita membaca ;hati
kita mengikuti dan perasaan menhayati pengertian dan tujuannya.

b.Membiasakan berlapar , agar rajin beribadah.Apabila perut sentiasa kenyang ,akan mempengaruhi rasa letih
dan malas beribadah dan menaikkan nafsu syahwat.

c.Qiamullail,perbanyakkan solat malam akan lebih mendekatkan diri pada Allah.

d.Istiqfar , dari dosa besar dosa kecil,dosa zahir dosa batin,dosa diketahui dosa tidak diketahui,dosa
disengajakan dosa tidak disengajakan, dosa yang lepas dan dosa yang akan datang.

e.Bergaul dengan orang-orang yang baik dan orang-orang yang soleh.

2.Tugas yang kedua ialah tugas Tahalli (mengisi),melengkapi hati yang telah dibersih itu dengan wadah
-wadah baru seperti zikrullah.Apabila segala penyakit tadi sudah beransur-ansur kita buang,hendaklah
kita isi diri kita dengan sifat-sifat terpuji seperti tawadu',redha,ihklas dan sebagainya.

Jikalau dua tugas ini kita lakukan secara istiqamah (berterusan),Insyaallah nanti hati kita akan bersih,
terhindar dari penyakit batin bahkan bahagia.

sumber: halaqah.net

Sebab-sebab hati tidak bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"
sumber: halaqah

Bila Cinta-Gio (male version) with lyrics.wmv

Bila Cinta - Gio (Ost Lagenda Budak Setan)


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
yangku dapat
hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana


Uuu…

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

.....
Dalam harapan ...uuuu

Saturday, October 23, 2010

cerita basi tapi masih hangat

Dah lama xmenulis nie, cam xder idea plak nk dicurahkan eceh..hihi
Mehla ibu nk cite kisah pada hari raya aritu..dh abih dh syawal baru nk cerita isshh;p

Ginila kisahnya, bermula pada bulan puasa sorg kawan papa ni zaman blaja dulu. Tiba2 tipon..okla tipon tue tapi nie tipon cam nk dekat kul 1 pagi. Mana la nk tido nk bgn sahur lagikan. Ada la dalam 2 3 kali tipon nk kul satu. Pelikla gak kan selama nie diam jer.

Pastu papa jemputla dtg raya, n pk2 soh la dia dtg raye ke 3. Kami dh relax sikitla kan, x g jln2 dh. Sempena dia nk dtg tue kami cadangkan terus nk buat ala2 open hose la kan. Menu nasi dagang, nasi tomato n nasi himpit kuah kacang:D Dia ni org sabah tapi ngaja di semenanjung, wife org sane.

Tup..tup raya kedua, waktu papa g kedai papa tipon ckp kwn dia dh sampai.Aikkkkkk..dh la aritu ibu xmasak sbb dh g open house merata2. xsempat nk ready ape..jadinyer kwn tue tido bilik atas. Memg kelam kelibut sebab nk masak utk esok lagi, air plak slow,anak2 buat peel lagi adehla.

Dipendekkan cerita, papa xdapat nk borak byk2 sbb nk tolong ibu masak kan. Lagipun kwn papa tue cam dh tertido atas sofa. JAdinyer, bila dh kul 12 ibu nk tido la kejap nanti nk bgn masak balik. Kepala dh pening2, Kwn tue tidur di sofa sedangkan ibu n anak2 semua memg tido kat ruang tamu. xkan ibu nk terbongkang depan dia kan?Ibu mintakla papa kejutkan kwn dia tue tido atas. Berkali2 kejut xnak tido atas. Ibu cam dh hangin jugak sikit, ngn kepala sakit lagi.

Sekali rupe2nyer kwn tue dia takut kata ada gangguan kat atas, Sebabnya, sebelum tue nuha nie nangis. Mayb meragam sbb mkn mcm2 masa beraya. Nuha kalu nk dgr dia nangis memg payah tapi kalu dh start..mula2 ngs dh volume menjulang, cam kena dera gitu hahhahahhaha.

Jadi, kwn ni takut nuha ngs n cakap ada gangguan kat ats. Ermmmm...Berkali2 papa cakp memg nuha jenis ngs gitu tambah2 dia kot2 sakit perut:( Last, die mintak g antar hotel..eh pulak. Ibu ingt papa wat lawak, sekali betul. Dia nk naik atas siap ambik wuduk lagi huhu.
So, g la dia ke hotel lam kul 12 lebih. Aih serba salah la papa n ibu, tahan pun xleh dia nk g gak.:(
PEsoknya plak hilang tanpa berita. Papa msg pun xjawab.

Bbrapa minggu lepas tue kami jumpa dia kat kk. Terkejut amat sgtla papa n ibu dh waktu tue masuk sekolah dh kan. Dia xngaja ker??Papa ajak minum2, bila kitorg duduk dia ckp kejap nk ambik barang. Kami tunggu nk sejam dia xdatang2 pun huhuhu ntah la kesian plak ngk dia. Cam org xbetul. Ngn serabainyer ada lebam la kat dahi.

Dr info kwn sorg lagi rupenyer dia dh tukar ke sabah n ada problem ng wife cam berpisah ke bercerai ke xtaula. PAtutla dia jadi gitu. Papa nk tolong pun dapat sbb tipon xdapt ermmmmmmm....

Friday, October 15, 2010

entry cam tiada penutup hihi

Selamt petang semua:)

Sekarg internet dok ok lgi, anak2 sayang tido n papa dok tunggu nk ngk budget. Jadi ibu yg baru lepas uli donut ambik kesempatan singgah menulis di blog sendiri hihi Entahla cik donut tue jadi ke x, ni dh kali ke 5 ke apa ibu buat. xnaik2 elok jugak. Kalu umi ibu buat..pergggghhhhh gebus gilossssssss!!!(rindu umi huhu)

Lama jugak xberapa nk mencurah2 idea nk menulis. Ada yg ingin ditulis tapi bila dh terkumpul semua jadi simpanan dalam kepala saje hihi. Kadang2 memg ibu terasa jugak malas nk menulis tapi dengn menulis di sini kdg2 rasa best jer hikhik.
Minggu lepas adalh sgt sakit huhu. Ibu sakit perut sampai xleh nk jalan. Senak sgt2. Kalu dtg sakit tue kebas semua kaki smpai kepala. Ingt malas nk g klinik last2 sekali pergila jugak sbb xtahan.
Dalam sakit2 pun sempat merajuk ngn papa hihi dan2 plak ibu dok cari sal kanser rahim sebab sakit sgt kan. Dtg pulak papa kat blkg gelak2 kat ibu hahahha..Katanya xyah dok cari tuela cari sakit batu karang ke ape ke! Ibu diam jer, padahal ibu pun nk gelak, tetiba jer dtg kat belakg ibu.

Sekali cek2 KOMPEM!!!! BAtu karang huhu..Kerana la ibu nie kurg ilmu ibu ingtkan batu karang lelaki jer dapat hahahahha. Cam waktu remaja dulula ibu ingtkan org kurus jer dapat gastrik hihi.Dan sejak itula, jgn cuba2 mkn ubat lambat ok, sbb nanti doc peribadi akan pokpekpokpek walaupun baru jr 2 jam mkn ubat hahahahhaha.

Tapi sakit kali ni walaupn sakit tapi ibu rasa bahgia xtau kenapa tapi biasala nk manja2 ngn papa mulut pokpek la.hihi Kenapa bahagia??NTAh..Alhamdulillah skrg dah pulih dh.Syukur

Wednesday, October 13, 2010

anak perempuan~


adik tersenyum manis:)


gembira mau berjalan2

cubaan utk ikat rambut
BERJAYA!!!

Try letak penyepit plak
tapi tercabut huhu
papa sayang adik:)Ibu sayang adik:)
muahhhhhhhh

Sehari2an bersama anak2 memg seronok. Nuha Maisarah si adik plak makin byk perangai hihi..dr pemerhatian ibu adik nie cam berani sikit. hihi..boleh jer dia nk diri2 sendiri lepas tgn, ada plak tue ngk2 dok atas kerusi dah..menjerit ibu huhuhuh Pandai buat2 muka nk ngs hihi Asal papa nk g keje kalu dia dh bgn siapla ngs nk ikut hahahaha padahal kalu papa kat umah jarang mau dok ngn papa kalu ada ibu.
Semoga anak2 ibu menjadi insan yang berguna, berakhlak mulia dan berhati baik jujur.Ibu sayang kalian berdua.

Anak lelaki ~


Ni gambar ammar waktu kt CP.Waktu tue ade astro main2 bola kot.
Sempat la ngk artis2 astro yg separa berlagak tue beratur
lalu depan ibu. huhu Ammar ni dok main bola la ngn
sape ntah nama die..dr...penah dtg kat
Jozan tue. Tapi ibu xngk pun persembahan artis2.Papa xbagi hahhahahha
Ammar plak sempat merajuk sbb xdapat bola :P


Posing manja dr ammar kasyfi:D

Rajin kan anak ibu:)
sampai dua2 tgn buat keje
hihi


mop sampai kering yer sayang muahhh

ibu sayang ammar:D

Alhamdulillah..ammar membesar dgn baik n nakal huhu. Sekrg dh rajin tolong2 ibu jemur kain.Jemur seluar dia n adik punyer. Pandai nyanyi2..Boleh plak masa ibu solat, dia dgr lagu ibu di tv. Datang kat ibu nyanyi Ibu..ibu..sambil peluk ibu huhu Tapi tuela ibu nie tahap kesabaran masih menipis kadang2 tue kena la ditarzan oleh ibu n kena cubit sikit huhu..Semoga ibu diberikanNya kesabaran yang lebih tinggi utk menjaga anak2 ibu. Ibu sayang anak2 ibu:D

Monday, October 11, 2010

KPLI Ambilan Jan 2011

Semalam ibu ngk2 fb sekali nmpak la kwn ibu ni ckp ada

Ambilan KPLI Jan 2011...

buka 11.1o - 24.10.2010


G cek kat web kpm ade betul...
so bolehla start beli
no pin d bsn yer sape2 yg berminat:D

Semoga berjaya!!!