Hubungi: Encik Amran Baharum
Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Web : www.lifeline4gaza.org
Emel : media@lifeline4gaza.org
Mei 31, 2010
Buang bayi dalam kotak Oleh Salman Hamat salman@hmetro.com.my KULAIJAYA: “Kali pertama melihat wajah bayi di dalam kotak susu itu, saya mahu menyelamatkannya malah sepanjang perjalanan ke hospital, saya tidak putus mendoakan bayi yang masih bertali pusat itu panjang umur dan dapat diselamatkan.
“Bagaimanapun, saya terkilan apabila tepat azan Subuh dilaungkan bilal surau hospital, doktor mengesahkan bayi perempuan malang itu sudah menghembuskan nafas terakhirnya walaupun pelbagai usaha dilakukan pasukan perubatan,” kata Zulkifli Samsi, 40, bapa kepada tiga anak menceritakan detik cemas cubaannya menyelamatkan bayi perempuan yang ditemuinya di dalam kotak susu di sebuah hentian bas depan Sekolah Menengah Munsyi Addullah, di sini, jam 4.50 pagi semalam.
Menurutnya, ketika kejadian, dia secara kebetulan melalui jalan berkenaan untuk minum di gerai berhampiran sementara menunggu azan Subuh sebelum berjemaah di surau berhampiran.
Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila melihat sebuah kereta tiba-tiba berhenti di kawasan berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum memecut laju.
“Dalam keadaan samar-samar, saya dapat melihat kelibat manusia keluar daripada kereta terbabit sambil membawa sesuatu, dengan kelam-kabut dia terus meletakkan objek di hentian bas sebelum memecut laju ke arah Johor Bahru.
“Sifat ingin tahu menyebabkan saya berhenti dan mendapati sebuah kotak ditinggalkan di situ. Saya kemudian mengambil sebatang kayu untuk membuka kotak susu berkenaan sebelum terpandang wajah bayi yang diam membisu di balut menggunakan kain.
“Naluri kebapaan menyebabkan saya tidak berfikir panjang dan terus mengambil kotak berisi bayi itu dan masuk ke dalam kereta menuju ke Hospital Kulai (HK),” katanya.
“Ketika bayi itu dirawat, saya dapat melihat jarinya bergerak sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya menjalankan siasatan berhubung penemuan bayi itu. “Hasil siasatan awal bayi perempuan itu dipercayai berketurunan Melayu dan kami percaya dia dilahirkan dalam tempoh 24 jam.
“Ketika dirawat tali pusatnya masih lengkap dia hanya dibalut menggunakan kain tanpa baju serta ditinggalkan dalam kotak berkenaan.
“Berikutan itu kami memohon bantuan orang ramai membantu siasatan kes ini serta mengesan ibu dan individu bertanggungjawab melakukan perkara tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline Polis Johor 07-2212999 atau 07-6637222.
.ni ibu ambik petikan berita dr blog ini ..ada lagi berita tapi ibu ambik yg nie..sebab ibu cam terasa sgt ngn berita nie n ayat nie>>terpandang wajah bayi yang diam membisu di balut menggunakan kain.menitik airmata ibu. Sian kan..kenapa la dorang tergamak buang bayi, kita ngk bayi, walaupun bukan anak kita terasa sejuk hati dan pandangan.
Wahai manusia yg mungkin telah kehilangan hati akal dan perasaan..kembalila ke jalan yg benar.Bertaubatla..sahabat2 ibu sekalian..sama2 kita berdoa semoga tiada lagi insan2 comel ini diperlakukan kejam sebegini.
Written by admin |
Menjawab soalan saudari Anis Ainzafirah, "apakah hukum solat kalau telekung yang dipakai jarang, boleh nampak lengan kalau pakai short sleeve?" Menurut Imam asy-Syirazi Rahimahullah dalam kitab al-Muhazzab, adalah disunatkan bagi perempuan yang merdeka dan khuntsa bersembahyang dengan memakai pakaian yang terdiri daripada baju yang labuh, panjang dan menutupi seluruh badan hingga kedua kaki, memakai penutup kepala dan leher dari kain yang tebal dan menggunakan telekung (satu kain tebal yang lain yang menyelimuti pakaian tadi). Disunatkan juga telekung atau pakaian yang di sebelah luar sekali itu tebal, agar tidak membayangkan anggotanya. Juga telekung atau pakaian yang di sebelah luar tadi dijauhkan atau direnggangkan dari badan seseorang perempuan itu apabila dia ruku‘ atau sujud, supaya tidak membayangkan pakaiannya yang di sebelah dalam. Khatib asy-Syarbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj mensyaratkan pakaian (satir) yang digunakan untuk menutup aurat samada dalam sembahyang atau luar sembahyang ialah tebal yang boleh menutup anggota aurat. Bahkan ia hendaklah melindungi atau menutup warna kulit daripada dilihat dengan pandangan biasa. Dengan perkataan lain tidak menampakkan atau membayangkan bentuk badan. Kebanyakkan ulama Syafi‘e mensyaratkan hendaklah pakaian itu menutup dan menyelubungi seluruh anggota aurat. Berdasarkan syarat-syarat yang dijelaskan, maka berikut adalah beberapa contoh-contoh pakaian yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas: 1. Baju atau pakaian yang berlubang-lubang Aurat yang boleh dilihat melalui pakaian yang berlubang-lubang, contohnya pakaian yang ditenun dengan jarang, walaupun tebal, masih tidak memenuhi syarat satir, iaitu menyelubungi dan menutup keseluruhan aurat. 2. Pakaian yang jarang atau nipis Adapun maksud dari pakaian yang nipis atau jarang itu ialah pakaian yang boleh menampakkan warna kulit apabila memakainya. Untuk jelasnya adalah tidak tercapai maksud as-satir dengan memakai pakaian berikut dalam sembahyang: a) Sekiranya di dalam sembahyang dia memakai pakaian yang nipis atau jarang untuk menutup keseluruhan auratnya tanpa dilapis dengan pakaian lain seperti telekung dan seumpamanya, maka pakaian seperti ini tidak memenuhi syarat satir kerana tidak tercapai maksud dan pengertian tebal dan tidak pula menyembunyikan warna kulit. Ini disandarkan kepada hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Dari ‘Aisyah Radiallahu ‘anha sesungguhnya Asma’ binti Abi Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dia memakai pakaian yang nipis. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’ sesungguhnya orang perempuan apabila meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... Lalu Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadis riwayat Abu Daud) Hadis di atas dengan jelas melarang memakai pakaian yang jarang atau nipis di luar sembahyang, demikian jua dalam sembahyang. As-Sayyid al-Bakri kemudian menyebutkan, sesuatu kain atau pakaian meskipun berwarna atau yang dicelup jika ianya jarang dan nipis juga tidak memenuhi syarat as-satir. b) Begitu juga sekiranya dalam sembahyang dia memakai pakaian yang jarang atau nipis untuk menutup keseluruhan auratnya kemudian dia menutup atau melapis lagi pakaian tadi dengan telekung atau yang seumpamanya dan warna kulit masih kelihatan, maka samalah juga hukumnya seperti (a) di atas. Selain daripada jenis-jenis pakaian yang telah disebutkan di atas, harus bagi golongan wanita bersembahyang dengan memakai pakaian sutera atau menjadikannya alas (lapik sembahyang) ketika sembahyang. Manakala memakai pakaian yang mempunyai gambar atau menjadikannya alas (sembahyang di atasnya) atau menghadap ke arahnya, hukumnya makruh. Sembahyang Di Dalam Gelap Terdapat andaian apakah kegelapan atau ketiadaan cahaya boleh diistilahkan sebagai satir kerana ia menutupi dan melindungi warna kulit dan aurat dari pandangan mata? Menurut Ibnu Hajar al-Haitami, kegelapan tidak boleh diertikan sebagai satir. Oleh yang demikian, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang tidak menutup aurat sekalipun dalam gelap. Ternampak Aurat Sendiri Semasa Sembahyang Ketika hendak mengerjakan sembahyang pakaian hendaklah diberi perhatian, iaitu menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh syara’. Ini kerana apabila dia melihat aurat sendiri atau dilihat oleh orang lain semasa sedang sembahyang kerana kecuaian menutupnya, maka hukum sembahyangnya tidak sah. Sebagai contoh jika seseorang perempuan yang bersembahyang, sekalipun dengan memakai telekung, sedangkan di bahagian leher terbuka luas atau besar sehingga dia boleh nampak auratnya sendiri atau dilihat oleh orang lain ketika dia ruku‘ atau sujud, maka batal sembahyangnya. Oleh itu hendaklah dirapikan, dikancing atau diikat terlebih dahulu dengan sempurna bahagian leher yang terbuka tadi, kemudian barulah mengerjakan sembahyang. Sekiranya dia mendapati pada pakaian yang digunakannya untuk bersembahyang berlubang atau koyak yang menampakkan auratnya, maka wajib dia mengulangi sembahyangnya tadi. Samada dia mengetahui tentang koyak tersebut kemudian dia terlupa mengenainya, ataupun dia langsung tidak mengetahuinya. Akan tetapi jika dia menyangka bahawa koyak itu terjadi selepas memberi salam, maka tidak perlu dia mengulangi sembahyang tadi tanpa khilaf. Terbuka Aurat Dengan Tiba-Tiba Berbeza hukumnya dengan aurat yang terbuka secara tiba-tiba dan tidak senghaja, maka sembahyang tetap sah dengan syarat hendaklah ditutup dengan segera. Yang dimaksudkan dengan tidak sengaja, seperti ditiup angin atau terbuka oleh haiwan atau kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana dia tidak mempunyai niat atau maksud di sebalik perbuatannya itu. Sebaliknya jika aurat itu terbuka oleh kanak-kanak yang sudah mumayyiz, maka batal sembahyangnya. Kesimpulan Adalah menjadi kebiasaan memakai telekung putih ketika sembahyang dan ini menepati ciri-ciri yang digambarkan sebagai pakaian yang sempurna dan digalakkan di dalam Islam. Maka hendaklah dipastikan bahawa telekung yang dipakai janganlah nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit atau anggota aurat. Di samping menggunakan telekung, hendaklah juga memakai pakaian yang sempurna menutup aurat di bahagian sebelah dalam sebagai langkah berjaga-jaga. Dari penjelasan di atas, nyatalah bahawa rambut, leher, lengan, dua kaki dan tapak kaki adalah aurat bagi perempuan ketika bersembahyang. Maka wajiblah kesemua anggota ini ditutup dan dijaga semasa sembahyang kerana rambut yang terjuntai, lengan yang tidak berlapik, kaki yang terdedah dengan sengaja boleh membatalkan sembahyang. Di samping menutup aurat, menjaga kebersihan pakaian yang dipakai dan tempat bersembahyang daripada najis merupakan di antara syarat sah sembahyang. Maka hendaklah kita mengambil perhatian yang sewajarnya dan meneliti dengan sempurna perkara-perkara yang bersangkutan dengan syarat sah sembahyang agar ibadat yang dilaksanakan akan diterima dan mendapat ganjaran sebagaimana yang dijanjikan Allah Subhanahu Wa Ta‘ala hendaknya. p/s: bagi penulis, pakaian wanita dalam solat adalah sama dengan luar solat. Apa yang wajib dipakai di luar solat, itulah yang sepatutnya dipakai dalam solat. Jika di luar solat, kita dilarang memakai pakaian yang jarang, apatah lagi dalam solat. Sekadar muhasabah untukl semua. |
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis rekod Nabi Muhamad:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi,
buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.
Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Profesor di
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,
namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.
Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.
Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5.
contohnya coke dan maggi.
Coke tu sangatlah beracun,
pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).
6. Untuk pengetahuan,
para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari,
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
Firman Allah:
Wahai sekalian manusia!
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,
kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Al-Quran
Surah Al-Baqarah
Ayat 168
Firman Allah:
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu,
iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Al-Quran
Surah Al-Maidah
Ayat 88
Firman Allah:
Oleh itu,
makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,
dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
Al-Quran
Surah An-Nahlu
OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
Al-Jibrati, seorang sejarawan moden Mesir dalam kitabnya yang terkenal, Ajaibul Asar, ketika menyentuh peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1215 Hijrah dalam bulan Zul Hijjah menyatakan bahawa tahun tersebut (1215H) melabuhkan tirainya dengan pelbagai peristiwa yang jelik dan berleluasanya kerosakan.
Antara kerosakan yang disebut oleh al-Jibrati rahimahullah adalah: “dan antaranya berlaku tabarruj dalam kalangan wanita dan kebanyakan mereka meninggalkan maruah dan sifat malu. Hal ini berlaku apabila kedatangan kaum Perancis bersama wanita-wanita mereka, berjalan di khalayak ramai dalam keadaan mereka (wanita-wanita Perancis) tidak menutup wajah, memakai gaun, dan mandil sutera yang berwarna warni serta melabuhkan Tarhah[1] Kashmir di atas bahu-bahu mereka, dan pakaian yang berwarna-warni dan bercelup-celupan serta mereka menunggang kuda dan keladai dan memacunya dengan pantas sambil bergelak ketawa dan bersenda gurau dengan orang-orang awam, maka cenderunglah kepada mereka itu kaum yang mengikut hawa nafsu dalam kalangan wanita-wanita yang rendah moralnya (daripada muslimah) kerana mereka menundukkan para wanita dengan harta-harta. Adalah perbuatan meniru gaya hidup wanita Perancis ini mulanya dilakukan dengan sembunyi kerana takut dicerca masyarakat tetapi setelah berlakunya fitnah terakhir di Mesir dan Perancis menyerang Bulaq[2], menceroboh penduduknya, merampas harta benda mereka, dan menawan wanita-wanita yang mereka sukai lalu jadilah mereka tawanan kepada tentera Perancis, lalu mereka dipakaikan pakaian wanita-wanita Perancis, dididik pula mereka dengan gaya hidup mereka (Perancis) lalu mereka ini (wanita-wanita muslimah) menanggalkan niqab yang menjadi lambing sifat malu mereka dan bergaul dengan mereka wanita-wanita yang rosak akhlaknya (daripada wanita perancis)”. [3]
Peristiwa yang dinyatakan oleh al-Jibrati ini adalah permulaan fenomena pendedahan aurat dalam kalangan wanita Islam sehingga Louis Awad[4] menamakan tahun ini sebagai ‘Tahun Emansipasi Wanita’. Demikianlah betapa bangganya kaum kafir dengan kejayaan mereka merosakkan wanita-wanita Islam[5].
Jelas daripada catatan fakta sejarah ini, permulaan seruan dan pemalu pertama genderang emansipasi (pembebasan) wanita adalah kaum kafir dan gerakan ini bermula di Mesir melalui penjajah Perancis kemudian merebak ke serata pelusuk Negara Islam.
Namun, menjadi satu tanda pertanyaan, bagaimanakah nyanyian syaitan ini terus berlangsung di telinga-telinga wanita muslimah, menghasut dan mengajak mereka membogelkan diri di jalan-jalan raya, mendedahkan tubuh mereka yang selama ini menjadi lambang maruah diri di khalayak ramai?
Bahkan, sepertimana yang dimaklumi kita semua, seruan pembogelan wanita ini tanpa segan silu menamakan kumpulan mereka dengan nama Islam seperti ‘Sisters in Islam’, Gerakan Musawah, dan sebagainya. Apakah rahsia mereka mengatas namakan gerakan mereka dengan nama Islam tanpa rasa takut?
Jawapannya bagi yang membaca artikel saya sebelum ini ‘Kemaraan Orientalisme di Belakang Tabir Islamisme’ memang sudah dapat diduga, tidak lain tidak kelompok manusia yang bernama muslim tetapi berhati kafir menjadi dalang utama di sebalik semua seruan ini.
Melalui lidah-lidah syaitan inilah lagu-lagu kufur ini dimainkan dan dinyanyikan di telinga-telinga wanita muslimah sehingga fenomena yang disifatkan oleh al-Jibrati sebagai perlakuan sumbang dan amalan wanita murahan menjadi satu adat kebiasaan yang diterima bahkan dianggap biasa.
Kita dapat melihat hari ini bagaimana munculnya fesyen-fesyen pakaian yang mendedahkan aurat, tabarruj, menampakkan susuk tubuh, dan sebagainya tetapi tanpa segan silu dinamakan ‘Busana Muslimah’,’Fesyen Islam’, dan sebagainya lagi.
Kesimpulannya hasil usaha kaum muslim yang diorientaliskan ini berjaya menjadikan fenomena tidak bertudung dan mendedahkan aurat sebagai fenomena biasa yang tidak lagi dianggap sebagai dosa bahkan adat yang diterima.
Fenomena ini telah pun dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا ».
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu kata beliau: Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: ‘Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang bertutup tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bongol-bongol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian..sekain..” [Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat].
Maka perkhabran Rasulullah s.a.w ini jelas menerangkan kepada kita, fenomena ‘Tabarruj’ dan ‘Sufur’ ini merupakan maksiat dan dosa besar demikian juga Nabi s.a.w mengkhabarkan kepada kita akan adanya kaum yang bertindak ganas memukul manusia sesuka hati yakni perlakuan teroris.
Makna wanita bertutup tetapi telanjang dinyatakan ulama adalah wanita yang pada zahirnya menutup aurat tetapi mempunyai akhlak yang buruk dan ini memang hakikat yang berlaku pada hari ini di mana kita mendengar berita wanita bertudung labuh, menutup aurat tetapi akhirnya mengandungkan anak luar nikah hasil zina-nauzubillah min zalik-, wanita aurat, menjaga auratnya yang zahir tetapi terjebak dengan ajaran sesat dan syirik seperti ajaran kufur Syiah dan Tasawuf-nauzubillah min zalik- dan gejala seperti ini tidak pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w.
Makna kedua yang disebut ulama adalah wanita yang memakai pakaian yang nipis menampakan warna kulit atau pakaian ketat yang menampakkan susuk tubuhnya atau menutup sebahagian aurat tetapi mendedahkan aurat yang lain. Ini juga banyak di zaman kita ini seperti anak-anak remaja dan siswazah university yang bertudung tetapi memakai baju yang ketat atau seluar yang menampakkan susuk bentuk kakinya, demikian juga yang betudung dan menutup aurat tetapi melakukan tabarruj seperti bernyanyi dan menari di hadapn lelaki bukan mahram serta sebagainya yang dapat kita lihat.[6].
Perintah menutup aurat adalah perintah yang sabit daripada nas al-Qur’an yang sarih (jelas) sebagaiman firman Allah Azza wa Jalla:
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Makusdnya: “dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”[al-Nur: 31].
Dalam surah al-Ahzab ayat ke-53 Allah Jalla fi ‘Ulah berfirman:
وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ
Maksudnya: “dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.”
Ayat ini walaupun ditujukan khitabnya kepada Ummuhatul Mukminin (Ibu-ibu Orang beriman) yakni para isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam namun hukumnya terkena kepada umum kaum mukminin kerana umumnya illah yang diletakkan Allah subhanahu wa taala iaitu: ‘menjaga kesucian hati’, maka setiap manusia perlu menjaga kesucian hati tanpa ada perbezaan. Maka digunakan qiyas aula menunjukkan kewajipan ini lebih utama kepada kaum mukminah biasa kerana mereka tidak terjamin kesucian hati adapun Isteri-isteri Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam adalah wanita pilihan Allah Jalla wa ‘Ala namun mereka tetap diwajibkan hijab[7].
Dalam surah al-Ahzab ayat ke-59 Allah Jalla wa ‘Ala berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Ayat yang mulia ini memerintahkan supaya wanita-wanita muslimah yang merdeheka (bukan hamba sahaya) supaya melabuhkan tudung mereka dan menutup wajah mereka kecuali sebelah mata untuk melihat apabila keluar daripada rumah.[8]
Berkata Saidina Abdullah bin Abbas radiallahuanhu: “Allah memerintahkan wanita-wanita beriman apabila keluar daripada rumah kerana sesuatu keperluan hendaklah mereka menutup wajah mereka daripada atas kepala mereka dengan jilbab (tudung) dan menampakkan sebelah mata (untuk melihat)”.[9]
Tafsiran ini juga diriwayatkan daripada Abidah al-Salmani, Ibn Aun, dan Ibn Sirin rahimahumullah. [10]
Para ulama Islam telah bersepakat (ijmak) disyariatkan (diperintahkan) kepada wanita Islam apabila keluar daripada rumah untuk menutup wajah mereka namun mereka berbeza pendapat apakah jenis perintah yang dikehendaki, sama ada ‘Ijab’ (wajib) atau ‘nadab’ (sunat).
Ulama Mazhab Hanafiah mewajibkan wanita menutup wajahnya sebagai menjaga daripada fitnah, ulama Hanabilah berpendapat wajah wanita adalah aurat dan wajib ditutup, adapun ulama Syafiiah berpendapat wajah wanita adalah aurat nazar yakni haram direnung oleh lelaki ajnabi namun wanita itu hanya sunat sahaja menutupnya.[11]
Namun, ulama sepakat apabila menimbulkan fitnah atau keadaan suasana yang dipenuhi fitnah maka wajib atas wanita menutup wahjahnya kerana zahir sebab nuzul ayat ini memerintahkan wanita yang merdeheka menutup wajah mereka apabila munculnya kaum fasiq di Madinah yang menganggu wanita-wanita sahaya lalu diperintahkan wanita merdeheka menutup wajah bagi membezakan dengan wanita sahaya supaya mereka tidak diganggu.[12]
Oleh itu, difahami daripada ayat ini, menutup wajah wanita adalah amalan syar’I dan sunnah bukan amalan bidaah atau ‘kongkongan’ seperti yang disalakkan oleh anjing-anjing orientalis dalam kalangan ‘pendakwa’ ulama kaum muslimin.
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam:
ولا تنتقب المرأة المحرمة ولا تلبس القفازين
Maksudnya: “dan janganlah wanita yang berihram itu memakai niqab dan jangan pula memakai sarung tangan”. [al-Bukhari].
Hadis ini menunjukkan wanita-wanita mukminah di zaman Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam memakai niqab dan memakai sarung tangan yakni menutup seluruh tubuh mereka di luar daripada waktu ihram ketika keluar daripada rumah dan amalan menutup muka dan tapak tangan adalah sunnah semenjak zaman Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, bukan sekadar adat kongkongan seperti yang dinyanyikan oleh syaitan-syaitan berbadan manusia ke telinga-telinga wanita moden pada hari ini.[13]
Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:
المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان
Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar (daripada rumahnya) maka syaitan akan menghiasnya”. [al-Tarmizi, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Bazzar, al-Tabrani dalam al-Awsat dan al-Kabir, hadis ini sahih].
Aurat adalah sesuatu yang perlu ditutup dan dilindungi, maka hadis ini menunjukkan kepada wanita supaya mereka menutup tubuh mereka keseluruhannya kerana ‘alif lam’ dalam kalimah ‘al-marah’ adalah istighraq yakni merangkumi seluruh tubuhnya. Inilah makna zahir hadis ini dan menunjukkan perintah menutup wajah dan tapak tangan wanita memang warid dalam hadis-hadis Nabi sallallahu alaihi wa sallam.
Berkata Syeikh Nasir al-Din al-Albani rahimahullah:
والنصوص متضافرة عن أن نساء النبي صلى الله عليه وسلم كن يحتجبن حتى في وجوههن
Maksudnya: “dan nas-nas sangat banyak daripada isteri-isteri Nabi s.a.w bahawa adalah mereka menutup wajah mereka…”[14]
Syeikh Nasir al-Din al-Albani rahimahullah termasuk ulama yang tidak mewajibkan menutup wajah namun beliau dengan tegas menyatakan bahawa menutup wajah bagi wanita itu ‘sunnah’ yang dituntut bukan seperti sebahagian anjing-anjing orientalis atau syaitan-syaitan berbadan manusia yang menyalak dan menyanyikan lagu kebidaahan niqab kepada wanita-wanita Islam dewasa ini.
Anjing Orientalis yang pertama menyalakkan bahawa niqab bukan daripada Islam seorang lelaki yang berjubah dengan jubah ulama tetapi berlidah syaitan, Syeikh Rifaah al-Tahtawi iaitulah seorang Imam lulusan al-Azhar al-Syarif yang diutuskan sebagai pengiring kumpulan cendakiawan Mesir ke Perancis untuk mempelajari teknologi Perancis.
Namun, Rifaah, yang dijulang oleh sesetengah pendakwa ulama di zaman ini sebagai mujaddid[15], tidak sekadar mengiring tetapi dia juga mengambil kurusus bahasa Perancis dan berjaya mencapai tahap yang membanggakan. Hasilnya dia mengarang kitab bernama ‘Talkhis al-Ibriz fi Talkhis al-Baris’ (Mensucikan Emas dalam Menceritakan Keadaan Paris) yang ditulisnya di Perancis dan diperkenan gurunya yang kafir, Jomar.
Dalam kitabnya ini dia menulis:
السفور والاختلاط بين الجنسين ليس داعياً إلى الفساد
Maksudnya: “dan pendedahan aurat (sufur)[16] serta percampuran antara jantina bukanlah sesuatu yang membawa kepada kerosakan”.[17]
Pemerintah Mesir yang memang selama ini menanti peluang membawa masuk pemikiran ‘Syaitan’ ini ke dalam nadi negara Umat Islam dan kedudukan Rifaah al-Tahtawi selaku ulama Mesir yang telah diberi tazkiyah (kepujian) oleh Syeikh Hasan al-Attar rahimahullah, Syeikhul Azhar ketika itu memudahkan niat jahatnya itu.[18]
Dengan segera pemerintah Mesir, Ali Basha mengarahkan buku Syeikh Rifaah ini dicetak dan disebarkan ke serata ceruk pelusuk Mesir serta diperintahkan untuk dibaca dalam Istananya serta dewan-dewan kerajaan sehingga sampai ke tahap dijadikan teks pengajaran sekolah dan diterjemahkan juga ke dalam bahasa Turki (bahasa rasmi Khilafah Usmaniah).[19]
Kemudian setelah berlalunya zaman Rifaah Tahtawi, muncul pula Syaitan-syaitan manusia yang mendendangkan lagu-lagu pendedahan aurat dan tabaruj di telinga-telinga wanita muslimah Mesir.
Apabila datang pula penjajahan Inggeris ke atas Mesir, seorang Qibti Nasrani, Fahmi Markus menulis pula kitabnya, ‘al-Marah fil Syarqi’ yang mencela Islam dengan menyeru supaya wanita muslimah menanggalkan hijab, menghalalkan pergaulan bebas, menghadkan talak di mana mestilah talak itu berlaku di hadapan hakim sahaja, mengharamkan poligami, dan menghalalkan perkahwinan wanita muslimah dengan lelaki kafir.[20]
Kemudian diikuti pula oleh Darker yang digelar ‘Duke’ menulis kitab ‘al-Misriyun’ yang di dalamnya juga dia mencemuh hijab dan mencela pendirian Islam yang menghadkan tugas wanita di dalam rumah mentarbiah anak-anak-yang merupakan kegerunan utama mereka- lalu menyeru wanita muslimah keluar bekerja bersama kaum lelaki –yang pastinya membawa kepada ikhtilat antara lelaki dan wanita-.
Lalu bangunlah seorang lelaki muslim yang mempunyai semangat membela agamanya tetapi kurang ilmunya, Qasim Amin, mengkritik Darker dan menjawab tuduhan-tuduhan Darker tadi dan mencela wanita Mesir yang mengamalkan gaya hidup barat (yang pada waktu itu hanyalah dilakukan oleh Permaisuri Mesir, Nazili). Namun, Qasim Amin kerana kekurangan ilmu, telah menyamakan Islam dengan ajaran Nasrani dan Injil pada pandangannya.[21]
Kritikan Qasim Amin ini mendapat kemurkaan daripada Permaisuri Nazili yang merupakan wanita tunggal di Mesir yang bergaul bebas dengan bukan mahram dan mengamalkan gaya hidup barat lalu dia meminta Syeikh Muhammad Abduh, Mufti Mesir ketika itu menegur Qasim Amin.
Muhammad Abduh bersama teman-temannya, Saad Zaghlul dan Lutfi Sayyid, segera menegur Qasim Amin untuk membetulkan kesalahannya dan menarik balik kritikannya terhadap Darker sehingga Qasim Amin mengarang kitabnya yang berjudul: “Tahrir al-Marah” (Emansipasi Wanita) maka lahirlah Qur’an Syaitan-syaitan Emansipasi yang pertama.[22]
Kitab Tahrir al-Marah yang diterbitkan pada 1899M ini mendapat bantuan sepenuhnya daripada Muhammad Abduh, Mufti Mesir ketika itu dan dipercayai juga bahawa ianya adalah karangan Muhammad Abduh sendiri.[23]
Maka demikianlah berterusan nyanyian-nyanyian syaitan menyeru kepada pendedahan aurat, pengharaman poligami, penghadan kuasa talak lelaki, dan menyeru wanita supaya menceburkan diri dalam bidang-bidang pekerjaan kaum lelaki.
Antara tokoh-tokoh yang terkenal memperjuangkan emansipasi wanita ini adalah Saad Zaghlul dan isterinya Safiah Zaghlul. Saad Zaghlul adalah manusia yang membelakangi Qasim Amin selepas Muhammad Abduh. Jika Muhammad Abduh membantu Qasim Amin secara ilmu untuk menulis kitabnya Saad Zaghlul pula adalah orang yang memberikan sokongan moral.
Apabila terbitnya kitab Qasim Amin tersebut, kaum muslimin bangkit menentangnya dan dihukum kufur, mereka mencemuhnya di mana-mana sahaja sehingga Istana sendiri terpaksa berlepas diri daripada Qasim Amin (sedangkan kitabnya ditulis atas arahan Permaisuri), namun Saad Zaghlul dan isterinya Safiah membawa Qasim Amin ke rumah mereka dan menjamunya makan tengah hari dan malam dan untuk merealisasikan usaha emansipasi mereka, Safiah bersama Qasim Amin bersiar-siar di pekan Mesir berdua-duaan dalam keretanya (Safiah).[24]
Tindakan Safiah Zaghlul dan Qasim Amin ini dengan sokongan dayus daripada Saad Zaghlul sendiri bertentangan dengan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam:
لا يخلون أحدكم بامرأة فإن الشيطان ثالثهما
Maksudnya: “Tidaklah bersendirian seseorang kamu dengan wanita (yang bukan mahram) kecuali yang ketiganya syaitan”. [Ahmad, sahih].
Sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:
ثلاثة لا ينظر الله عز و جل إليهم يوم القيامة العاق لوالديه والمرأة المترجلة والديوث وثلاثة لا يدخلون الجنة العاق لوالديه والمدمن على الخمر والمنان بما أعطى
Maksudnya: “Tiga golongan yang Allah Aza wa Jalla tidak akan pandang (dengan pandangan rahmat) kepada mereka di hari kiamat: Penderhaka kepada kedua ibu bapanya, wanita yang berlagak seperti lelaki (tomboy), dan lelaki dayus dan tiga golongan yang tidak akan masuk syurga: Penderhaka kepada kedua ibu bapanya, penagih arak (alcoholic), dan pengungkit atas apa yang diberinya”. [al-Nasai dan Ahmad, sahih].
Dayus bermaksud lelaki yang membiarkan isterinya melakukan maksiat sedangkan dia mampu menghalangnya atau meredai isterinya melakukan maksiat.Dalam bahasa mudahnya adalah lelaki yang tiada perasaan cemburu terhadap isteri dan keluarganya.[25]
Tindakan Saad Zaghlul membiarkan isterinya berdua-duaan dengan Qasim Amin adalah kedayusan yang nyata dan inilah yang dikehendaki barat iaitu supaya umat Islam rosak akhlak dan nilai-nilai murni yang terbina daripada akidah Tauhid mereka kepada Allah Subhanahu wa Taala.
Saad Zaghlul sewaktu pulang daripada buangannya pada tahun 1921M, telah mencabut hijab isterinya kemudian dia jugalah yang mengarahkan wanita yang hadir di cermahnya membuka niqab (penutup muka) kemudian pada tahun 1919M, Huda Sya’rawi, anak didik Saad Zaglul bersama isteri Saad, Safiah Zaghlul mengetuai wanita Mesir dalam demonstrasi yang kononnya membantah penjajahan Inggeris ke atas Mesir tetapi sebaik sahaja perarakan mereka sampai di Dataran al-Ismailiah di Kaherah, mereka membuka hijab mereka dan membakarnya.[26]
Maka demikianlah bermulanya sebuah kegelapan dan kejahilan hasil daripada pengaruh kaum kafir yang berjaya memasukkan racun mereka ke dalam tubuh Umat Islam dan bisanya terus dirasai sampai hari ini.[27]
Syaitan-syaitan Emansipasi terus memainkan genderang kufur mereka dan meniup seruling neraka mereka di telinga-telingan wanita Islam dan ramai yang terpedaya dengan nyanyian merdu mereka ini kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Allah subhanahu wa taala.
Bahkan dengan kembali gerakan Hijab melalui dakwah-dakwah ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikhul Islam Ibn Baz rahimahullah, Syeikhul Islam Muhammad bin Soleh al-Usaimin rahimahullah, dan Syeikhul Islam al-Muhaddis li Diyar al-Syamiah Muhammad Nasir al-Din al-Albani rahimahullah, kaum munafiqin ini tidak membiarkan dakwah Islam yang murni ini terlepas dengan mudah.
Terdapat juga syaitan-syaitan emansipasi ini menyarung jubah ‘Salafiah’, kemudian meniup di telinga para wanita Islam seruling emansipasi mereka secara halus. Mereka mengambil pendapat-pendapat ‘pendakwa’ ulama seperti Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qardawi, dan Hasan Turabi lalu diserapkan ke dalam barisan dakwah salafiah sehingga menimbulkan kekaburan dan kekeliruan.
Mereka datang kali ini dalam bentuk manhaj Taisir atau ‘Pemudahan’ fiqah lalu memasukkan pemikiran-pemikiran Emansipasi ini secara halus lagi daripada sebelumnya.
Namun, halus mana sekalipun sebatang jarum, tetap terasa sakitnya di kulit dan isi, maka bangkitlah ulama-ulama Islam yang tulin dan sejati-insya-Allah- seumpama Syeikh Soleh al-Fauzan Hafizahullah, Syeikh Rabi’ al-Madkhali Hafizahullah, Syeikh Ali Hasan al-Halabi Hafizahullah, Syeikh Abdul Aziz Rais Hafizahullah, Syeikh Soleh Alu Syeikh Hafizahullah, Syeikh Muhammad bin Ismail Muqaddam hafizahullah, Syeikh Sulaiman al-Kharasyi hafizahullah, dan ramai lagi membongkar muslihat licik golongan ini dan membuka topeng mereka lalu menampakkan wajah sebenar mereka.
Benarlah sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam yang memang baginda itu seorang benar lagi dibenarkan:
لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِى ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِىَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ
Maksudnya: “Tidak lekang daripada umatku ini sekelompok (taifah)[28] yang terus berada di atas kebenaran tidak akan memudaratkan mereka orang yang menghina mereka sehingga datang perintah Allah dan mereka masih begitu (berpegang dengan kebenaran)”. [al-Bukhari dan Muslim, lafaz bagi Muslim].
Wallahua’lam
AMMAR KASYFI | |
A | Amanah |
M | Mesra |
M | Menawan |
A | Alim |
R | Ramah |
K | Komited |
A | Abadi |
S | Suci |
Y | Yakin |
F | Fleksibel |
I | Ikhlas |
Apa ada pada nama? |