Wednesday, April 29, 2009

brg2 rembatan


ari ahad aritu..
lepas tuition terus gegas
g kk..
gegas kerna perut lapar
hahhahahha..
mkn kedai..
xsempat masak...

g 1 borneo..
ingt ade la rosyam nor kan..
ade ujibakat pilih kasih
sekali tarak pun..
ade erma fatima n sape
ntah juri sorg lgik huhu

kt 1 borneo
beli novel aA+bB
buku bb ammar...syiok jer bb ammar
dok atas stroller
sesmbil belek2 buku
hikhik..nsib die xganas
g koyak kan..huhu

g plak CP
g beli buku2 utk tuition
alang2 ade diskaun ibu
rembat gak buku2 lain
n buku bb ammar lagik
semua2..rm 60 lebih
hihihi..suker suker...
beli jugak cadar utk bb ammar
gmbar ayam..
mula2 takut plak die nk
dok kat tilam tue..
huhuhu..lama2 ok..nasib bek la..:)

Sygnyer kat cp xder novel ibu dok cari
novek kak yati berahim..
kalu x mau papa bebel 5 hari..
beli novel byk..
hahhahahahaha...


Monday, April 27, 2009

tag dr kak baiti:)

Setelah keletihan n merehatkan diri..ibu kembali ngn jawab tag dr kak baiti dulu..:)

1st, download your favourite photo using effects at photofunia




1. Do you think you are HOT?
a ah skrg memg hot pun
kipas pun rase cam xjln lgsung!!:D

2. Why do you like this picture?
sajer jer..konon2
pose manja utk en.papa!!:)

3. When was the last time you ate pizza?
xingat la..cam dh lame sgt dah..

4. The last song you listen to?
apek oh apek
(ali baba bujang lapok)


5. What are you doing right now besides this?
-ngadap pc
-balas msg en.papa
-dgr doa kat astro oasis

6. What name u prefer besides yours?
nonie,ibu,cinon,umi,non,baby,b,myluve,kak,adik

7. People to tag
sape ek..
pk jap!!:)
1. katak_ayu
2. kak azie
3. adiwarna
4. aina

8. Who is no.1?
kenal kat blog2 nie la
sgt sweet orgnyer..harap bley jumpa:)

9. No.3 is having relationship with?
boifren die kot!!

10. Say something about no.5?
tarak

11. How about no.4?
aina mak buyung..:)

12. Who is no.2?
Kenal kat blog2 gak
sgt rajin memasak!!
harap leh jumpa
n kak azie masak2 hikhik

13. Others
Sape2 suke jawabla tag nie..
kepada yang di tag pun kalu ade mase n belum buat..
sudi2kanlah yer..
kalu bz ke xnk jawab ker xper..ibu xramai kawn2 blog..
segan nak tegur kdg2 tue..huahahhahahaha

Thursday, April 23, 2009

sabar cinon

nak kuluahkan
xterucap....
nak kusimpan
menyakitkan hati..
nak ku bersabar..
yer dok bersabar la nie..
nak ku buat2 xtau
ishh..dh berlaku dpn mata...

akhirnya...
cinon..
kena sabar!!
kena pandai jg diri
jgn peduli apa org nk kata
ape die nk buat..
Allah itu Maha Adil..
sabar cinon sabar...


Cinon sabar k..:)

Tuesday, April 21, 2009

~boleh berjln dah~


BB ammar dh boleh jalan..yahooo...Alhamdulillah...Sebelum nie bb ammar dpt langkah 2 3 langkah jer...tapi start semlm dh boleh byk langkah n arini boleh dh g jln2 kat bwh slow2..suker suker!!

Sebak sampai menitik airmata ibu ngk bb ammar blh dh jalan..ibu tipon papa terus hikhik..siap emosi lagi..ibu emosi bukan papa..papa gelak2 jer!!

So..kepada mulut2 longkang..anak saya memg boleh jln..isshh..geram tau ibu nie..
Yerla kita ngn anak kita setiap saat minit sehari2 kita tau la perkmbangan die kan..
nie sebuk nk ajar2..blh nk kasi nsihat,tapi jgn cuba tunjuk pandai!!:p

bb ammar kalu dlm bilik@ruang tamu kami..wajib2la ibu lepas jer die main2 kan..nk berdiri ke merangkak ke semua bb ammar dh boleh..dh keluar ibu dukungla sbb dapur tue kotor..ade kucing n ayam suka naik. Nie baru jer ibu kuar sebuk dh ckp..letak bwh la kalu dukung biler nk jalan..asbestos tahap mentibang alahai mulut...die jumpa bb ammar adela xsampai pun 1 jam..bb ammar lama dh boleh berdiri..cuma kalu kt luar memg ibu dukung..mals nk lepas!kalu die dukung bb ammar sebukla die paksa2 soh jln..eeiii...menci sgt tau!!anak saya sbnrnya mals nk jln..takut..cam papa die dulu mak ckp sethn 6 bln baru leh jln..so xkisahla!!sekali bb ammar melangkah selangkah depan die..tau terkejut..br nk ckp xikut perkmbngn la apela..so len kali cek dulu..jgn buat longkang baru nk insaf..ASBESTOS!!!!

memg ibu sebak n bangga ngn
bb ammar..Syabas anak ibu!!
Setiap anak ade prkmbngan tersendiri
jgn paksa sgt..bg ibu la
kita latih die betul2..no PAKSAAN!!

teladan bersama...

Nie ibu copy paste dr blog seorg umi yg ibu suka ikuti perkmbngan umi tersebut, homskulnya n anak2 nya..Sama2 kita hayati yer...:)

Nuramirah hanya perlu dua tahun menjadi hafizah


Oleh Norliza Abd. Rahman


KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.


Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim, 37. Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.


Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu, Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam, 12, Nurnabilah, 8, dan Muhammad Amin, 5, berlatih menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.

Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 anak murid berusia antara enam hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi, Ipoh , Perak, Nuramira menyatakan rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam adalah sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w..

"Mungkin ini kelebihannya (sama tarikh lahir dengan Rasulullah), tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang huffaz atau hafizah yang baik kita mesti berlatih bersungguh-sungguh, " katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti.

Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39, seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya menghafaz al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia lima tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam, yang baru berusia dua tahun diberi pendedahan awal melihat abang dan kakaknya mengaji.

Jadual

Menurut Nurzahidah, beliau dan suami menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya. Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri untuk bersolat tahajud, subuh dan membaca al-Quran sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.

Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih semula menghafaz al-Quran pada pukul 9.45 hingga 1 tengah hari sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zuhur dan makan tengah hari.

Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah, akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris. Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul 3 hingga 4 petang sebelum dikejutkan untuk sembahyang asar dan kembali menghafaz al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.

Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang.

"Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz dan pada waktu malam juga saya akan turut mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi memberi ruang kepada mereka meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan kami berdamping sambil mendidik.

"Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi sanak-saudara atau sahabat handai serta membawa mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang. Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka," jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca, menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk mengekalkan cara didikan sedemikian dengan mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Menengah Agama kelak.

Ilmu Akhirat


Dengan alasan tersendiri mereka mahu kesemua anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak yang dihantar ke sekolah biasa.

"Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada di rumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah, petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum, pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen, justeru berapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka," soalnya.

Mengenai petua yang diamalkan, Nurzahidah memberitahu, semasa mengandung beliau akan membaca surah Yasin, membaca al-Quran dan banyak berdoa ketika bersolat. Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada doktor wanita ketika mengandung sehingga melahirkan anak.

Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak kerana bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.

"Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan, makan tengah hari, petang dan malam bersama-sama kerana pada kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat," katanya.

Sementara itu, Azhari memberitahu, untuk membolehkan anak-anak memberi tumpuan kepada menghafaz al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen. Sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.

"Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang tahfiz, malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka pada al-Quran sedikit terganggu.

"Saya juga tidak akan memewahkan anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja," katanya.

Menurut Azhari, ibu bapa yang berhasrat mendidik anak sebagai tahfiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi tahfiz kerana beliau dan isteri bukannya tahfiz tetapi bersyukur kerana dapat mendidik anak-anak sebagai tahfiz dan mempunyai lebih 30 anak murid.


Alhamdulillah..sejuk perut akak nie kan??
ibu pn ade impian nk bb ammar jadi tahfiz:)
InsyaAllah..
.

Monday, April 20, 2009

~kejam..kenapa kah ade manusia sekejam itu~

Ibu terjah ke satu blog niekan..
nak pengsan iu bc citer opah nie..
huhuhu..
sampai hati Bi**ta** itu
buat kat budak sekecil tue
sebegitu kejam...

baca la citer tue kat sini
ibu xtersampai hati
nk copy n paste kt blog ibu
ibu xnk baca lagi kisah tue
ibu sakit hati
jadi xkkeruan
aduhla...

Wahai ibu bapa sekalian
TOLONGLAh....
perhatikan n memberi perhatian
kepada anak2 anda
Sesungguh nya
anak adlh anugerah dr Allah
Yang sangat bernilai...

Ya Allah.jauhi lah keluarga ku
dari kekejaman manusia bertopengkan
bin****g itu...
Selamatkan seluruh insan2 kecil di alam ini
dari kekejaman syaitan itu..

Amin

Sunday, April 19, 2009

~ammar si budak nakal~

Bb ammar yang umur setahun...huhu..walaupun xleh jalan lagi dek kerna kemalasan die huhu
tapi aduhaila ponek jugk la ibu nk kejar mengejar ngn die..

Cubaan menolak bakul nk g kacau ibu


bb ammar yang kacak ;p


Kat tgn bb ammar tue cermin
suke bebenor kalau ngk
muka die kat cermin
tersengih2...:D

Cubaan ibu untuk membuka pintu supaya dpt angin yg segar..eceh..xmenjadi kerna
asal bukak pintu meluru bb ammar keluar..nak ngk ayam!aduhla seriau ibu pk kalu ibu ralit n terlepas pandang hukhuk...jawapannya..pintu ditutup kembali!!sekian..:)

Saturday, April 18, 2009

~halba~

Ibu dpt email ..so kiter kongsi2 kan kat sini yep..

Rasulullah saw bersabda :

'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2
. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita..

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Friday, April 17, 2009

pagi minggu...

Ermm..sajer jer lepak2 nunggu budak dtg tuition..
Aktiviti hari nie..bgn pagi..papa g sekolah jap pasang ape ntah..layan bb ammr main beskal kat bawah..
adoila pandai tau sekrg budak kck nie..ngk beskal tunjuk2 nananannanaa..apentah..hikhik
pastu nmpak bapak..panggil pastu tunjuk beskal hikhik..nk mintak bpk bawakakn..
So ibu layankan jerla g main kat bwh jap..

Papa balik ibu g buat sardin gulung..emak wat sukun goreng..erm ibu xmkn la sukun!!:(Sekrg bb ammar dh tido..saje tidokan lmbat sikit arini senang nk ngajar nnti:)

Tadi mase papa balik kan..bb ammar sebuk la panggil2..tata..tata..pastu papa sahut la tapi g hulur ke hilir xambik bb ammar..sekali papa g dok kat kerusi..bb ammar pun merangkak slow2 kat papa..smpai kat papa terus nangis nak dukung..hukhuk..sedih plak ibu ngk..cm kekrgn kasih syg plak..hahaaahahhahahaahaaahahha...saje jer nk ngajuk2 papa xambik die,...pastu dukung kene peluk2 alalallalallaa..menci tau!!!

ibu papa sayang ammar muaaahhhhhh......

kem motivasi

Tadi ibu tergedik2 nk ikut papa g Sk Pandasan..bb ammar wajibla bawak kan!!:)
Ada kem motivasi kat sekolah...time smpai tue bebudk dok blaja wat ketupat..huhuhu
tabik yer kat yang jadik buat..sebb ibu memg hampeh bab menganyam nih..:p


Bb ammar berjumpa akak yg cute..hikhik..saje tau bb ammar nk sayang kakak sampai 3 kali..huhu..maklumla jumpa kakak cute!suker ngk bb ammar bergembira ramai org..die nk kwn2..:D
Bebudak tekun wat ketupat..baju kuning kat tgh tue..bukan budak yer..die bapak budak..dok ajar budak2 nganyam..terer abg tue!!
Budak2 pun 20 org jer..budak drjah 6..jadinyer dorg xder berkhemah2 tido dlm kelas jer..ermm xsyiok kan..sekali sekala berkhemah syiok ape! ms ni ibu br sampai terkjut dorg ibu ambik gmbar hikhik..dan ini adalh isteri cikgu azam yang bulat n anaknya yg sgt xdok diam huhu..penat ibu tau!paling best ade kwn papa tanye..

kawan papa : kenapa pipi budak bengkak tue???
ibu :gelak besar..pipi die memg tembam la...

ngantuk tapi xder mood nk tdo..
adoi la..esok wajib2 la ponek..

Wednesday, April 15, 2009

~si cumell ibupapa~

Budak bb ammar yang
menggeletek hati ibu pagi2 arini..
:D

Arini kan..ibu saje la nk latih ammar..xnk kasi die ngk tv sgt..pastu kan pastu kan ms
dok layan bb ammar main2...sekali die terjumpa remote! Die ambik remote pastu terus g bergolek kat tilam..ibu ngk jer la nape la tetibot g bergolek2 plak..
rupenyer bb ammar baring, pastu angkat remote hala ke tv...huhuhuuhu,nk ngk tv ropenyer anak ibu!!Ibu pun buka la tv..time nie blh la ibu g mandi n basuh ape yg patut...
tapi waktu tue sungguh cute bb ammar..hikhik cumel tau sayang ibu nie..muah sikit..muuuaaaaaahhhhhhhhh......

makcik,mencuri tu berdosa!!!

Alkisahnya la kan..ari Jumaat mlm sabtu minggu lepas mak buat kenduri kesyukuran...cam biasa ada la makcik2 dtg menulun nulun tenkiu tenkiu..

Ibu malas nk ambik gmbar sbb nnti makcik2 pelik lagipun mood kureng baik kerna ade org molot cam longkang:(

So bila dh menjelang petang..papa pun agak kelaparan n ibu pom..hikhik pastu kami ala2 nk mkn dulu lakan..sekali malu la plok sebb ade makcik2 xbalik lagi..bile semua dh blk..ade mkcik sorg nie memg cam xnk balik tau..keje semua dh beres..so balik la mandi n dtg lagi la kan!
Ropenyer makcik nie ade keje sikit..:)..keje nyer mencilok lauk pauk..adehla makcik..tetamu xmerasa pun lagik!xsalah nk ambik kan???tapi makcik nie memg ade sejarah tersendiri..jeng..jeng..jeng..

Ptg tue kalut2 org wat keje..eh eh sesedap hati makcik nie g cilok belacan mak..pastu tercongok2 duduk depan peti ambik ape ntah..laju jer tgn gerak ambik brg2 hukhuk..makcik..kalu makcik ckp/mintak ngn kami, kami kasi makcik..jgn la mencuri!!Dh mlm dtg kendurii..eh eh die jugak yg kalut tapau lagik lauk pauk..ishh la..kat umah die kan cuma 2 berank n cucu kecik2 3 org..yg wajib la sepinggan pun xabih mkn!tuela dulu berlagak..dpt menntu ank org kaya..skrg jadik kayap..die plak dok tanggung anak menantu..pengajaran di dsitu..jgn sesekali bongkak!!!

Dulu ms keje ngn kami masa ibu pantang gitula..kopi power root papa dari byk2 tinggal satu jerk..makcik la tkg minum..xckp pepe plak tue..mak dh kasi ikan...eh eh ngk2 abih ikan mak die ambik..gilos!!bwg2 sayur2 semua die ambik..tiap2 hari..padhl die mkn kat umah nie jugak!Masalah nyer plak sepatah haram xbgitau tuan rumah nie..tau2 lesap!

Duit mintak tmbg..dlm 50sen..ibu ckp ambikla atas meja sbb papa simpan syiling atas tue..sekali ibu ngk bukan 50sen dh die ambik..berposen2...hukhuk...makcik makcik..
dari simpati terus jadi menci!!!

ibu rs penah citer gak sal mkcik nie dulu..
tapi xtau dh yg tajuk mane..belasah jer..
;p
tugas ibu buat sambal belacan n kerabu jantung..
sekali kerabu terbasi sbb ibu dedhkan santan..
huhu..gue xtau la jadik gitu ..:(

Tuesday, April 14, 2009

~Kristal~

Kristal????
hihihi sempena ape tue
ermm ABPH adekan kump kristal
wat persembahan
ibu dlm mamai tetibot
berkenan kat penyanyi die tue
hahhahaahhahah....
idok tau la nape:D

tersuka plak ngk die
nyanyi n joget gedik2
ibu mlm tue..xla ngk sgt abph tue
kejap2 tetido..cam borink plak
last2 sekali ibu tetido
bgn2 ngk nabil peluk seseorg
kaget kejap ibu
hikhik cam yeker nie..
mimpi ke ibu..adehla
nabil..nabil..
masa raja lawak ibu gemor la kat si nabil nie
tapi sejak 2 menjak
xberapa plak
ibu cm borink ngk die belakon cite ngn
apek tue..wpun ngk iklan jer
tapi cam bodoh sgt..:(
pastu jd pengacara pondok2
n ewah2..ermmm
cam ade yg xkena jer...
ntahla nabil..pepun
lu pikirla sendiri..
Assalamualaikum...:)

Ermmm..kdg2 ade benda yg
kita xsuka..kite terpaksa pendamkan kan???
Kenape yer???:(

Hidup pak haji aznilll..cayalah...muah

Monday, April 13, 2009

~lawatan auntie munirah~

Adiah dr auntie munirah
utk bb ammar
..tq:)

kakak munirah, ibu, bb ammar
munirah n kwn berdua...

Munirah..sahabat ibu mase kat matriks dulu. Die nie kan ala2 kembar ibu la hahhaha walaupun ibu jelita BANYAK dr die hahhahahaha(jgn mare moonirah!!))..munirah dtg bercoti ke sabah ngn kakak n kwn2 kakak die!kalau nk tau munirah nie memg sgt2 suka mengembara..melancong gitu!:p Byk tempat gak dh die g..n sempena die dtg sabah nie..die singgah la ibu yg xseberapa nie hikhik..tq bulak!!!:D Munirah n ibu ada la kisah lucu bersama..hikhik ibu kalu ingt kt munirah, mesti ingt kisah itu.. Gini..masa dulu praktikum ibu adela wat projek utk ke zoo..citer dipendek2kan ek..kat sane kena jln2 ikut group2 la..ibu group lain,munirah lain!!jadinyer..kat situ ade gajah tau..n kita leh naik gajah tue..ibu n da geng apalagi tergedik2 la nk naik:)..seronok siut naik gajah walaupun mula2 tue takut!!!pastu smbung balik jln..tibot2 munirah dtg..

munirah : wei..mung ado naik gajoh ko tadi??

ibu : ade, bakpo??


hahhaahaa..ropenyer..munirah x dikasi naik gajah sebb bdk jg gajah tue ingt munirah tue ibu..hahhahha..siap cakap lagi seorang boleh sekali jer naik..huuuhhuhuhuhu.....apadaaa.....ibu pun smpai skrg kompius..betul ker blh naik sekali jer..ker bdk tue nk ngorat munirah..lagipun ibu kan jelita byk dr munirah, mane leh sama ahaksahaksahaks..
Pepun tq byk2 kat munirah nie..die kan waktu nikah ibu dtg..sanding dtg, ibu kt sabah pun dtg..ibu sgt2 terharu atas ingatan munirah:)..tenkiu my dear fren..fren 4eva ya!!!:)

ibu kalu jumpa munirah..
ade jer citer
pastu mesti xkering gusi punyer la..
ibu harap semoga munirah sentiasa gumbira
n ceria..
hidup biar sedap!!!

Thursday, April 9, 2009

~hero bulan april~





Hepi besday to my Sayang...papa ammar!!!
Semoga sayang dipanjangkan umur..
dimurahkan rezeki kite sekeluarga..
nanti bley bwk b n ammar g bercoti hikhik
semoga syg dpt ape yg diimpikan..
selain b n ammar la ;p sbb kami dh dpt kan??
n terimakasih kerana menjadi suami n papa
yang baik untuk b n permata kita..ammar:)
b n ammar sayang ..cinta n kasih
kat sayang sampai biler2 selama2nya..;)

Papa nie memg xsuka
nk celebrate2 nie..dulu ibu hentam jer
papa ckp xpayh ibu bg gak adiah
tapi kali nie memg
papa ckp xpayah la
kalu nk kasi adiah kasi jer
xpyh nk besday2..huhuhuhu
tapi ibu belikan jugak la
kek coklat nie
untk papa n bb ammar
tue pun xtulis pe2
papa xkasi hukhuk


nnti bb ammar besar nie cmner la
kang nmpak ore smbut besday,die pn nak
papa cakap"NO"..lalallalalalalla..

Monday, April 6, 2009

jgn la buat cenggini

Free Emoticons For Your Blog

Ibu kan geram la ngn sorg kakak nie
die adela kdg2 mtk tlg
buatkan satu keje nie
tapi selalu jer cam ade problem ngn die
xcukup maklumat la itu la inila....:(
geram jugak kdg2 kan
yerla papa pun kdg2
bukan blh nk tumpu kat keje
die jer..yerla die ade kasi upah la sikit
tapi agak2la

Pastu tadi kan ckp nk ambik keje
die tue..
tunggu la kami nie
sedangkan kami nk ke lain
papa msg die ckp kat pekan
tunggu suami,ok la tue
tunggu la lagi..
tup tup msg cakap
esok baru nk dtg ambik..
alasan..UJAN!!!
Untuk rekod: hujan waktu tue adlh rintik2!!!

Sekali bengang la
kami nunggu bagai nk rak
kami sms la ckp lain kali nk ambik
bile ckp la betul2...bla..bla..bla..
sekali die msg balik ckp
ipar tipon ckp anak die meragam
demam..uisshhh..
benci tul la..
dh td ckp ujan..nie ank plak sakit
kalu tadi ckp kan seng..
nk marah pun xjadila kan
dh anak sakit!!
untuk rekod: umah ibu dari pekan xsampai 5mint pun!!


Yang bengang nyer akak nie
sebab die selalu cam nk
gesa2 kite wat keje die
tapi tup tup bile dh siap
die plak nanti la nk ambik
nantila dulu..cam tutttt la kan
"akak..suami saya tue nk tlg sbb kesian kat akak..
xhadap sgt ngn upah akak tue..kalu dh pandai sgt buat sendiri la.."

sekian..

Sunday, April 5, 2009

~malam yang sepi pi pi~

Free Emoticons For Your Blog

papa..oo sayangku
o papa tido:(
ammar.oo sayang ibu
o tido jugak..

Huaaaaaaaaa.....
borink tahap gaban la plak
huhuhuhu...
cam ngantuk tapi
cam borink plak nk tido

nk bc buku tapi
nnt nk tido malas nk
bgn tutup lampu
;p aci ke gitu??

nk cite2 kat blog
tapi byk sgt2 nk citer
smai xtau nk tulis yg maner..
so...ape ke halnya???


NTOH!!!
Ermm..baring2
bc buku dlm lmpu yg malap
nnn TIDO..
ok keputusan sudah dibuat..
selamat mlm semua...
muahhhsssss
ibu sleep dulu:)

Ibu sambil2 dok layan sinar fm nie..
lagu2 lama huaaaa.....
syiok bangat....tangkap syahdu ingt zaman dodulu..:)
layannssssssssss......

Saturday, April 4, 2009

Ammar setahun;)

Happy Birthday Myspace Comments
MyNiceSpace.com


hepi besday to mySoul
myHeart myLuv
myDarling...myEverything
~Ammar Kasyfi~


Semoga anakanda
membesar dgn sihat
menjadi anak yg soleh
berakhlak mulia
berjiwa kental
berhati suci murni
Ibu n papa sayang ammar sgt2
Ammar penyeri hidup
Ammar pengarang jantung
Ammar segala2nya
bagi ibu n papa

~hepi besday sayang~
:)

Thursday, April 2, 2009

Aktiviti dinihari..huaaa..

Free Emoticons For Your Blog

huaaa..ngantuk bangat nie..
arini ibu dpt tempahan
nasi ayam 85 bungkus!!
Semlm ibu xsiapkan
ape2..penat
baru balik jenjalan kk..
so ibu pakatla ngn papa
bgn kul 1
alang2 papa pun ade
keje nk buat..

"yang..ape kata kita tidur dulu."
"b..tidurla dulu.nanti abg kejut"
"ape kate kalu kita tido sama2
n nanti kita bgn same2..kul 1"
"ok gak tue..penat jugak dh nie"
hikhik...setuju aje papa sygku...
Free Emoticons For Your Blog

Ibu masak2..
papa siapkan keje...:)
kul 4.30 semua setel..yes!!
Ingt nak tido kejap mennti kan subuh..
tapi...mcm xngntuk plak..
segarkan badan mandi2..
ngadap tenet..
tup tup azan udah berkumandang
so xtertido2 la ibu yer..:)

eh..papa mana??
tadi leklok jer depan komputer...
ade tu haa..beradu ngn besday boy..:)
ewahh..cyg2 ibu..besday boy tau!!

Wednesday, April 1, 2009

kelas jahitan

MySpace

Arini kan sepatutnya ibu ade kelas menjahit..
ngada2 nk belajar jahit la plok :)
Hati cam ragu2 gak nk pegi..
sbb cikgu cam xperamah
tapi xkenal maka xcinta kan!

"Yang..nk g ke tak ek?cam malas jer"
"Ermm xpayahla pegi";p
"tapi kan yang,aritu kita dh janji arini nk g"
"yerla kita g la ngk dulu camner"

Lalallalalalla...
udah nyo kedai@kelas tue
tutup lagik..
:) :(
Kesudahan nya..ibu cam malas plak
nk g kelas situ.tipon pun
xangkat ermm..
malasla g dh :)

Muktamad dh papa sayangku..;)